Friday, September 9, 2011

Dinner for Cik Lily Putih Birthday Celebration


Hi Korang,

Hari tuh 6th Sept kat birthday aku kan, so ktorg pi lah kuar malam. Plan asal nak pi makan kat Tony Roman but aku leh balik lambat plak hari tuh kan. 


So ktorg pi makan tempat yang dekat jelah which is TGI Friday. Eventho hari tu bukan hari jumaat but bila masuk situ rasa cam hari jumaat plak kan.


Ktorg just pi makan je no tiup-tiup lilin dan nyanyi2 from TGIF crew ek sebab rupanya ramai plak yg celebrate birthday kat situ so tetiba leh rasa segan plak kan.

Tengok apa yang ktorg order :

Appetizer – 3 for All

Main Course - Beef Ribs

Main Course - Chicken Cheese dan Shrimp

 Dapat free – Fajitas Combo

Makanan penuh di meja dah macam food testing plak kan

Totally memang sedap coz time tu aku tengah lapo sangat. Rasa cam mengigil je. Semuanya aku sapu. Sambil tengok kartun Spongebob sambil makan then sambil borak.

Hah ko, terus tersandar kan

Mesti korang nak tau aku dapat hadiah apa kan, eh mana boleh cakap. Itu rahsia. Abis kalau semua nak citer dengan korang dah tak feel kan.


Itu je, simple kan but nice okehh.. Tak yah nak serabut2 potong2 cake bagai. Aku ni kan simple je orangnya.

Anyway TQ tokeh bank..


Thursday, September 8, 2011

“Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari Shakiddo.com”

Hi Korang,

Bebudak 2 beradik 'Double Trouble' ni organize contest lagi sempena si Kidd ni berdotcom kan. So aku mestila kena join. Diorg ni top commentor kat blog aku  kan. 

Alah contest nya senang je, amik gambo 'Ceria Di Aidilfitri' tak kira lah apa pose pun cuma yang penting mesti ada muka korang. Alamak cam ne aku leh terlupa nak amik gambo style cam nie kan. So aku pertaruhkan gambo ni jelah.

Ktorang berdua memang ceria dan sentiasa berasa aman selalu coz dapat makan sedap2 kan. 
So Peace No War

Hah, itu je yang aku rasa ceria kot, yang lelain tuh gambo melantak je banyak. 

Ini hadiah2nya :

Tempat Pertama: RM50.00 (CASH / TOP UP)

Tempat Kedua: RM30.00 (CASH / TOP UP)

Tempat Ketiga: RM20.00 (CASH / TOP UP)


Hadiah-hadiah di sponsor oleh HazmanFadzil dan Shakiddo sendiri. Diorang ni memang banyak duit lah, murah rezeki korang ek.


Sayangi Kereta Anda : Moh Tukar Absorber Kereta

Hi Korang,

Tengah korang bawak kereta, tup-tup terlanggar lubang plak. Aduiyai, melantun2 dibuatkan badan kita kan. Dah rasa cam pi urut plak.

Inilah rupa absorber

Sebab apa leh jadi cam tuh? Pasal absorber kereta lah kan.

Eh, absorber ni penting dalam sesatu kereta, yelah untuk keselamatan dan keselesaan bila kita tengok driving kan. Bayangkan korang tengah sedap tekan minyak lelaju kan, tetiba kereta tu cam menyengget dan gerak tak lurus dan korang terpaksa betulkan kedudukan stereng, kereta tu dah rasa cam terapung atas jalan kan. 

Absorber ni terletak dekat dengan setiap tayar yg korang ado



Cara nak kenalpasti absorber korang elok ke dah rosak

i) Tekan dengan kuat pada setiap sudut yang mempunyai absorber dan lepaskan. Jika ia tidak kembali ke kedudukan asal ataupun ia tidak turun sewaktu ditekan, ini bermakna absorber telah menjadi terlalu keras atau telah tersekat akibat tiada atau sedikit sangat pergerakan pada piston rod didalam penyerap hentak. Anda dinasihatkan untuk mengganti absorber baru.

Absorber yang dah rosak/lama

ii) Anda juga boleh membuat pemeriksaan secara visual pada absorber kereta anda. Anda boleh perhatikan sebarang kebocoran dari atas penyerap hentak sehinggalah ke tapak pegas. Jika anda gunakan absorber gas, ia masih mengeluarkan minyak jika bocor oleh kerana absorber jenis ini menggunakan minyak sebagai pelincir.



Penting bagi anda untuk membezakan lelehan minyak dengan wap gas yang mengumpul habuk pada absorber kerana kes kedua tersebut adalah normal dan ia bukannya tanda kerosakan absorber. Jika anda kurang pasti, anda boleh menghantar kereta anda ke bengkel kereta untuk pemeriksaan. Jika terbukti absorber anda telah bocor, maka kenalah tukar baru kan.


iii) Tayar anda kelihatan tidak rata dan berbukit-bukit. Ini membuktikan bahawa tayar kereta anda mendapat sentuhan pada jalanraya dengan tidak sekata. Ini juga bermakna bahawa absorber kereta anda mempunyai sistem penyerap hentak (damper) telah gagal menolak atau menampung sentuhan tayar(contact-patch) secara sekata. Anda dinasihatkan untuk menukar absorber kereta anda dan mengantikan tayar yang terlibat.

Harga absorber ni plak ikut brand mana yang korang suka. Ada Kayaba, APM memacam lagi lah. Kena tukar sepasang but tak yah serentak nak tukar depan belakang. Pening kepala korang nak bayar kan.

Kalau rasa tak pernah tukar absorber sejak dari beli keta tuh, kira2 dalam 2-3 tahun ke atas. Baik tukar coz jadi apa-apa kan.

So rasanya aku leh citer pasal absorber kereta, kalau korang rasa ada yang tak cukup info, meh bagitau aku ek. Komen je kat bawah tu tau.