Wednesday, November 9, 2011

WW - Merahnya Mak Ngah

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.


Mintak2 Mr Big belikan ek... Dah test pun, ada size ok!

Cantikkkkkk...

I lap U very strong lah...




Tuesday, November 8, 2011

Teko Lama

Hi Korang,

2-3 hari ni aku online tak teratur sket, maklumlah cuti panjang kan. So blog pun sama gak lah bercuti. Cuti 3 hari raya hari tuh aku balik umah omak den lah kan. Lama dah rasa x balik. Ala bukan buat apa pun, asyik2 masak, makan, borak dan tido kan. 

Then tetiba ternampak plak berbakul2 khazanah lama kat dalam stor omak den ni.

Ini baru satu bakul yang aku nampak

Hah apa lagi bongkar satu-satu lah kan. 

Sangat classic

Corak macam chinese punya design

Ini bunga kangkung katanya

Sebenarnya banyak lagi khazanah omak den simpan dari zaman jepun dulu. Saja je dia malas nak kuarkan. Rasanya kalau aku jual kat EBay ni agak-agak ada orang nak beli tak ek!

Tetiba nak jadi jutawan segera lah... kahkahkahakhakah

Kulit Macam Porcelain Dengan Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse

Hi Korang,

Aku memang ada pakai BB cream but tak selalu lah sebab dia nampak cam creamy bila kat muka kan. So bila ada function ke outing ke then baru aku pakai. Nampak memang licin muka dan cam berminyak gak lah. Mana tak nya, kulit dah berminyak di tambah lagi cream yang berminyak kan, jawabnya leh goreng telur ek.


So sekali lagi Maybeline New York mengeluarkan lagi produk terbaru untuk BB cream ini iaitu Maybeline New York Pure minerals BB Mousse


Memang betul, BB cream dalam bentuk mousse. Selalunya kita jumpa dalam bentuk liquid je kan. Liquid ni nampak berat sket dan cam susah sket nak balancekan kat muka kan. BB Mousse ni plak ianya ringan dan mudah di sapu kat muka especially bagi korang yang baru first time pakai make-up kan.


Bila dah mula pakai BB Mousse ni, rasanya cam ada perubahan sket. Di antaranya ialah :-
  1. Instant poreless-looking skin
  2. Shine-free and fresh
  3. Reduced dullness
  4. Hydration
  5. Natural radiance
  6. soft and supple skin
  7. Lasts all day
  8. SPF30/PA+++ UV protection
Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 


Korang boleh dapatkan BB Mousse ni di memana supermarket dan juga farmasi di seluruh negara dengan harga RM54.90. Bunyi cam mahalkan but tahan lama tau.