Tuesday, December 6, 2011

Tak Sangka Ombak Rindu Berkesudahan Begitu Je!

Hi Korang,

Dapat jugak aku pi tengok filem Ombak Rindu ni weekend lepas. Ye aku pi tengok sengsorang coz Mr Big bukan minat citer2 cinta nie. So dia allowed aku pi tengok. 


Masa aku pi tengok tuh tengahari time keje, ingat kan tak lah ramai orang kan. But tekaan aku salah, rupa-rupanya pecah panggung, ramai giler orang.  Majoriti pompuan je dan ada gak lah lelaki2 yang duk temankan makwe diorg kan. Sebaris dengan aku semuanya pompuan yang dah siap sedia dengan tissue kat tangan. Memasing dah standby sebab mesti nangis punya lah kan.



Ok ok, penat membebel, meh layan Sinopsis Filem Ombak Rindu


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
 
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. 

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Rasanya semua dah tau kan serba sket mengenai filem Ombak Rindu ni. La tak kan korang tak baca novel nie dulu time sekolah. Aku siap khatam 2-3 kali nak bagi fahamkan jalan citer.

Ini yang boleh aku rumus kan :-

1. Jalan citer tip top. Senang nak paham. Kisah cinta bersegi-segi. Mila suka Hariz, Hariz sayang Izzah, Mail suka Izzah. 

2. Lokasi dalam filem nie memang cantik-cantik lah. Especially Ombak Villa tuh. Pandai PM cari lokasi kan. Sawah padi pun cantik gak, nyaman je mata memandang. 

3. Aaron Aziz memang buat aku terjatuh cinta dengan watak Hariz tuh. Romantik giler arh. Bila aku citer dengan Mr Big pasal nie, dia cakap apa 'Kang I romantik sangat, takut U rimas plak kan' Ishkk potong betul lah laki aku nie.

4. Maya Karin memang kena dengan watak Izzah tuh. Lemah lembut je, tapi pasal tudung tu kasi up to date sket lah. Walaupun dia tu orang kampung tapi tak de orang kampung pakai tudung cam tu kan.

5. Lisa Surihani, walaupun garang cam ne pun dia tetap comel. Cute je aku tengok.

6. Sapa pilih Bront Palare? Memang totally cam orang kampung betul. Sesuai sangat. Romantik pun ye. Cool je. 

7. Baik pi tengok dengan kengkawan lah, baru datang feel nangis2 tu kan. Kalau pi dengan orang lelaki bagi aku agak payah sket nak melalak kan.

8. Aku cam tak caya yang aku boleh nangis gak layan citer nie lah. Walhal aku bukan geng kaki nangis kan.




So itulah serba sket aku leh citer pasal Ombak Rindu ni. Kalau nak tau kesudahannya best ke tak? Kawin ke mati ke, baik korang sendiri pi tengok kat panggung lah..


Best! best! best!



MTV Movie Awards Kasi Hadiah

Hi Korang,

Balik bercuti weekend lepas, aku dapat kejutan.Tup tup tengah duk kemas rumah tetiba ada budak courier sampai depan pintu bagi salam. Terkinja-kinja berlari kan.

Bila amik je barang dari budak courier tuh, pegang bukan main besar lagi bungkusannya. Tengok nama sender bukan main pelik plak, Pizza Hut. Ermm dalam hati bercakap takkan hantar pizza pakai courier.

Bukak2 rupanya dapat bantal dari MTV 2011 Movie Awards. Oh ya baru ingat aku ada masuk contest bulan June dulu. Ingatkan tak dapat, rupanya menang plak. 


Anyway, terima kasih MTV Movie Awards dan Pizza Hut for this cute gift. Mr Big yang paling heboh sekali. Asyik duk peluk2 je kan bantal tuh. Nasib baik tak bawak tidur sekali. Kalau tak penuh dengan air liur je kan.

Hehehehehe untung jugak masuk contest2 simple cam ni, tak menang besar tak per,  dapat hadiah comel2 ni dah cukup untung aku rasa.

Semoga murah rezeki lagi ktorg berdua ek. 



Monday, December 5, 2011

Vitagen Punya Angkara

Hi Korang,

Mr Big dengan baik hatinya telah bekalkan aku Vitagen 2 botol dan sebantal roti chocolate gardenia untuk jadi bekalan aku on the way balik Penang pagi nie. Ermm kalau dah tersayang yang bekalkan siap bubuk dalam beg bekal kan of course aku bedal walaupun aku jarang minum air cuci perut pepagi buat breakfast kan.


Hah, apa lagi belum sampai Toll Rawang aku dah abiskan sebotol Vitagen tu dengan 2 kali sedut termasuk 3 keping roti chocolate tu kan. Hah ko tak sampai 10 minit, perut dah bagi signal kurang baik. Aduiyai in between Sabak Bernam nak sampai Behrang ni tak de R n R plak. Kena la bertahan semahu mungkin. 

Nampak je R n R kecik tuh, terus je aku masuk tanpa fikir panjang. Yelah perut dah sakit kan. Mati enjin, turun kereta terus berlari. Nasib baik tak berapa ramai orang sangat kat toilet pompuan ni. Terus lakukan apa yang di plan tadi. Tak sampai 10 minit lega rasanya. Rehat kejap then sambung journey. 

La belum sampai Tapah lagi, perut buat hal lagi. Berhenti lagi kat petrol station kan. Settle kan apa yang patut. Ishkk teruk betul lah. Rasanya nak sampai Toll Juru ni dekat 8 kali aku stop buang air kan. 

Sampai site, aku tepon Mr Big ngadu dengan dia pasal hal nie. Dia boleh cakap apa, I dah letak minyak senyonyong dalam Vitagen tu, jangan kasi orang2 Penang mengurat U. Terus aku tergelak2 tak jadi nak marah dia. 

Itu lah kalau tak leh minum jangan minum kan. Huhuhuhuhu...

P/S : Nak tengok Ombak Rindu sekali lagi lah... Gurney Plaza? malam nie.. ermm fikir jap lah..