Tuesday, December 13, 2011

Nyawa Di Hujung Pistol


Hi Korang,

Aku still dalam shock lagi akibat kejadian yang menimpa aku isnin lepas. Bukan nak propa but kalau tak kena gaya memang terbang melayang nyawa di buatnya.



So petang isnin tu, aku pi basuh kereta dekat area umah aku ni. Car wash tu memang favourite spot aku coz dia tepi jalan dan senang nak Nampak Mr Big balik keja time petang2 kan.  Tengah duk leka tengok diorg ni basuh kereta aku. Lebih dalam 50meter dari car wash tuh, tetiba aku terpandang ada satu biji kereta melanggar lebih kurang 5-6 biji kereta di hadapan nya. Bunyi hentaman memang terlalu kuat hingga kereta MyVi tu tertolak ke longkang besar tepi jalan dekat traffic light ni.

Kemudian aku Nampak 2 orang lelaki mengacukan pistol dekat driver dan passenger yang melanggar kereta tadi. Passenger tu nak lari but di tembak oleh salah sorang yang aku rasa polis detektif. Terus je si passenger tu terbaring. Memang aku totally nampak clear lah si polis tu pegang pistol kan. Dah macam citer Gerak Khas pun ye Cuma yang ni memang real punya.  Then si driver tu cuba nak lari ke arah tempat car wash aku ni but si polis tuh cepat2 mengarah suruh jangan bergerak dan terus pi gari ke dua2 penjahat tuh. Aku yang kat car wash nie terus tergamam sekejap even kakak yang sesama basuh keta dengan aku tuh dah lari terus ke belakang.

Bila dah kena tangkap baru lah ramai orang datang pi tengok tempat kejadian tuh. Memang jem teruk main road ni lah.  Kereta aku pun siap dan cepat2 aku blah dari situ.

Masa driving balik umah tup2 aku terfikir :-

  1. Kecian kereta2 yang kena langgar tuh, nak claim insurance kereta sape ek ? Dah sah2 kereta yang langgar tu mesti si penjahat tu curi kan.
  2. Nasib baik traffic light tu merah, agaknya kalau hijau confirm di polis tu masih belum dapat tangkap lagi si penjahat tu kan.
  3. Cuba kalau penjahat tu lari arah aku yang rasanya memang terlalu dekat sangat dengan tempat kejadian dan aku dijadikan tebusan. Cam ne ek.
  4. Kalau apa2 jadi kat aku, cam ne dengan family aku kan.

Anyway aku rasa bersyukur sangat coz tak de apa2 yang berlaku kan aku. Memang Allah tu sayangkan aku lagi. Mr Big balik terus citer dengan dia betapa takutnya aku time tuh.

Pengajaran daripada kes nie, kene lebih banyak berhati2 dengan apa yang berlaku di sekeliling kita



Monday, December 12, 2011

Main Depan Orang Ramai Di KL Festival Mall

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku ke KL Festival Mall ni. First time jejak kaki ke sini. Ermm not bad jugak shopping complex ni. Banyak kedai makan yang best2. Ini yang bertambah lemak kat badan aku kan. Tapi tak abis lagi explore KL Festival Mall ni sebab aku duk leka tengok ada orang buat keje tak senonoh kat sini.

Hah inilah orangnya



Memang tak senonoh kan. Aku lah tuh. Tengah kyushuk main 'KINECT X-BOX'. Itulah tujuan sebenarnya datang sini. Mr Big tengah duk pujuk aku yang dia nak beli game ni. Aku memula rasa cam x best je tengok but bila dah main hah ko sampai tak nak blah dari situ. 

Memang best main Kinect X-Box ni, dia detect anggota badan kita guna device alah webcam camtu so dah tak payah guna controller. Once korang dah ada betul2 depan mende alah nie, terus jugak instruction kuar kat tv tuh. Aku sempat main bowling 5-6 round. Orang ramai lalu lalang kat situ terus je stop tengok aku main kan. 

Ermm rasanya macam nak angkat satu lah Kinect X-Box ni. Memang sempoi betul lah kalau rileks2 main kat umah kan. Tak yah dah berleisure2 kat luar coz gamesnya memang variety lah.

RM1750? boleh kot...




Sunday, December 11, 2011

Sunday Post : Secawan Kopi Yang Enak

Hi Korang,

Pepagi ahad nie, kalau pekena secawan kopi o panas pun best jugak lah. Rasa macam indahnya dunia time tuh.


Tapi kalau best bila minum kopi tuh sambil baca suratkhabar kan. Lagi lah enjoy kan. Sangat tenang dan indah je. Lama jugak aku tak baca suratkhabar ni. Lately ni sejak duk kat hotel nie memang rajin betul aku membaca lah.

Membaca jambatan ilmu kan..


Happy Sunday Korang..