Friday, October 21, 2011

'Astro B.yond IPTV' Cara Hidup Yang Terkini

Hi Korang,

Korang mesti dah cukup bangga dah kan, sebab dah ada Astro B.yond HD +  PVR kan? Siap plak eksen2 dengan jiran sebelah umah. Ermm itu belum cukup lagi wei. Sekarang ni Astro ada lagi yang terbaru tau. Nak tau apa?

Ini dia ASTRO B.YOND IPTV

Ia merupakan satu-satunya service providers yang mengandungi rancangan Astro yang berdefinisi tinggi, yang boleh juga di rakam menggunakan PVR dan Internet Broadband Line serta talian tetap telefon. Semuanya dalam satu.

Meh kita tengok apa services yang di tawarkan dengan Astro B.yond IPTV


Ermm macam menarik kan, aku pun teruja jugak lah. So sebab tu lah aku nak pi party yang Astro akan adakan tak lama lagi. Meh check it out pasal party nie ek.


                                                         Date: 29th October 2011 (Saturday)
Time: 6.30pm – 10.00pm
Venue: B.yond IPTV Concept StoreNo.5, Jalan Solaris 2, Ground Floor, Solaris Mont Kiara


Aku confirm lah nak pegi kan. Eh, korang pun nak join jugak ek? Boleh2 apa salahnya. Caranya? meh click kat blog ni, semua details pasal party ni ada dalam blog ni ok.

Yang best tu, pelbagai hadiah akan diberikan masa dalam party ni nanti dan sesiapa yang datang dengan well dressed up mengikut tema 'Hollywood & Celebrities' ermm ada ganjaran menanti iaitu  32 inch LCD Internet TV. Best kan? nampaknya lagi lah bersemangat aku nak pi cari baju tema nanti. 

Apa lagi, moh lah cepat join party ni. Sambil menang hadiah dapat jugak berkenalan dengan blogger2 yang lain kan. 


Untuk lebih details, korang leh klik kat sini 


Mengenai Astro B.yond IPTV : http://www.astro.com.my/iptv/index.html

Mengenai Astro IPTV Party : http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/10/14/astro-b-yond-iptv-party/

Cara Nak Join IPTV Party : http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/10/14/astro-b-yond-iptv-party/

Join jangan tak join tau!


Masak Dengan Kadar Segera

Hi Korang,

Hari-hari korang masak tak bila balik dari keje? Ermm mestilah masak kan. Yelah isteri / ibu mithali katanya. Tak gitu yeop? 

Kalau nak di bandingkan dengan aku memang jauh panggang dari api lah kan. Aku ni ikut mood. Datang mood rajin bukan main banyak aku leh masak sampai Mr Big bising sapa yang abiskan lauk-pauk yang banyak tu kan. Tapi bila penyakit 'M' besar tu menular, ermm dapur pun aku malas nak masuk. Teruk kan, memang teruk pun. I thought so!.


Nasib baik ada blogger tegar ni bagi aku special ramuan untuk aku rajin memasak. Jadi apa aku buat untuk menambat selera Mr Big yang senantiasa lapo bila sampai umah kan. Aku cuma beli bahan utama je coz dalam special ramuan ni semua dah ada. Ermm best kan, tak yah aku nak beli daun kesum lah, halia lah, kunyitlah kan. Semua dah siap dalam paket tuh.

Best kan, sungguh menakjubkan bagi bini2 yang agak malas cam aku kakakakkaka. Bukan apa, aku cuma guna special ramuan ni on weekday je. Weekend mana sempat nak masak, asyik duk berevent je bagai kan. Makan free manjang lah kan.


Rasanya malam ni nak masak kari lah guna special ramuan ni. Korang plak nak masak apa ek? Janganlah jadi malas cam aku ek. 

Selamat memasak yea..


Thursday, October 20, 2011

Aku Memang Kaki Buku

Hi Korang,

Korang rasa aku ni kaki buku tak? Ermm nampak macam nan ado kan but reality is aku memang book worm okeh. 


So last week sempat jugak aku dengan bebudak opis aku pi ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS Serdang ni kan. Nasib baik dekat je dengan Safari ek. 

Tengok siap duduk2 kan.

Orang punyalah ramai kan. Masa aku pegi tuh hari jumaat so memang ramailah orang pompuan kan. Orang lelaki melayu tak do pun coz pi solat jumaat lah kan. Bukan setakat orang pompuan je yang ada, bebudak kecik, orang tua, budak sekolah, orang separuh tua pun ada. Nampak dah rakyat Malaysia ni dah rajin membaca kan.

buku pasal nenek pun ada tau

Yang best tuh, buku-buku ni semua di import dari oversea dan harganya plak turun sampai 80-90% aku rasa. Yelah majoriti buku-buku cerita harga dalam RM8 je. Buku-buku masak start dari harga RM5 pun ada. Buku bebudak lagi lah murah kan RM3 pun ada aku perasan. Oit memang seronok lah.


Di sebabkan dengan masa yang tak cukup coz lunch hour yang singkat, aku cuma sempat sambar beberapa buku je. 1 buku masak, 2 buku citer dan 1 buku motivasi. Tak perlah janji ado kan.

Ermm mintak ada lagi book sale macam ni lagi ek. Suker betul lah aku. Dapat aku penuh kan book self aku yang baru je beli ni kan