Hi Korang,
Kat hotel yang aku tinggal nie, banyak betul facilities yang diorg sediakan. Nama pun busines hotel kan, coz lah kena sediakan segala facilities yang best2.
Semalam sempat jugak aku menjengah ke Health Club, Evergreen Hotel ni. Not bad jugak. Ada gym, swimming pool, massage parlour, jakuzi dan juga sauna. Memang syok betul bila tengok segala yang ada kat Health Club ni.
Disebabkan balik dah malam, so aku dapat try Jakuzi je dulu. Yelah balik dah penat dapat berendam dalam air panas ni mesti best kan. Naik bilik tukar baju siap2 then turun balik tingkat 2 pi ke Health club.
Masuk2 kena register dulu, tulis nama dan no. Blik. Then aku diberikan towel dan kunci locker untuk simpan barang2 aku. On the way nak ke kolam jakuzi tu sempat jugak aku tengok swimming pool dan tempat sauna. Cantik betul lah. Kemudian simpan semua barang2 then terus ke kolam jakuzi.
Rupanya ada 2 kolam iaitu panas dan sejuk. Pilih yang mana satu nak then tekan button ON. Memula aku pilih kolam yang panas, tak sampai 2 minit, aku tukar ke kolam air sejuk dulu. Ermm bila masuk je kolam air sejuk. Mak ai tak leh nak di gambarkan kesejukannya. 5 minit yang pertama memang sejuk betul but then slowly badan aku boleh adapt kesejukan tuh. Pas 30 minit, aku tukar plak ke kolam air panas balik.
Celup je kaki aku dah tak rasa panas lagi coz suhu sejuk kat badan aku tadi berjaya mengurangkan level kepanasan tuh. So masuk kaki, kemudian masuk peha after that terus masuk badan. Hah ko, sedap je rasa badan. Aku gosok segala daki2 yang melekat kan.
Lama gak aku berendam, kat 40 minit cam tu. Sampai aku paksa diri aku sendiri untuk bangun kan. Lepas tukar baju dan pulangkan towel dan kunci locker, aku terus naik bilik. Nak dinner pun tak lalu. Baring2 dan kemudian terus tertidur. Dengan tv terbuka, laptop tak Off, aku jaga balik dah pagi rupanya.
Hebat betul penangan mandi jakuzi nie, selain dapat pecah lemak sket, kurangkan selulit serta kurangkan stress rasanya memang ala orang kaya baru aku dibuatnya. Tak yah kuar duit nak pi spa kan.
Lepas ni nak cuba sauna plak. Mana tau boleh lagi kurus kan.