Tuesday, October 11, 2011

Cerita MasterChef Aku

Hi,



Eh.. korang suka tak tengok rancangan masak memasak? Yerlah.. asyik tengok Raja Lawak je.. sesekali kita cuci-cucilah mata tengok rancangan MasterChef Malaysia ni. Actually MasterChef Malaysia ni adalah satu rancangan realiti hiburan jugak tau.. Cuma ia berkonsepkan masakan. Kalau kita tengok sekarang pakar-pakar memasak yang hebat-hebat selalunya lelaki kan? Tapi kali ni.. MasterChef Malaysia ni dah round 5 tempat di Malaysia untuk mencari siapakah yang paling master sekali dalam bab-bab memasak ni.


Pada aku rancangan ni memang bagus dan memberi satu kelainan pada program realiti. Yerlah.. kalau tak asik nyanyi-nyanyi.. berlakon-berlakon kan? Kali ni Astro menampilkan sedikit kelainan dengan wujudnya Program MasterChef Malaysia ni. Di tambah pulak, aku memang dari kecik suka tengok rancangan masak-memasak kat TV tu ha.. suka tengok cara Chef perkenalkan bahan-bahan.. then sila masukkan sedikit demi sedikit.. then kacau dengan perlahan.. then bla.. bla.. bla.. Eh.. aku sukalah tengok!

Untuk acara final MasterChef Malaysia ni nanti, seramai 40 peserta yang berbakat dalam memasak telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir nanti. Yang peliknya aku tengok semua peserta ni dari macam-macam bidanglah.. ada pelakon, doktor gigi, pereka grafik, penoreh getah dan pemandu pun ada jugak. Nampak sangatlah tak kira sesiapa pun boleh ada bakat memasak ni kan? Jom tengok senarai 40 peserta yang mempuyai bakat memasak yang terpendam ni..



Dan.. jeng.. jeng.. jeng.. bukan saja pelakon, doktor gigi, pereka grafik, penoreh getah, pemandu tu pun yang boleh memasak tau.. tapi BLOGGER pun ada jugak yang berbakat ok. So.. untuk blogger pun telah dioffer untuk join MasterChef Malaysia ni. So.. ramailah blogger yang pakar-pakar memasak ni telah join. Dan akhirnya.. 10 orang blogger telah berjaya masuk ke peringkat akhir. Oh.. tahniahlah pada 10 orang yang berjaya itu.. lepas ni boleh lah bukak blog masak-memasak yek? Hehe..


Hari tu aku ingat nak join jugak.. tapi bila fikir balik macam tak payah lah kot. Bukan apa.. takut nanti aku masak sepinggan tu tak cukup pulak bila semua dah mintak siap ada yang merayu nak order bagai kan. Haha.. Tapi lah kan.. terfikir jugak.. kalau aku masuk lah MasterChef Malaysia ni.. aku rasa aku nak masak Ketam Masak Lemak Cili Api. Uh.. sodapnyalah kan??


Lepastu aku boleh posing kat dapur dengan bahan-bahan masakan macam ni kan? Uh.. terujanya! Yang lagi bestnya.. mesti aku boleh posing sambil pegang Ketam Masak Lemak Cili Api tu dekat banner MasterChef Malaysia ni kan? Uh.. syoknya!!

So.. kesimpulannya aku rasa MasterChef Malaysia ni adalah fenomena baru dan hangat lah untuk para Blogger berentap. Daripada asik berceloteh sambil tekan keyboard.. now.. berceloteh sambil pegang senduk. Uh.. kelasss!!! Tak sabar aku nak tengok rancangan MasterChef Malaysia ni start nanti. Segala details berkaitan program ini boleh lah tengok kat bawah ni yek :

Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

Mengenai entry ini :-


Ianya di tulis oleh blogger Madammondoq. Seorang ibu muda yang senantiasa ceria dalam berblogging. Banyak menganjurkan contest yang gempak-gempak. Temui beliau di www.madammondoq.com

Terima kasih di ucapkan.

Semuanya Dari Oversea

Hi Korang,

Sejak pindah ke Safari ni, aku rasa hidup aku x berapa nak betul sket. Mana taknya sekejap kat Nilai tup tup sekejap lagi kat Safari. Oit memang totally flat lah kan. Segalanya bertukar menjadi baru kan. So semua nak kena handle.

Di sebabkan aku ni dah terlampau sibuk sangat dengan hal pindah memindah ni kan, dengan baik hatinya bos tinggi aku ni pi lah membeli belah bebarang sket untuk kegunaan opis.

