Tuesday, November 29, 2011

Bergembira Dengan Mereka

Hi Korang,

Last weekend aku memang totally busy. Selain daripada kene beroutstation ke Penang dan bekerja dengan bersunguh2, aku juga kena siapkan a few things dengan 'Family Day Mr Big' yang baru je abis tengahari tadi. 

Nampak macam simple but bila dah kena handle, errmm wow penatnya bukan main lagi. 


Apa-apa pun aku memang happy coz dapat menggembirakan hati mereka2 ini.

Hopefully tahun depan ada lagi ek, dengan venue yang lagi best dan awesome lah. Citer pasal ni nanti aku akan update ek. 

Note : Banyak betul aku utang entry nie ek.. Melambak2 citer lah. Penatnya.



Monday, November 28, 2011

Letih

Hi Korang,

Tak tertahan rasanya di hati.
Sesungguhnya aku letih dengan semua ini.
Kenape nak melagakan di antara satu sama lain.
Sebab ko nak glamer ke?

Alahai tolong lah..

Friday, November 25, 2011

My Wacky Journey To Penang


Hi Korang,

Rasanya semalam aku dah citer pasal rumah kedua aku yang hebat tu kan. So now meh aku nak citer travel journey aku hari tuh. Aku memang driving ke Penang, seorang diri ok. Itu yang tak boleh blah tuh. Di sebabkan segalanya adhoc, so Mr Big tak boleh amik cuti. Jawabnya kena aku bawak kereta sengsorang kan. Sedey tau huhuhuhuhu..


Kuar umah dalam kul 6.40pagi cam tuh. Aku start naik toll Jalan Duta ngam2 kul 7.30pagi. Walaupun kereta banyak but still flow aku lancar je. Langsung tak de jem. Once aku naik je toll aku rasa ada 3 distance or the way of driving untuk ke Penang ni.


Boring Distance

Bagi aku perjalanan dari R&R Sg Buloh hingga ke R&R Tapah memang boring. Mana taknya, kalau korang perasan kanan kiri jalan penuh dengan hutan je. Sana hutan sini hutan. Kejap2 tu kan Cuma ada signage je yang tunjukkan exit keluar . Kat distance ni jugaklah  para pak polisi suka sangat menembak balik tiang jambatan. Masa aku lalu tu belum ada lagi. Kira nasib baik gak lah kan. Sedaplah pecut selaju mungkin. Then sampai Tapah terus je stop kencing dan isi minyak. Tempat lain aku tak berape berani nak berhenti, banyak lori yang bersidai kat R&R kecik2 nie.


Adventure Distance

Part ni memang sangat mencabar betul. Lepas je dari R&R Tapah tu, jalan dah  tinggal 2 lane. Then dah kena mula mendaki bukit. Bila time dari Ipoh ke Kuala Kangsar tu, memang totally mencabar. Sebelum nak masuk terowong tuh, kena mendaki bukit. Then nampak gua batu kapur dan kuari dekat area Ipoh nie. Lepas kuar dari terowong tu, kena menurun bukit plak. Ishk seram betul lah. So kat sini kemahiran aku gunakan gear dicabar. Yelah eventho automatic gear but still aku kena tukar2 ikut kesesuaian. Sekejap gear 3, sekejap gear D balik kan.  Hah cam tu lah sampai ke area nak masuk Kuala Kangsar. Dengan kereta boleh tahan banyak dapat jugak aku harungi semua ni. Ermm lega betul lah.


Rileks Distance

Start masuk area Perak utara je, dah syok driving. Yelah lah kereta pun dah kurang, pemandangan pun dah cantik. Dapat tengok kampung orang, lembu, kerbau, kolam ikan,  kebun buah, sawah padi dan memacam lagi lah. Leka sekejap lah kan.Then bila masuk Penang, korang boleh tengok kilang2 yang produce barang2 yang kita tau macam kilang Yusuf Taiyob, kilang tiger balm, kilang tupperware elianware ada lagi yang aku tak ingat lah. Sepanjang jalan nak ke toll Juru tu majoriti memang nampak kilang je. 

Bayar toll RM43.30 then terus je masuk Penang bridge.


Sebenarnya seronok jugak lah driving sengsorang long distance ni, walaupun ramai orang kata boring coz tak de teman kan but I really enjoyed it. Boleh stop sesuka hati, melalak menyanyi macam pusat karaoke pun boleh. Masa driving ni lah, aku dapat fikir memacam tentang diri aku, family, keje, blogging dan yang mengarut2 pun ada gak.

Rasa-rasa korang nak cuba drive sengsorang ni, baiklah cuba. Try yang betul2 long distance lah. Kalau setakat pi keje balik keje tak kira tau. Tak mencabar tuh.