Tuesday, September 27, 2011

Aksi Blogger Driffter Yang Pertama Di Malaysia

Hi Korang,

Bila citer pasal drif je, mesti orang assume that driffer kebanyakan lelaki. Memang aku tak nafikan betul but ada segelintir je perempuan yang bersungguh-sungguh jadi drifter, salah sorang nya Leona Chin. Aku kagum dengan dia nie. Dari kecil belajar cara driffting ok. Kalau nak tau siapa Leona Chin nie, meh klik sini.

Korang tau tak, yang blogger jugak ada yang tengah sibuk duk belajar mendriff ni tau. Tak caya, meh tengok sini.


Hah, betul kan? Aku tak tipu tau. Nampak kan. Dengan muka aku tetiba leh jadi putih kan siap tersengih lagi plak tu. Maybe flash DSLR mr Big kot. Itu yang boleh putih kan.


Ini plak tengah nak bersiap sedia, untuk belajar drifting ni. Memula kenalah pakai helmet dulu. Kang tengah syok2 mendriff, terhantuk kepala kan payah. 

Betul tak?

Ok ok nanti aku citer lagi pasal event drifting ni. Memang terbaek lah.. Seronok ok.

P/S : Tak lama lagi, aku plak jadi driffer pompuan pertama di kalangan blogger ek.

Selamat Tinggal SayangKu

Sayangku,

Terasa berat hati ini
Meninggalkan mu
Ke tempat asalmu

Walaupun dikau telah banyak berjasa
Hampir bertahun hendaknya
Namun apa kan daya

Jodoh kita tak panjang
Bukan kerna kau melukai hatiku
Tapi aku inginkan pembaharuan dalam hidupku


Jadi selamat tinggal sayangku
Semoga kau akan lebih bahagia di sana
Bersama rakan-rakanmu yang lainnya

Aku redha dengan pemergianmu itu...

Huhuhuhuhuhuhu,,


Monday, September 26, 2011

Bila Retis Bertembung Dengan Artis @ Maxis Open House 2011 Celebration

Hi Korang,

As setia dengan Maxis, diorg hantar jemputan ke rumah terbuka diorg @ KLCC Convention Centre Jumaat lepas. Heheheh bukanlah sebenarnya aku kan one of the contestants yang  join contest ‘Now You Can’ dulu, itu yang diorg jemput tuh thru Nuffnang.


Dengan Public Bank Bankers.. Kengkawan Mr Big nie tau..

Cuma yang datang aku, blogger retis Jejai dan Kak Jem vogue tu kan. Actually Maxis Open House ini majoritinya golongan korporat yang ada relation dengan Maxis macam bankers, advertiser, business associate, Dato, Datin, Tan Sri dan memacam lagi lah.Terasa kecil plak aku time tu kan. Yelah orang tak de pangkat, Cuma ada title ‘blogger retis’ je kan.

Makan nasi beryani dulu lah

Persembahan muzikal lagu-lagu raya


Menu di hidangkan juadah hari raya lah. Ada lemang, ketupat, biryani, pelbagai jenis dessert dan memacam lagi. Aku makan gitu2 je, coz leka duk tengok orang lalu lalang depan mata aku dah tu plak sempat gossip2 sket dengan budak berdua tu. So kenyang gossip je dari makan.



Lepas Kak Jem Vogue balik (biasalah dia tu banyak nau aktiviti) ktorg berdua, sempat lah bertawaf dalam banquet hall yang besar tu kan. Dah nama pun blogger, so kejenya snap sana sini gambo lah kan. Tengah duk syok snap2 tuh, si Jejai buat signal suruh datang kat tempat dia. Oit ramai plak kat situ ek, siap cameraman duk bersidai2 kat situ. La rupanya ada penyanyi Rossa yang kecil molek dan cantik tuh. Patutlah macam di hurung semut je kan.

Tengok aku dah macam one of Rossa punya P.A. kan.


Sempatlah ktorg berdua ni bergambar dengan Rossa walaupun, hassle nak mendapatkan nya. Baru je nak snap Dato ni panggil, Tan Sri ni ajak sembang plak. Tapi usaha tangga kejayaan dan hasilnya aku rasa muka aku dan muka Jejai berlambak dalam big screen dalam hall tuh.

Lebau muka aku kan.. ishkk


Oit mestilah seronok jumpa artis kan, maklumlah ktorg nie retis je. Itu yang cam happy semacam je tuh.


Anyway, terima kasih Maxis dan Nuffnang for this special invitation nie.  Kalau boleh tahun depan jemput lagi ek. Selalulah kasi ktorg masuk Maxis punya contest ek.