Antara yang di shopping :-

Ermm shopping kat Ikea tuh

Balang gula, kopi, teh pun Ikea jugak

Mangkuk gula-gula pun Ikea

Mug beso pun Ikea jugak

Tong sampah dan pinggan pun Ikea

Yang best ni, drainer pun Ikea ok

Ermm macam tak caya pun ada. Bos tinggi aku ni, nampak cam nerd2 tak henggat tapi kira high class jugak taste dia kan. Banyak lagi barang yang dia beli tapi aku tak sempat nak amik gambo.

Mentang2 lah company oversea, bebarang pun nak dari oversea jugak.

Ishkk memacam kan.



Monday, October 10, 2011

Cabaran Pertama Dalam Astro Blogger MasterChef

Hi Korang,

Lupa nak bagitau korang yang aku terpilih untuk join Astro Blogger MasterChef. Hah kelasss ko jah! Dalam x reti masak tu, boleh jugak terpilih untuk join contest masak2 nie kan. Kagum gak lah aku rasa, sampai Mr Big pun cam x caya pada mulanya. 

Disebabkan self confidence hancus dan dek kena gelak dengan Mr Big, aku langsung tak kecoh2 pun bagitau sesapa, coz malulah. Nanti orang cakap masak x pandai but ada hati nak masuk contest. So aku diam je bila #GTBMY kecoh2 pasal contest ni, segan lah oit. Terasa kerdil sangat time diorg citer2 hal ni.

Geng Tali Barut, mana da event, situ ada ktorg

Hari tuh aku dah citer pasal debaran dalam jantung aku ni bila kena masak dan judge depan public kan. So now meh ikuti aku untuk first challenge iaitu Invention Test. Lepas je register dan briefing , ktorg di suruh pilih no dapur and guess what aku dapat dapur paling last sekali no 20 but aku ok je. No problem lah memana pun boleh. Janji masak kan. 

Udang tuh, masak black pepper jelah

Teman sedapur aku, comey kan. Kecoh je time masak

Masa ni tengah tumis vege salad

Sampai je kat meja dah nampak main dish which is udang. Alamak terus je otak ligat berfikir. Ermm masak ala western lah coz aku mane pandai masak local food ni coz aku takut salah pilih rempah kan. So sambil masak sambil borak2 dengan teman sedapur aku. Budak ni pun lawak jugak, masak ikut sedap dia je. Tergelak-gelak di buatnya. 

Black Pepper Shrimp Grill with Vege Salad

So dalam masa 45 minit tu sempatlah aku siap semuanya. Tak sempat nak jenguk2 dapur Kak Ina dan Jejai kan coz dek leka masak. Inilah hasilnya macam gambo kat atas tuh. 


Bila dan susun 20 dish kat meja tuh, nampak cantik plak kan. Pelbagai rupa, warna dan bentuk udang ni di masak. Suka plak aku tengoklah. 


Masa time judge panggil sengsorang, lagi berdebar rasanya. Yelah nak berdepan dengan judge yang hebat2 kan. 

Berdebar-debar rasa hati time nie

Memula judge tanya apa nama masakan. So aku jawabnya sepatutnya je. Diorg ni cuma rasa udang je gravy pun diorg tak sentuh pun. Tup tup one of the judge tu cakap, udang aku ni masin sket. aduh yai, terperanjat rasanya, sebab masa aku marinate tadi sket je aku guna garam. Maybe ni garam yang cepat masin kot. Ishkk.  Potong betullah, nasib baik the rest tu ok. Presentation pun nampak menarik. Uishk lega sket rasa dalam hati.

Sempat bercamwhore jap dengan dish

Sementara tunggu peserta lain kena judge gak, sempat jugak lah bercamwhore dengan bloggers yang lain. So sambil borak2 sambil cekup udang yang kat atas meja tuh lah kan.

Ok la sampai sini dulu, nanti aku citer lagi pasal Skill Test plak. Lagi mencabar okeh.Langsung terkujat lah.

Ok sedikit info pasal #MasterChef Malaysia. Baca tau..
Rancangan MasterChef Malaysia bakal mengegar dan akan mencipta fenomena. Jangan tak tengok dan follow maklumat dibawah nie..


Program title – MasterChef Malaysia

  • MasterChef Program Information - MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
  • Program Channel – Astro Ria (Channel 104)

    ** Sila heboh-hebohkan ek..