Tuesday, November 1, 2011

1.11.11 Bersabarlah Sayang


Hi Korang,

Rasanya semua orang perasan dengan tarikh hari ini 1/11/11. Cantik kan tarikh ni, mesti ada je orang nak buat something untuk di jadikan ingatan nanti.

Aku? Ada aku kisah tarikh cantik ke kan. Sama je macam hari2 yang lain.


Tapi, al kisahnya pagi tadi aku dapat email dari Office management aku. Diorg perlukan tenaga aku yang tak seberapa banyak ni sebab duk penuh lemak ni outstation ke utara. Aduh terkesima sekejap aku di buatnya. Alah couple of months katanya. Bukan week ok but months. Lebih dari 2 bulan tuh.


Ermm tak perlah rezeki datang bergolek ni, so kenalah sacrifice kan. Memang sejak dari anak dara lagi keje aku travel merata tempat even ke Asean countries alone. Tapi bila dah lama x travel nie rasa cam malas plak. Nak packing baju untuk 3-4 months punye usage kan. Itu yang cam berat2 sket tu kan.

Mr Big? Dia cakap 'Sabarlah sayang, bukan lama pun kan'. Lagipun dia ok je coz dia kata ada tempat nak bercuti bila time weekends. So tak de lah lepak kat umah kan.

So ini dia hari bersejarah aku, kira bersejarah jugak lah kan. Ada beberapa hari lagi untuk aku menenjoykan diri di KL ni (macam weekend x boleh balik kan). Blogging? On cam biasa lah. Mana boleh miss. Itu keje gak tu kan.

So guys, wish mu luck!

Lepak @ Hard Rock Cafe Dengan Ladies Blogger

Hi Korang,

Semalam sempat jugak lah aku lepak dengan ladies blogger yang selalu aku jumpa. Actually memang tak plan pun tetiba je plan nk hang out jugak kan. 

Tempat nak lepak pun bukan calang-calang ok. Tak main lah mapley kan. So ktorg pilih ke sini.


Hard Rock Cafe tuh, on Monday night. Memang pelik kan. Ala bukan ada apa2 pun. Sesaje je nak layan live band kan. 

Makan? alah biasa-biasa je. Order appetizer je. Senang kan



Tadi aku ingat nama makanan nie tup-tup leh lupa plak lah. Kedua-duanya ada ayam. Memang minah ayam betul lah aku ni. So sambil makan, sambil layan resident band 'Skyliner' perform. Sedap jugak suara2 diorg ni.   Performance dah macam artis dah. 

Eh, lupa plak siapa yang sempat join sekali ladies blogger hang out ni kan. Meh tengok memuka wanted nie


Hah, itu je lah. Bukan ramai pun. Ada K Ina KL, Zurie, Farra-Eng dan Jard. Diorg ni memang senang nak di ajak outing adhoc coz semua keje kat KL kan. Itu yang senang tuh.

Best kan sekali sekala lepak2cam nie

‘Digi Pitbull – I Like’

Hi Korang,

Siapa yang tak kenal dengan Pit Bull kann? Seorang penyanyi rap yang meningkat naik dari Florida, US dan baru sahaja memenangi Pitbull Takes Home 2011 "Best Male Music Artist" ALMA Award  terkenal dengan lagu-lagunya seperti "Hey Baby (Drop It To The Floor)". Dengan with Jennifer Lopez on her single "On the Floor" dan juga second single, "Give Me Everything" featuring Ne-YoAfrojack and Nayer

Dengar-dengar plak Pitbull akan ke Malaysia tak lama lagi. Rasanya pada 1st December 2011 kat surf Beach Sunway Lagoon

Dan yang best tu DiGi akan contest untuk kaki2 photographer jadi Official Photographer untuk konsert Pitbull ini dan juga tiket back stage dan VIP acess.

Kenapa DiGi patut pilih aku sebagai Official Photographer untuk konsert Pitbull ni?  

Kerana aku sukakan challenge seperti ini, mengambil gambar dengan cara cepat dan kreatif di khalayak ramai. Dengan ini aku dapat mempraktiskan lagi kemahiran aku menggunakan DSLR aku ni kan.

Syaratnya mudah je aku tunjukkan yang aku ni photographer tegar di abad ni dengan mempamirkan beberapa best shoot gambar yang aku pernah amik menggunakan DSLR aku. 

So ini adalah salah satu gambar yang aku rasakan menarik sekali shoot yang di ambil.

Bunkface at TM B'day Bash Concert

Sam Bunkface tengah perform

DS Najib Razak sedang berucap

Sempat amik shoot beliau bersalam dengan tetamu yang hadir

Shoot semasa Magical Musical

Hopefully dengan gambar-gambar ini aku akan dapat VIP pass tersebut. Boleh beramah tamah sambil bertepuk tampar dengan Pit Bull kan.

Hey Pitbull, here I come! 

Anway, kalau korang nak pi tengok konsert Pitbull ni meh sini klik link ni ek. http://www.digi.com.my/whatshot_v3/pitbull/landing.do