Friday, September 23, 2011

Jatuh Cinta Pandang Pertama - HTC Sensation

Hi Korang,

Korang perasan tak? baru-baru nie aku dapat peluang untuk review handphone HTC Sensation kan. Lah tak perasan, meh check it out dengan click kat sini.


First time tengok, pegang, rasa ermm auranya dah terus meresap dalam jiwa aku. Memang HTC Sensation ni mean for me lah.


Tengoklah betapa nipisnya HTC Sensation ni kan. Cermin screennya berkilat sungguh. Boleh buat cermin muka tau.


Ada lagi, yang best tu HTC Sensation ini dilengkapi dengan HTC Sense. HTC Sense ini macam fungsi untuk multimedia yang awesome lah. Boleh buat editing gambar dan video yang di capture supaya lebih cantik lah dan memacam lah fungsi HTC Sense ni kan. 


Nak tengok video yang sempat aku search kat you tube tadi. Sket je. Nanti baru aku buat video tu kan.


Tengok nie, kucing aku pun lena di buai mimpi dengan HTC Sensation ni. Sampai tak sedarkan.

So stay tune, untuk review yang seterusnya mengenai HTC Sensation ini. Wow.. tak sabar rasanya nak berhappy dengan HTC Sensation ek.

Suddenly I'm in love with HTC Sensation.


Thursday, September 22, 2011

Maybeline New York Fashion Week Beauty Workshop


Hi Korang,
Last week aku dapat jemputan ke Maybeline Fashion Week Make-Up Workshop kat Bangsar.  Eventho hari tu merupakan Hari Malaysia and public holiday but aku still bersemangat untuk pergi tau. Majlis ilmu free sapa tak nak kan? Rugi tau.

Muka tak make-up dan penat lepas panjat tangga kan

Kali ni aku lambat sket sampai coz sempat pi open house officemate Mr Big kat Sg Buloh. Dalam ½ jam je aku pecut ke Bangsar. Gila laju kan. Nasib baik tak de kereta banyak time tuh.

Meriah sungguh kan

Sesampai je kat tempat tu, kena mendaki tangga plak. Adui dah lah penat merempit di tambahkan lagi dengan penat memanjat plak. Jejak je kaki kat 3rd floor, aku di sambut oleh Maybeline PR Ms Connie yang cantik tu lah. Belom sempat letak bag dah kena posing. Apa lagi mari bercamwhore kejap dengan geng2 blogger yang lelain nie.

Teman semeja

A few minute after that, acara di mulakan. Sebab aku datang lambat, so dapatlah duduk meja hujung sekali dengan K Ina KL, Zurie dan Nik. Tak perlah janji ada tempat duduk kan. The rest duk meja sebelah ktorg je.

Kyushuk dengar presentation

Cara pakai make-up yang betul

Ktorg di beri penerangan apa itu Maybeline Fashion Week and history of it lah. Lepas tu plak, barulah ktorg di ajar cara asas bermekap yang betul dan mudah. Macam-macam style ada. Dari personaliti yang lembut ke yang ganas. Hebat tu kan.  Tup-tup tengah syok tengok orang make-up nie, si cantik gorgeous Ms Amber Chia sampai then terus duduk kat belakang ktorg. Wah apa lagi sempatlah bercamwhore dengan dia kejap kan.

Amber Chia memang sporting

Rupanya dia datang as one of teacher lah dalam workshop nie. Pelbagai teknik yang dia ajar. Cam ne nak pose sebaik mungkin depan camera.  Memang best betul, tup tup berangan nak jadi model plak lepas dengar talk dari Amber Chia nie.

Buat sendiri tau

Ktorg diberikan break 10 minit cam tu, untuk minum ke, pi toilet ke, bercamwhore ke kan. After that, acara yang paling best sekali. Ktorg di kehendaki untuk memake-upkan diri sendiri selama 30 minit mengikut style2 yang di ajarkan sebentar tadi. Dengan product Maybeline yang melambak kat atas meja kan, terus jelah aku conteng muka aku ikut suka. Nasib baik one of the staff tunjuk ajar aku cam ne kan. Kiranya ada guidelines lah cam ne nak make-up tuh.  


Sempatlah ktorg abis make-up dalam masa ½ jam tuh. Tetiba ada orang jerit cakap ‘No Chap Lips, Yes Baby Lips’ hah cam tu lah ayatnya.  Rupanya Maybeline akan kuarkan lagi product terbaru diorg iaitu Lipbalm pelbagai perisa untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Hah merasa jugak ktorg ambik gambar guna polaroid untuk kempen lipbalm ni kan.

Comey kan gambo poloroid nie kan


Banyak kan

Comel kan so colourful

Yang paling best tuh, segala alat make-up yang diorg bekalkan masa time make-up tadi, ktorg boleh bawak balik semuanya. Hah, berebutlah memasing kan. Aku siap boleh tukar2 lagi, untuk pilih yang mana sesuai dengan aku kan.  Penuh tangan memasing membimbit bag Maybeline kan. Dalam hati time tu, berbunga2 lah coz dapat barang make-up banyak kan.

Anyway, terima kasih kat Maybeline dan Amber Chia Academy  coz event yang awesome nie. Memang tak pernah lagi aku pi memana event dapat bawak balik sebegini banyak barang make-up kan.


Kepada Nuffies Farah dan Thara, you’re great ladies. Sentiasa ceria saje time keje eventho hari tu hari offday korang kan.


Hopefully ada lagi event macam nie lagi ek.

Credit : Terima kasih tau Madammondoq coz aku cilok gambo kat blog dia nie

Impianku Sebagai Blogger MasterChef yang Pertama

Hi Korang,


Rasanya semua orang boleh memasak kan, tak kiralah kecil besar tua muda kan. Baik lelaki mahupun wanita kan semuanya tak terkecuali.  Aku pun begitu juga, lebih-lebih lagi menjadi isteri kepada seorang suami yang suka makan. Sudah semestinya aku harus memasak setiap hari.



Walaupun aku akui yang aku agak kurang pandai memasak tapi Mr Big tak kisah pun. Apa yang penting baginya ialah usaha untuk belajar memasak. So dari mula kahwin hingga ke hari ini, aku masih lagi belajar memasak dan di antara bahan rujukan aku ialah ibuku, ibu mertuaku, resipi-resipi dari internet, buku resipi yang menjadi koleksi dan juga aku suka bertanya kepada mereka yang lebih pengalaman daripada aku.

Daripada mereka-mereka inilah, aku menjadi ketagih untuk mencuba sesuatu resipi yang baru dan yang menjadi judgenya ialah Mr Big sendiri. Dialah yang akan beri komen samaada ok atau tidak masakan yang aku masak tuh.

Kenapa Aku Nak Jadi “Blogger MasterChef Yang Pertama”?

Dengan pengalaman memasak aku yang ada selama ini, aku rasakan segala cabaran dalam dunia ‘Blogger MasterChef’ ini aku mampu harungi. Aku cepat belajar dengan segala ilmu yang diberikan. Aku juga banyak menonton rancangan ‘MasterChef US dan Australia’ untuk menambahkan lagi ilmu kreativiti dalam masakanku.

Aku rasa sangat bersemangat dan mampu bersaing dengan blogger-blogger yang sememangnya telah lama menjadi ‘otai’ dalam dunia blog masakan.


Untuk itu,  aku mempertaruhkan resipi istimewa aku ini iaitu ‘Jus Apokat’

Bagaimana aku mendapat idea untuk resipi ini :-

Di sebabkan ktorang berdua memang suka makan dan kaki makan, ktorg suka bertanya kepada tuan kedai cara sesuatu masakan itu di masak dan resipi ‘Air Apokat’ ini aku ambil dari salah satu kedai makan ‘Minang’ yang terletak di Kampung Baru. Resipi ‘Air Apokat’ ini menjadi signature drinks di kedai  mereka. So setiap kali ktorg makan sini, ktorg akan cuba meneka apakah bahan-bahan yang digunakan dan pulang ke rumah untuk menjalankan beberapa kali eksperimen untuk menghasilkan air sesedap ini. Kira macam recreate balik lah  resipi minuman nie.

Inilah dia signature dish ‘Jus Apokat’.

Bahan-bahannya :-

Of course main ingredients buah Avokado, ikut suka korang lah banyak mana yang korang nak guna. Kemudian kena ada susu cair dan coklat syrup. Kalau nak letak strawberry syrup pun boleh.

Ais juga penting bagi menyedapkan lagi minuman ini. Uishk terasa segarnya ke tekak. Alat yang digunakan untuk menghasilkan minuman ini, dah tentunya blender kan. Tak kan nak tumbuk pakai tangan plak. Ishkk

(Sila ikut arrow) Kenalah potong buah avocado tuh di belah dua, kalau tak cam ne nak dapat isinya kan.  Bila dah terbelah, buang bijinya dan korek isinya dan masukkan dalam blender.

(Sila ikut arrow) Lepas siap isinya di korek, masukkan ais dan di tambah dengan sedikit air. Jangan lupa masukkan susu cair mengikut citarasa memasing. Kalau nak lemak lagi, tambah lagi susu cair tu kan. Oits lemak berkrim di sukai ramai.

Hah, apa lagi terus dikisar segalanya sampai lumat dan sebati. Sambil-sambil tuh, bolehlah rasa-rasa sket untuk dapatkan keseimbangannya. Cukup lemak ke, cukup pekat ke.

Tengok bila lepas diblender, tak berapa pekat. Kalau agak-agak pekat sangat tambah air dan di kisar sekejap lagi. Jangan terlampau cair, tak 'kick' nanti tau. 

Sediakan gelas/mug besar dan tinggi dan transperant cam nie, dan tuangkan chocolate syrup di bahagian bawahnya.

Bila dah tuangkan kat bawah, bolehlah korang hiaskan gelas/mug tuh macam aku buat tuh. Sambil tuang chocolate syrup tu sambil pusing-pusingkan gelas. Baru ada style sket kan. Kan nampak corak yang di pusing-pusing tadi tu kan. 

Terus tuangkan campuran buah Avocado yang di blender tadi ke dalam gelas/mug yang telah di hiaskan. Hah, cantik tuh bila tengok dari luar gelas/mug. Baru ada seni.

Inilah dia resipi 'Jus Apokat'

Nak tau sedap ke tak? 


Meh tengok video yang aku sempat rakam nie tau.


Hah, apa macam? Teruja kan tengok kesedapan aku minum kan.

Itu dia signature dish yang aku pertaruhkan 'Jus Apokat'

Memang terbaik dari dapur Cik Lily Putih!


Kenapa aku memilih resipi ‘Jus Apokat’ ini.

Sudah semestinya peserta-peserta lain akan mempertaruhkan resipi masakan lauk-pauk, kuih-muih dan pelbagai jenis nasi untuk pertandingan peringkat pertama ini. Aku takut akan kebetulan wujudnya resipi-resipi yang sama walaupun cara penyediaan yang berbeza. Bagi mengambil langkah bijak, apa salahnya aku mempertaruhkan resipi minuman sedap, segar dan berkhasiat ini untuk di pertandingkan. Nampak macam mudah tapi terdapat kreativiti di situ tau.  Untung-untung ada rezekiku nanti.

MasterChef Malaysia


Program Details:
MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.

Program channel:
Astro Ria (Channel 104)

Official Site URL:
Facebook Page Link:
Twitter Link:
MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians, who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!