Friday, December 2, 2011

Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia Kini Di Buka

Hi Korang,

Kita dah biasa dengar or perasan kedai runcit 1 Malaysia kan? Now muncul plak Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia. Wah nama kedai dah gempak kan.



Untuk pertama kalinya Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini di Centrum, Setiawangsa di sini bakal menawarkan produk runcit termasuk barangan basah yang segar. Kira-kira 80 peratus daripadanya terdiri daripada pelbagai jenis ikan yang harganya sangat berpatutan 30-40% jauh lebih murah dari harga di pasaran dan terjamin mutunya.

Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu akan dibuka kepada orang ramai bermula Jumaat ini.
Bagi korang yang duk dekat2 area Setiawangsa ni boleh lah ke sini untuk membeli belah tanpa ragu-ragu tentang harga dan kualiti barangan di sini.
Aku? may be someday akan ke sana kot. Nak cuba gak , betul ke harganya murah kan.


Thursday, December 1, 2011

Sila Bawa Recycle Bag Ketika Bershopping Di Penang

Hi Korang,

Rasanya dah seminggu lebih aku kat Penang ni. Walaupun busy dengan keje tak tentu hala but still aku sempat jugak merewang2 ke shopping complex yang ada kat Penang ni. 


So tadi sempat jugak lah aku singgah ke Queensbay Mall. Aku rasa mall yang terpanjang dalam Penang ini. Kira macam Mid Valley gitu lah. Yang best tu Queensbay Mall ni tepi laut tuh. Then ada tempat plak untuk orang lepak2 amik angin. Kira cam park gitu lah. Ada orang main lelayang, amik gambo, berendek, makan2 dan memacam lagi. Seronok gak aku tengok but malas nak jejalan kat park tu lah, may be next time.

So beterapi lah aku sambil cuci2 mata tengok barang2 yang ada kat dalam mall ni, alah tak beli pun window shopping je. Ada murah ada mahal, same je cam kat KL. Baik shopping kat KL kan, leh pau Mr Big kan.


Tup tup aku terpandang signage kat atas ni. Alah no plastik bag je. Biasalah tu, every sabtu je kan. Then aku tengok sekali. Rupanya everyday. So maknanya setiap hari tak de plastik bag. Uishkk hebat nie. KL pun belum start implement cam ni lagi ek. 

Ermm baru je plan nak beli baju sehelai dua kan. Bila dah nampak signage tuh, terus terbantut niat suci murni aku ni. Jawabnya lain kali lah aku menghabiskan duit kat mall ni ye. 


So pada korang2 yang bercuti ke Penang tuh, please aware pasal 'no plastic bag day' ni. Bukan kat jusco je  malah semua shopping complex, hypermarket, supermarket dalam Penang dah amalkan menda ni tau. Manalah tau nak shopping banyak kan, tup2 terlupa nak bawak recycle bag, hah masak ko nak menjinjing kiri kanan kan.

Ingat tu tau!



Wednesday, November 30, 2011

Ditemani Kabus Pagi

Hi Korang,

Ermm 2 minggu nie memang cukup hetic bagi aku. Dengan tak de masa nak update blog kan. Kalau update pun entry seringkas yang boleh je. Memang tak cukup masa betul lah.

So pagi semalam balik ke Penang, macam biasa aku keseorangan. Tak de siapa nak teman kan. huhuhuhu sedey sungguh rasanya. Tapi nak buat camne, keje mestilah di dahulukan. Tengah duk syok melalak2 dalam kete, tup tup jalan nampak cam blur je. Rupanya jalan berkabus. La tak kan kabus pun korang tak tau.


Camne kabus terjadi :-


Kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%. 

Kabus yang tebal dipanggil kabut. Dari segi darjah penglihatan, fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km. Dilihat dari jauh, kabus agak kebiruan, manakala kabut lebih keperangan.

Kabut merupakan awan yang bersentuh dengan tanah, ia merujuk kepada keadaan kabus yang tebal. Kabut berbeza dari kabus cuma dari segi ketumpatannya. Kabut ditakrifkan sebagai awan yang mengurangkan darjah penglihatan kepada kurang dari 1 km, manakala kabus 2 km. Kabut mengurangkan darjah penglihatan dan boleh menyebabkan kemalangan.



Ermm dah paham dah kabus tu apa kan. Masa lalu time jalan berkabus tuh, aku siap bukak lampu lagi takut kereta yang tak perasan kan bila laju kan. Memang tebal aku tengok but bila dah lalu tak rasa plak lah. Memang sejuk je time tuh.

Matahari pun tak nampak, ditutup dek kabus

Jarang jumpa kabus kan, kecuali kalau keluar pepagi. Betul tak? Time aku lagi lebih kurang kul 8 pagi cam tu. Sebab tu jalan nampak kosong je, boleh siap berhenti amik gambo kan. Hehehehe..

Itu je, nanti citer lagi..

P/S : aku malas nak citer pasal site aku lah coz semua tak leh citer. Confidential katanya. Itu yang tak citer tuh.