Friday, November 11, 2011

Telefon Lama

Hi Korang,


Hari tuh aku ada citer pasal teko lama kan. Ramai jugaklah yang berkenan dengan teko2 tuh. Siap suruh tanya mak aku berape letak harga kan. Ishk sambutan yang begitu menggalakkan. Mau pas ni aku selongkar lagi cari barang2 lama kat stor mak aku ni kan.


Selain dari teko lama, aku terjumpa jugak telefon  telekom yang ala-ala lama ni kan. Kaler oren plak tuh. Memang old school betul lah. Elok lagi plak tuh. Aku siap test, memang boleh pakai lah.

Ishk mak aku ni memang penyimpan mohor besar betul lah. Segala mende semua dia nak simpan. Tapi tak per, aku leh jadi broker untuk jutawan kaya ni, mak aku...

Hehehehhehe...


Thursday, November 10, 2011

'Samsung Galaxy Note' Aku Terpesona

Hi Korang,

Lately ni ramai yang bercerita gadget terbaru yang baru terdapat di pasaran, apa lagi Samsung Galaxy Note. 



Nak kata phone tak jugak but nak kata tablet pun tak jugak. So aku gelarkan phonetablet lah. Senang sket. Ermm function plak lagi best dari smartphone biasa. Selain buat call, sms, mms, email, surfting the net, 


Galaxy Note ini jugak mempunyai function yang aku betul2 suka iaitu  sketching siap dengan rendering sekali dan yang best tuh ada stylus sekali. Alah dia macam pen untuk buat keje2 sketching tu kan.

Seronokkan, meh layan video pasal Samsung Galaxy Note ni


Ermm ada lagi video pasal Samsung Galaxy Note nie lagi.


Actually banyak video pasal Samsung Galaxy Note ni, korang leh check it out kat

Samsung Website : http://bit.ly/saH4BF
Details pasal Galaxy Note : http://bit.ly/vhO2Vu


Update Terkini :

Lupa nak bagitau yang Samsung Galaxy Note akan di lancarkan esok 11.11.11 di Malaysia ni. Untuk 100 pembeli yang pertama, korang akan dapat Galaxy Note cover with Swarovski Crystals. Best kan.



Aku memang tak teragak2 lah untuk beli Samsung Galaxy Note ni, memang aku terpesona lah.


Nak beli yeah!



Wednesday, November 9, 2011

La Senza New Pin-Up Store Launch @ 1 Utama

Hi Korang,

3 November hari tuh, aku sempat menghadiri satu lagi event launching kedai La Senza partnership with FJ Benjamin (M) Sdn Bhd di 1 Utama.


Dari Paris ke Rome, Shanghai ke Caracas, Sydney ke Dubai, kini boleh didapati di Malaysia. Nie kira first time pi launching kedai sexy lingerie so ramai pompuan je lah kan. Rasanya kalau rasa lelaki mau terjolok bijik mata diorg kan...


Ramai jugak jelitawan yang hadir. Semuanya supermodel yang cantik2 dan tinggi belaka. Sempat jugaklah aku bergambar dengan diorg ni.


Acara di mulakan dengan perasmian 'Push The Button' oleh VVIP dari La Senza Malaysia. 


Kemudian ada sexy dance ala-ala burlesque



Meh kita tengok apa yang  La Senza tawarkan untuk wanita2 yang inginkan sesuatu yang istimewa untuk yang tersayang.


Cantik kan purple

Sweetnya pink

Ganassss

Tak lupa jugak, dessert bar yang cukup mengiurkan para jelitawan dan media. Aku sendiri pun boleh tergoda dengan dessert yang di persembahkan. 




Eh, memang tak sah x bergambar sakan kan. So mestilah bergambar dengan blogger lain adalah wajib kan.


Dengan Hannah Tan


Mesti ada diorg ni, kalau event berkaitan pompuan kan

Dengan Ana Rivera, supermodel dari HongKong

Sukanya memasing

Info terkini boleh lawat fanpage www.facebook.com/lasenzamalaysia. Jom serbu La Senza Boutique




F345, 1st Floor, High Street
1 Utama New Wing
Petaling Jaya

p/s : dah cakap dengan Mr Big nak shopping kat sini, then dia tanya ada size ke? klu ada dia belikan 2 lagi.. huhuhuhu.. suka tau nyakat aku...