Thursday, November 3, 2011

Pink Mocktail Night @ Hard Rock Cafe, KL

Hi Korang,

Korang mesti perasan yang aku ada post pasal hang out kat Hard Rock Cafe hari tuh kan? Ermm lepak memang lah lepak but lepak sambil beramal. aku di jemput ke 'Pink Mocktail Night' anjuran Pantai Hospital Klang sempena malam penutup bagi Pink October ni. So aku ajaklah Farra-Eng, Jard, Zurie dan K Ina KL. Alah sesaje je. Nothing to do malam isnin tu kan.


Pink October month ni merupakan acara menyambut Hari Kanser Payudara yang di adakan setiap tahun pada bulan Oktober. Pelbagai acara di adakan termasuk lah 'Pink Charity Run' iaitu larian amal untuk mengutip dana bagi cancer survivor ini.


Acara pada malam itu di hostkan oleh Dato'Yasmin Yusuff iaitu Event Ambassador bagi Pink October ini. Kemudian Mr Stanley selaku CEO bagi Pantai Hospital Klang memberikan sedikit kata-kata alu-aluan mengenai tujuan 'Pink Mocktail Night' di adakan.


Sejurus itu, ada persembahan tarian daripada 'Candy Girls' yang merupakan sebahagian dari Cancer survivor. Boleh tahan jugak, yelah at least they do it something untuk hiburkan para pengunjung yang datang. 


Kemudian ada persembahan daripada penyanyi baru Amanda Imani yang menyanyikan lagu Selamilah Cinta nie menyampaikan beberapa lagu english yang best2. Sedap gak suara dia nie. Memang sesuai nyanyi lagu2 omputih kan.


Sambil ktorg di hiburkan dengan persembahan live band, berlangsung acara 'Pink Products Auction', di mana cara lelongan barangan aksesori wanita untuk mengutip dana Kanser Payudara ini. Semua cantik2 tapi sayang aku tak berape nak mampu nak beli kan.


So sambil makan tu sambil layan live band lah. Not tahan jugak resident band Hard Rock Cafe ni, suara not bad dan lagu-lagu yang diorg bawak semuanya ktorg boleh layan lah kan.


Anyway TQ to Ili Nadirah dan Tanzina yang sudi menjemput aku ke event amal sebegini. Juga kepada Pantai Hospital Klang atas godies bag ubat-ubatan tu tau. Sesangatlah aku hargai ek. 

Kalau ada event sebegini lagi jemputlah ktorg lagi ek. Suke event2 pasal charity ni. At least ada jugak contribution aku pada society kan.

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11 Bersabarlah Sayang


Hi Korang,

Rasanya semua orang perasan dengan tarikh hari ini 1/11/11. Cantik kan tarikh ni, mesti ada je orang nak buat something untuk di jadikan ingatan nanti.

Aku? Ada aku kisah tarikh cantik ke kan. Sama je macam hari2 yang lain.


Tapi, al kisahnya pagi tadi aku dapat email dari Office management aku. Diorg perlukan tenaga aku yang tak seberapa banyak ni sebab duk penuh lemak ni outstation ke utara. Aduh terkesima sekejap aku di buatnya. Alah couple of months katanya. Bukan week ok but months. Lebih dari 2 bulan tuh.


Ermm tak perlah rezeki datang bergolek ni, so kenalah sacrifice kan. Memang sejak dari anak dara lagi keje aku travel merata tempat even ke Asean countries alone. Tapi bila dah lama x travel nie rasa cam malas plak. Nak packing baju untuk 3-4 months punye usage kan. Itu yang cam berat2 sket tu kan.

Mr Big? Dia cakap 'Sabarlah sayang, bukan lama pun kan'. Lagipun dia ok je coz dia kata ada tempat nak bercuti bila time weekends. So tak de lah lepak kat umah kan.

So ini dia hari bersejarah aku, kira bersejarah jugak lah kan. Ada beberapa hari lagi untuk aku menenjoykan diri di KL ni (macam weekend x boleh balik kan). Blogging? On cam biasa lah. Mana boleh miss. Itu keje gak tu kan.

So guys, wish mu luck!