Thursday, August 25, 2011

Premiere Screening Of 'The Smurf' @ TGV KLCC, KL

Hi korang,

Rasanya minggu nie banyak plak invitation untuk tengok wayang free. Malam tadi ktorg ke KLCC plak untuk tengok premiere screening 'The Smurf'. So datang lambat jawabnya dapat tiket bawah kan, since ktorg dpt 4 tiket so bolehlah main tukar-tukar sorang duk depan sorang duk belakang.


Tapi sebelum masuk panggung tuh, sempat gak lah bercamwhore dengan gadis-gadis comel lagi cun ini. Ada Tia, Anne Darkbatman, Ery, Cik Epal dan ramai lagi lah (Nanti dpt gambo aku masukkan ek)

Ok, jangan nak membebel, meh layan sinopsis citer The Smurf nie:-

Ahli keluarga Smurf hidup tenteram dan damai di desa tercinta mereka. tanpa gangguan anasir jahat pun hinggalah pada suatu hari, ahli sihir Gargamel (Hank Azaria) dan kucingnya dapat tembus desa Smurf yang tersembunyi ini. Dek kerana ketakutan, para Smurf pun berusaha melarikan diri dan mencari tempat persembunyian yang aman.

Dalam keadaan panik Clumsy Smurf (Anton Yelchin) masuk ke dalam gua kecil yang sebenarnya adalah gua terlarang. dan demi menyelamatkan Clumsy beberapa Smurf lain turut ikut masuk Clumsy Smurf masuk ke gua itu yang sebelumnya Papa Smurf (Jonathan Winters) sempat memperingatkan agar tak ada Smurf yang memasuki gua terlarang ini.
Rupanya gua ini adalah sebuah portal yang mengantar para Smurf ini masuk ke dunia lain. Tanpa disedari, para Smurf ini terlempar ke New York dan tak boleh mencari jalan untuk pulang. Nasib baik, para Smurf ini berjaya dapatkan perlindungan di rumah pasangan Patrick Winslow (Neil Patrick Harris) dan Grace (Jayma Mays). Sambil berlindung, para Smurf ini berusaha mencari jalan untuk pulang ke desa mereka sebelum Gargamel berhasil menemukan mereka.
Berjaya tak, para Smurf ni kembali ke desa tercinta mereka, jeng jeng jeng... jom pi tengok The Smurf kat wayang bermula September nanti.
Bagi aku, jalan citer simple,citer cam fairytale gituh. boleh tau endingnya cam ne. Kisah orang baik lawan orang jahat, confirmlah orang baik menang kan. Watak2 each Smurf ni memang kelakar, masing2 ada lawak yang tersendiri. Sesuai sessi keluarga pi tengok. 

Comel plak tumbler CARS ni, siap dapat popcorn satu. Terus beli tanpa dakwa dakwi lagi

Peminat tegar citer kartun, Mr Big kasi 4/5 coz dia suka watak Clumsy mengingatkan dia tentang bininya yang  comel lagi clumsy bila duk kemas rumah kan. Ada je benda yang nak di langgar..


Andai Ini Aku Punya

Hi Korang,

Cuba korang bayangkan, kalau korang dapat ini.. Cer tengok gambo nie


Bayangkan sebahagian daripada nie, korang punya. Agak-agak apa korang nak buat ek. Kalau aku ari-ari buat Oreo Smootie. 

Tak pun sesapa nak duit raya nanti aku bagi Oreo jelah sorang satu kan..

Anyway, entry nie ada citer yang tersendiri. Later kalau dah confirm, baru aku citer kat korang...

Lalalalalalallala lalalaalla...(nyanyi ikut lagu Smurf ek)

Wednesday, August 24, 2011

Premiere Screening Of CARS 2 @ GSC Mid Valley, KL

Hi Korang,

Aku memang jarang tengok citer kartun kat wayang ni kan, sebab tak berapa minat sangatlah. Memula ingat malas nak pi but Mr Big beria-ria sangat nak tengok citer nie so ktorg pi lah tengok malam tadi kat Mid Valley. Nuffnang kasi tiket.


Sempat amikkan tiket untuk Shahrol dan sempat sembang2 dengan Shila Shower gak lah sebelum masuk panggung tuh. Sempat gak say hi to Jenthi dan Shema dan her kids. Comey sungguh diorg.

Meh aku citer sket sinopsis pasal CARS 2 nie:-


Ianya merupakan sequel dari filem CARS terdahulu. Setelah Lighting McQueen jadi johan dalam berapa world race, so dia plan nak berehat selama sebulan di kampungnya untuk hangout dengan kengkawan dan girlfriendnya Sally. Atas ke tidak berapa pandai goofrendnya iaitu 'Tow Mater', Mc Queen rasa tercabar dan kembali untuk race semula. Mereka ke Tokyo, Jepun untuk GP World Race.

Di sebabkan Mater yang tak pernah keluar dari kampung halamannya, dia rasakan seperti terkena culture shock dan mula berperangai yang memalukan Mc Queen dan menyebabkan Mc Queen kalah dalam pertandingan tersebut. Akibat terlalu marah, Mc Queen telah menyuruh Mater pulang ke kampungnya sendiri. 

Dalam perjalanan Mater pulang ke kampungnya, pelbagai kejadian aneh berlaku dan dengan tiba-tiba Mater jadi buruan orang jahat... 

Hehehehehhe.... endingnya.. korang pi tengok sendiri kat wayang ek


Ini kira first time aku tengok citer kartun  CARS nie, yang first dulu tak tengok pun. So karektor aku tak berape familiar sangat lah. Scenenya cantik2 walaupun kartun kan. Track untuk race tu superb lah. 

Jalan cerita memang best. Pasal persahabatan, kawan baik yang bergaduh di sebabkan benda kecil je. At the end baik semula. Baguslah. Aku recommend citer nie kat parents yang nak bawak anaknya pi tengok wayang nie memang sesuai.

So mr Big kasi 4.5/5.. Sebab dia suker sangat. Kalau citer kartun memang dia minat giler lah