Saturday, September 17, 2011

Si Sexy Amber Chia Dengan Cik Lily Putih

Hi Korang,

Petang tadi, dapat jugak aku lepak2 dengan si sexy international model Amber Chia


Kalau dah model tuh, model gak lah. Senantiasa standby untuk pose yang cantik-cantik kan.

Walaupun dah jadi ibu tapi tetap vogue dan maintain uolls...

Ternyata memang cantiklah Amber Chia  dan pandai buat lawak jugak tau..

~ Chi Wa Wa~ Smile.....

Thursday, September 15, 2011

Majlis Pratonton Filem 'LIBAS' @ TGV Wangsa Walk

Hi Korang,

Aku dapat jemputan dari Duta TGV dan goodfren Rosyam Nor untuk ke majlis pra-tonton filem LIBAS ni malam tadi. Majlis di adakan di TGV Wangsa Walk. Kira pack lah tempat ni semalam kan. Penuh dengan para pelakon dan peminat sampai 3 panggung sekali filem LIBAS ni di tayang kan. 


Di sebabkan duta TGV ni tak berapa nak kenal/ingat tiket2 nei nak bagi kat sapa, maka k ina selaku tekong dan aku apit kanan, tunggulah bloggers2 lelain ni sampai kan. Jadi sempatlah ktorg bercamwhore kejap dengan artis2 yang lalu lalang di situ.

Tekong dengan apit kiri dan kanan kan

Dah, meh layan sinopsis citer nie jap


Sinopsis:


Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand.

Sessi sidang media

Johan di interview Melodi

Ini pandangan aku :

Memula bila aku tengok tajuk filem 'LIBAS', aku dah ingat cerita bergenre aksi lasak kan. Ternyata aku salah. Rupa-rupanya aksi komedi. Pasal sepak takraw rupanya, tapi LIBAS ni lagi ganas lah coz no law gituh.

Aku rasa gandingan para pelakon yang mantap lagi top2 ni lagi membuatkan filem 'LIBAS' ni menarik. Tak silap aku ini filem pertama Scha bergandingan dengan Rosyam Nor. Ada few scene yang Rosyam Nor buat sendiri sampai bahunya patah lah. Pelakon2 yang lain banyak jugak membantu bagi menghidupkan cerita ni.   

Jalan cerita mudah di fahami, straight forward. Walaupun banyak guna CGI tapi rasanya tak berapa nampak langsung lah. Selain dari bola terbang kuar api dan kuar asap tuh the rest nampak cam real je. 


Di sebabkan, Mr Big tak ikut aku pi tengok citer,nampaknya akulah kena kasi bintang. Nak kasi berape ek? 4 / 5 bintang sebab best dan kelakar.


Senyum je Scha Al-yahya bila di ajak bergambar

Tinggi kan, Fauziah Gous nie


Ramai jugak geng blogger yang hadir. Aku jumpa Fara-eng, Zurie, Daydeck, Amy Sweetdarling, Hamzah then aku nampak Bean, Ain Ery dan ramai lagi lah. 

So thank you kat Jejai dan TGV coz sudi ajak aku tengok pratonton filem 'LIBAS' nie. Ternyata sangat menarik dan aku tertarik.

Kalau ada lagi, boleh lah ajak aku  ek.
  

Wednesday, September 14, 2011

Neutrogena 'Ageless' Media Launch @ CIAO Ristorante

Hi Korang,

Nasib baik berdiskusi dengan gengblogger yang lelain untuk ke Neutrogena Ageless  media launch di CIAO Ristorante area Kg Pandan nie. Kalau tak confirm sesat barat lah. Siapa lagi yang ajakkan, tentulah Nuffnang kan.


Ramai jugak kengkawan blogger yang hadir seperti Madammondoq, Jess Lee, Vie, K Ina KL, Fara-eng, Zurie, Submerryn, dan ramai gak lah yang aku kenal.


Sementara menunggu acara dimulakan, ktorg dihidangkan dengan finger food ala-ala Itali lah kan. Not bad jugak, sedap but sket. Hehehhehehe tipu lah.. Everything ok.


Ianya merupakan pelancaran produk terbaru dari Neutrogena iaitu 'Ageless' anti Wrinkle & Firming Range yang menjadi penyelesaian yang inovatif untuk melawan tanda penuaan secara jelas dan pantas dengan teknologi lapisan demi lapisannya.


Formulasi Neutrogena 'Ageless' Anti Wrinkle dan Firming Cream dengan bahan-bahan unik termasuklah ekstrak dill, beri hitam dan southernwood yang melawan cela pada kulit bermula daripada punca masalah iaitu penuaansecara intrinsik dan ekstrinsik. 

Pakar dermatologi, Mr Cash tengah check kulit muka aku

Neutrogena yang turut bekerjasama dengan pakar dermatologi, mendapati bahawa setiap lapisan kulit mengalami proses penuaan yang berbeza dan setiap lapisan memerlukan penjagaan khas bagi melawan kesan penuaan.


So korang untuk dapatkan kulit yang berseri dan muda, setanding dengan keyakinan korang ni, meh lah dapatkan rangkaian Neutrogena Ageless Anti Wrinkle dan Firming ni di semua farmasi dan pasaraya terkemuka di seluruh negara

Neutrogena Ageless Skincare Range


i. Firming Cleanser - RM34.90, 100ml
ii. Firming Tonic Water Lotion - RM34.90, 150ml
iii. Firming Essence - RM89.90, 30ml
iv. Firming Cream - RM69.90, 50ml
v.Firming Lotion SPF 20 PA++ - RM69.90, 40ml
vi. Firming Eye Cream - 69.90, 15g

So thank you Neutrogena for this educational event bagi aku lah kan coz aku banyak tau pasal kulit muka tau dan to Nuffnang gak yang sudi menjemput kan.

Nak cantik, mestilah berkorban sket kan.