Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Rugi Tak Menonton Nasi Lemak 2.0
Hi Korang,
Lately ni aku selalu dengar orang cakap2 di twitter pasal filem Nasi Lemak 2.0 lah. Apa benda citer tu ek? Aku langsung tak tau tentang kewujudan citer nie kat wayang. So malam tadi, tokeh MAS kargo ajaklah aku dengan Mr Big teman dia tengok citer ni sempena Movie Marathon yang dia suka sangat buat bila time off day dia kan.
Bila masuk panggung je, yang aku perasan ktorg bertiga je melayu dan yang lainnya bangsa cina. Alah apa ada hal, subtitle kana da sampai 3 bahasa sekali kat screen tuh, bahasa melayu, tulisan cina dan English. Memang confirm lah aku boleh paham kan, lagi plak aku kan dah biasa dengan cina kat opis tuh kira boleh tangkaplah apa yang di perbualkan.
Apa lagi meh layan synopsis filem Nasi Lemak 2.0 nie dulu then nanti aku akan review lah.
Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.
Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak.
Bagi aku :-
Filem Nasi Lemak 2.0 ini merupakan cerita kisah harian yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Rakyat Malaysia ini di ibaratkan macam nasi lemak. Jika salah satu bahan tak de ertinya kureng sket lah rasa nasi lemak tu kan. Same goes to kita rakyat Malaysia nie, saling bantu membantu, make frens, bertukar2 budaya. Hah cam tu lah. Memang banyak adegan kelakar yang aku rasakan begitu sinomin dengan rakyat Malaysia. Macam kaum India, tak boleh di pisahkan dengan kari dan menari dalam taman kan. Bangsa baba nyonya plak terkenal dengan budaya campur diorg yang begitu unik. Bagi orang melayu pula, terkenal dengan kisah berpoligaminya dan macam-macam lagi lah. Banyak mesej yang tersirat dalam filem Nasi Lemak 2.0 ni. Kalau korang dapat tangkap scene mana, korang memang pure rakyat Malaysia lah.
Aku memang betul-betul enjoy lah, sampai ktorg bertiga punya ketawa yang paling kuat sekali dalam panggung tu. Memang pecah panggung lah.
Aku rasa ramai yang boikot citer disebabkan pengarahnya Namewee yang satu ketika dulu telah melakukan kesilapan dengan memalukan Malaysia dengan ciptaan lagu Negarakunya. But past is past. Aku rasa dia buat filem ini untuk menebus kesilapannya. Please korang, look at positive side. Bukan dia sorang je yang berlakon, ramai lagi pelakon2 Malaysia seperti Adibah Noor, Adflin Shauki, Dato David Arumugam turuj menjayakan filem ni.
Cast / Actors in Nasi Lemak 2.0 Movie:
- Namewee as Chef Huang
- Afdlin Shauki as Fisherman
- David Arumugam as Curry Master
- Adibah Noor as Kak Noor
- Reshmonu as Hero Resh
- Karen Kong as Xiao K
- Nadine Ann as Curry Daughter
- Nur Fathia as Fisherman Wife 2
- Dannis Lau as Lan Qiao
- Chee as Baba
- Kenny as Nyonya
Untuk kali ini, Mr Big kasi 4/5 coz memang filem 1 Malaysia.
P/S : Kenapa filem ni, tak dapat publisiti meluas ek? Ermm may be media still boikot Namewee kot. Ermm macam-macam lah.
Monday, September 19, 2011
Rezeki Melimpah Ruah Lagi
Hi Korang,
Walaupun jumaat lepas hari tuh cuti Hari Malaysia tapi aku sebagai blogger tegar sempat hadirkan diri ke Maybeline Make-Up Workshop.
Memacam teknik nak cantik di pelajari. Itu nantilah aku citer ek.
Cuma nak bagi korang jeles, tengok nie dari pada satu beg beso nie
Aku dapat nie. Wah bestkan. Setahun tak yah nak beli alat2 solek. Habiskan je semua nie. Foundation ada, concealer ada, eyeshadow 2 pallet, lipstick berbatang2, compact powder lagi dan memacam lagi lah. Actually ada lagi but aku dah bagi kat sista in law aku dan MIL aku. Rezeki diorg lah time raya nie.
Thank you Maybeline dan Nuffnang for this rezeki.
I heart u lah, Chi Wa Wa...
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
alat solek
,
alexis bangsar
,
make-up workshop
,
maybeline product
,
nak cantik
,
Nuffnang Event
at
11:23 AM
17 comments
: