Friday, October 21, 2011

Masak Dengan Kadar Segera

Hi Korang,

Hari-hari korang masak tak bila balik dari keje? Ermm mestilah masak kan. Yelah isteri / ibu mithali katanya. Tak gitu yeop? 

Kalau nak di bandingkan dengan aku memang jauh panggang dari api lah kan. Aku ni ikut mood. Datang mood rajin bukan main banyak aku leh masak sampai Mr Big bising sapa yang abiskan lauk-pauk yang banyak tu kan. Tapi bila penyakit 'M' besar tu menular, ermm dapur pun aku malas nak masuk. Teruk kan, memang teruk pun. I thought so!.


Nasib baik ada blogger tegar ni bagi aku special ramuan untuk aku rajin memasak. Jadi apa aku buat untuk menambat selera Mr Big yang senantiasa lapo bila sampai umah kan. Aku cuma beli bahan utama je coz dalam special ramuan ni semua dah ada. Ermm best kan, tak yah aku nak beli daun kesum lah, halia lah, kunyitlah kan. Semua dah siap dalam paket tuh.

Best kan, sungguh menakjubkan bagi bini2 yang agak malas cam aku kakakakkaka. Bukan apa, aku cuma guna special ramuan ni on weekday je. Weekend mana sempat nak masak, asyik duk berevent je bagai kan. Makan free manjang lah kan.


Rasanya malam ni nak masak kari lah guna special ramuan ni. Korang plak nak masak apa ek? Janganlah jadi malas cam aku ek. 

Selamat memasak yea..


Thursday, October 20, 2011

Aku Memang Kaki Buku

Hi Korang,

Korang rasa aku ni kaki buku tak? Ermm nampak macam nan ado kan but reality is aku memang book worm okeh. 


So last week sempat jugak aku dengan bebudak opis aku pi ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS Serdang ni kan. Nasib baik dekat je dengan Safari ek. 

Tengok siap duduk2 kan.

Orang punyalah ramai kan. Masa aku pegi tuh hari jumaat so memang ramailah orang pompuan kan. Orang lelaki melayu tak do pun coz pi solat jumaat lah kan. Bukan setakat orang pompuan je yang ada, bebudak kecik, orang tua, budak sekolah, orang separuh tua pun ada. Nampak dah rakyat Malaysia ni dah rajin membaca kan.

buku pasal nenek pun ada tau

Yang best tuh, buku-buku ni semua di import dari oversea dan harganya plak turun sampai 80-90% aku rasa. Yelah majoriti buku-buku cerita harga dalam RM8 je. Buku-buku masak start dari harga RM5 pun ada. Buku bebudak lagi lah murah kan RM3 pun ada aku perasan. Oit memang seronok lah.


Di sebabkan dengan masa yang tak cukup coz lunch hour yang singkat, aku cuma sempat sambar beberapa buku je. 1 buku masak, 2 buku citer dan 1 buku motivasi. Tak perlah janji ado kan.

Ermm mintak ada lagi book sale macam ni lagi ek. Suker betul lah aku. Dapat aku penuh kan book self aku yang baru je beli ni kan





Wednesday, October 19, 2011

Sushi RM2 Sepinggan Je

Hi Korang,

Ada berita baik bagi peminat Sushi macam aku yang tegar nie kan.


This week ada promotion untuk member card area KL dan Selangor. Korang leh makan seberapa banyak sushi dalam masa 60 minit dengan hanya RM2 je sepinggan tau. 


Betul lah, aku tak tipu. Tengok lah banner tuh.

Apa lagi ktorg bebudak kat office ni tak lepaskan peluang lah kan. Mentang2 lah safari nie dalam Mines. So sempatlah ktorg terjah hari isnin hari tuh kan. Alah pergi berenam je. Muat satu Alza. Senang. Masa sampai tu tak ramai orang lagi. So ok lah. 


Di sebabkan ktorg meja hujung sekali dekat dengan kicthen, dapatlah makanan yang fresh2. Chef tu siap je buat kat kaunter tuh, ktorg sapu dulu. Ntah berapa pinggan aku bedal udang ni pun aku tak tau dah.


Dalam masa 40 minit je ktorg dah bedal 40 pinggan. Itu pun sebab mengenangkan x cukup masa nak pi shopping plak tuh. So stop kat situ jelah.

Totally memang kenyang betul lah. Masuk je office terus capai mug buat kopi untuk hilangkan ngantuk.

Korang belum pegi? Baik cepat nanti nyesal tak guna kan.

Cepatlah...