Monday, September 12, 2011

Damainya Tempat Ni

Hi Korang,

Aku baru je balik dari sini. Korang tengok gegambo nie ek.

Ada cruise tuh

Ada ikan banyak

Ada bangau lagi

Tenang je kan

Apa macam? Cantik kan. Rasa aman dan damai je.

So inilah area tempat keje baru aku nanti. Rasanya lagi sebulan kot. Bagi aku ok lah. Nampak macam tenang but gelora di hati tak de sapa yang tau... huhuhuhuhu...

Sudah nanti malam update entry lah

Sunday, September 11, 2011

Sunday Post : Malas Nak Tulis

Hi Korang,

Tak tau nak tulis apa.


Agaknya penat sangat berkemas bilik entertainment kot sejak dari pagi tadi sampai ke petang kan.

Esok je lah update ek


Saturday, September 10, 2011

Filem Hantu Bonceng, Not Bad Lah

Hi Korang,

Last weekend, ktorg balik kampung Setiawangsa. Balik beraya kan


Lepas abis buat open house tuh, tak de benda nak buat. Aku ajaklah diorg ni pi tengok wayang kat KLCC. Beli tiket pun online je. Senang kan. Alah lagipun guna duit Nuffnang je.


Aku rasa mesti dah ramai tengok citer ni kan, even Dato CT pun pi tengok kan kat panggung citer nie.

Meh layan sinopsis citer nie:-



Hantu Bonceng merupakan filem kelima terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran?
Bagi aku citer nie memang kelakar lah. Memula start pun dah kelakar. Tapi banyak jugak pengajaran yang di selitkan sekali. Oklah not bad. Zizan memang talented lah berlawak. Endingnya tu, aku cam tak sangka lah kan

Mr Big kasi rating 3.5/5 je. 

Terserempak dengan BroFramestone, rupanya dia bermovie marathon sejak dari petang, 3 movie lah dia tengok.