Saturday, December 10, 2011

Holiday Lagi

Hi Korang,

Ermm weekend ni berholiday lagi. Tapi kali ni berholiday dengan bebudak opis. Aku ada team building dan annual dinner. Duk hotel lagi. 5 stars somemore.



Hah no bad jugak hotel ni, semua kelengkapan ada. Dari toiletries sampai ke entertainment, semuanya syok lah. 

Ok later citer lagi, nak siap2 untuk annual dinner plak lah.

p/s : hopefully boleh menang lah lucky draw yang best2 ek. Korang doakan lah tau..


Friday, December 9, 2011

Mandi Jakuzi Ala Orang Kaya Baru


Hi Korang,

Kat hotel yang aku tinggal nie, banyak betul facilities yang diorg sediakan. Nama pun busines hotel kan, coz lah kena sediakan segala facilities yang best2.


Semalam sempat jugak aku menjengah ke Health Club, Evergreen Hotel ni. Not bad jugak. Ada gym, swimming pool, massage parlour, jakuzi dan juga sauna. Memang syok betul bila tengok segala yang ada kat Health Club ni.


Disebabkan balik dah malam, so aku dapat try Jakuzi je dulu. Yelah balik dah penat dapat berendam dalam air panas ni mesti best kan. Naik bilik tukar baju siap2 then turun balik tingkat 2 pi ke Health club.


Masuk2 kena register dulu, tulis nama dan no. Blik. Then aku diberikan towel dan kunci locker untuk simpan barang2 aku. On the way nak ke kolam jakuzi tu sempat jugak aku tengok swimming pool dan tempat sauna. Cantik betul lah. Kemudian simpan semua barang2 then terus ke kolam jakuzi.


Rupanya ada 2 kolam iaitu panas dan sejuk. Pilih yang mana satu nak then tekan button ON. Memula aku pilih kolam yang panas, tak sampai 2 minit, aku tukar ke kolam air sejuk dulu. Ermm bila masuk je kolam air sejuk. Mak ai tak leh nak di gambarkan kesejukannya. 5 minit yang pertama memang sejuk betul but then slowly badan aku boleh adapt kesejukan tuh.  Pas 30 minit, aku tukar plak ke kolam air panas balik.


Celup je kaki aku dah tak rasa panas lagi coz suhu sejuk kat badan aku tadi berjaya mengurangkan level kepanasan tuh. So masuk kaki, kemudian masuk peha after that terus masuk badan. Hah ko, sedap je rasa badan. Aku gosok segala daki2 yang melekat kan.


Lama gak aku berendam, kat 40 minit cam tu. Sampai aku paksa diri aku sendiri untuk bangun kan. Lepas tukar baju dan pulangkan towel dan kunci locker, aku terus naik bilik. Nak dinner pun tak lalu. Baring2 dan kemudian terus tertidur. Dengan tv terbuka, laptop tak Off, aku jaga balik dah pagi rupanya.

Hebat betul penangan mandi jakuzi nie, selain dapat pecah lemak sket, kurangkan selulit serta kurangkan stress rasanya memang ala orang kaya baru aku dibuatnya. Tak yah kuar duit nak pi spa kan.

Lepas ni nak cuba sauna plak. Mana tau boleh lagi kurus kan.


Thursday, December 8, 2011

Sayangi Kereta Anda : Lampu Handbrake Menyala

Hi Korang,

Rasanya lama betul tak tulis pasal kereta ni. Walaupun hari2 berkereta tapi hati belum ada niat nak tulis hingga ke hari ini.



Ada beberapa readers aku sibuk bertanya kan pasal masalah2 kereta ni. Aku bukan lah mekanik but aku boleh tolong usha2 kat mamat yang selalu betulkan kereta aku bila ada problem kan.

Ada seorang reader ni, Cik Atin namanya bertanyakan masalah.




Hah ko, tergamam sekejap aku baca kan. Ok ok mei wen ti (no problem). Aku akan referkan soalan Cik Atin kita ni kepada yang pakar.

Di antara pendapat yang aku berjaya cungkil dari mamat mekanik aku nie ialah :-

Suis Brek Longgar / Tercabut 

Cuba korang angkat penutup handbrek tu coz kat bawah tu ada satu suis. Maybe suis brek tu wayarnya tercabut or terlonggar kan. Then korang adjust lah sket. Mesti ok kot

Minyak Brek Dah Kering Kontang 

Ini pun penting ni wei. Cuba korang bukak bahagian enjin kereta tu, tengok sebelah kiri (kalau kereta korang sama dengan kereta aku). Nanti korang leh perasan ada satu tabung tutup warna putih. Buka dan tengok paras mana minyak brek korang. Adalah bawah dari paras yang sepatutnya atau kering kontang atau pun leaking dah tabung tu.



Hah apa macam, paham tak explaination aku tu. Senang kan ? Aku suggestla korang pi kedai dan ask them to check 2 mende yang aku bagitau tuh. Kalau betul mende2 tu yang rosak, please tanya dulu apa yang patut dibuat dan berapa harga untuk servicenya dan kalau boleh please survey a few workshop dulu sebelum buat.

Kita sebagai orang perempuan ni janganlah nak buat sendiri unless korang confident yang korang tahu apa nak buat. Takut-takut lain yang di usik lain plak jadinya kan. Aku kalau ada problem je dengan kete pi lah duk berumah tangga kat workshop tu kan. Tanya situ tanya sini, then kalau dah puas hati barulah tukar apa yang sepatutnya

Ermm pas ni kalau ada apa2 problem lagi pasal kereta meh bagitau aku ek. Mana tau aku boleh tolong usahakan cari penyelesaian kan.

Selamat menjaga kereta.