Thursday, December 22, 2011

An Intimate Session With OSIM 'uPhoria'

Hi Korang,

Ini first time aku ke Intimate Session with Osim media launch yang di adakan di One Utama. Ermm bestnya dapat manjakan diri yang senantiasa non-stop keje kan. 


Rasanya korang tahu akan brand kesihatan yang cukup tersohor di malaysia ini iaitu OSIM telah pun mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu 'uPhoria' Mesin Urut Kaki yang menggunakan Sistem urutan tradisional cina untuk meningkatkan kesihatan kesejahteraan hidup.


Mesin urut kaki 'uPhoria' nie nampak kecil but kehebatannya amboi ko tak terhingga rasanya. Mana taknya mesin ni menggabungkan urutan tradisional Cina ‘Tui Na’ yang melibatkan pengurutan tisu melalui kaedah tolak-tarik dengan tekanan pada urat sepanjang betis dan kaki – menimbulkan keanehan rasa ‘sakit’ yang selesa.


Mula-mula tu memang rasa sakit coz aku lama tak pi berurut. But lama kelamaan sakit tu dah jadi cam sedap plak kan yelah mesin urut kaki uPhoria ni mampu melegakan kesakitan dan sengal badan, sekali gus melancarkan pengaliran darah, oksigen serta nutrien ke kaki.

Ada 4 cara untuk gunakan 'uPhoria' ni mengikut Terapi 'Tui Na' ni.

Relaks
Melalui urutan getaran tinggi, program ini bertindak mengendur dan melegakan otot kaki tegang sementara gabungan teknik memicit kaki dan mengurut betis antara jarak kelajuan tinggi–rendah mengurangkan kesakitan dalaman – rawatan mujarab bagi kaki yang telah bertungkus-lumus serta penat sepanjang hari.
Lepas cuba : Betis dah mula sakit coz saluran darah dah terbuka kan, hah ko sengal betul


Refleksologi
Program merangsang deria ini meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup anda. Dengan menumpukan sasaran pada titik-titik penting sepanjang saluran meridian kaki, kombinasi urutan betis dan refleksologi penggelek kaki memberikan kesan kesihatan yang sama seperti urutan refleksologi tradisional.
Lepas cuba : Memang sakit sangat, mesin ni cam tau aku sakit kat mane je. Semua tempat yang dia picit tu, tempat2 yang selama sakit sangat.

Tidur
Mengurut betis, memicit kaki beserta getaran rendah bertindak secara perlahan tetapi berkesan. Rentak urutan telah diprogramkan supaya tahap keamatan urutan beransur ke tahap rehat secara perlahan bagi meningkatkan kualiti tidur di mana kesannya pasti berlarutan selama beberapa hari.
Lepas cuba : Yang ni more rileks sket, rasa lega betul sengal2 tadi mula hilang.



Toning
Dengan dwi tindakan urut-picit beserta getaran aktif, program toning memantapkan otot sekali gus meningkatkan pengaliran darah bagi menghalang penghasilan toksin. Amalkan rutin urutan dan toning ini untuk menyerlahkan sepasang kaki yang pejal dan sihat!
Lepas cuba : Itu yang ni memang terasa dia picit kuat but dah tak berapa sakit dah coz kaki tu dah boleh adapt sakit2 tadi.


So kesimpulannya, OSIM uPhoria bukan sekadar pengurut luaran untuk memanjakan kaki tetapi merawat secara menyeluruh untuk kesejahteraan hidup anda. Dilengkapi ciri-ciri fleksibiliti mengikut saiz kaki serta tahap kesakitan, mengubah program secara manual ikut pilihan sendiri, sudut posisi bagi keselesaan mengurut, termasuk sarung pelapik yang boleh ditukar basuh untuk memudahkan penyenggaraan, OSIM uPhoria adalah produk serba boleh yang menepati kehendak pengguna bijak hari ini yang inginkan kemudahan dan keselesaan mengurut kaki di rumah.


OSIM uPhoria dijual pada harga runcit RM1,988 dan kini boleh didapati di semua cawangan OSIM seluruh negeri. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan OSIM di 1800 88 9898 atau layari www.osim.com


Hah, apa lagi meh pi cuba kat memana OSIM outlet, test dulu 4 urutan tu ek.. Then barulah beli..



Wednesday, December 21, 2011

Mr Big, its Our 4th Wedding Anniversary


Hi Korang,

Macam mana aku boleh tak perasan yang hari ni merupakan wedding anniversary ktorg yang ke empat. Memang betul lah aku ni banyak nar telan semut kan. Patutlah pepagi lagi lepas je dia kuar dari bilik air trus cari aku then he wish and hugged me. Terperanjat lah sekejap kan coz aku tengah buat breakfast untuk dia. Tak pasal2 pisau butter tu terpelanting ke singki.

Bila dia cakap tup-tup baru aku teringat lah. Ya, allah teruk betul lah aku ni. Menda2 penting cam nie boleh lupa plak kan. Memang tak berape nak mithali betul lah..



My darling Mr Big

Happy 4th our wedding aniversary
Walaupun macam2 jadi kat kita this year 
but
I still & always love you forever..

Anniversary gift? Tunggu masa kita honeymoon next week ek. I got surprise for you tau!. No more nerf-gun or RC cars ok. Ni special sket.

So tunggguuuuuuuuuuu.....

P/S : kalau ingat balik 4 tahun lepas, time nie aku tengah kelam kabut make-up dan pakai baju perantin sambil Mr Big duk sibuk suruh mms gambo aku pakai baju perantin kan.. ishkk x sabau tau!


WW - You're Worth It

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week ialah


So special coz you're worth it. Sangat suka dan tak sabar nak pakai lah