Saturday, August 13, 2011

Its Sauna Time!

Hi Korang,

Hujung-hujung minggu ni korang buat apa ek? Shopping? tidoq? ishk Tak kan lah sepanjang hari duk kat dapur dan masak je kan. Sekali sekala kenalah restkan badan gak kan. Bukanlah rest satu hari but 2-3 jam mestilah ada our own time kan. 

Aku plak?


Haruslah ada aktiviti sendiri selain daripada duk lepak depan tv kan. Tup-tup terasa plak nak pi sauna lah. Maklumlah lemak rasanya makin banyak kan, so apa salahnya buang sket untuk raya ni. Boleh lah nampak kurus sket.. Huahuahuahuahauhau angan-angan bukan main hebat tapi katanya lah kan...

Itulah seronok rasanya kalau dapat bersauna. Walaupun bukan main panas duk dalam bendaalah tu kan. tapi bila dah selesai, rasa ringan je badan. Cam banyak je lemak2 cair kuar dari ruang2 perpeluhan. 

Oklah nak survey2 kat mane ada sauna dekat2 rumah aku ni.

Anyway

 happy weekend korang...

Friday, August 12, 2011

Premiere Screening Of 'Cowboys & Aliens' @ TGV KLCC, KL

Hi Korang,

Rabu lepas, ktorg buka posa kat KLCC coz malam tu ada premiere screening 'Cowboys & Aliens. Ermm di sebabkan ktorg kuar rumah lambat sket, so tak de tempat nak buka posa coz majoriti semua tempat makan dah penuh. Even Chillis tu waiting list pun dalam 12 orang. Baik tak payah kan.


Ktorg buka kat Starbucks je. Senang tak ramai orang. Lagipun Mr Big bukan nak buka berat2 kan. So order Hazelnut Hot Chocolate dengan Chicken Sandwich je. Lepas makan terus jejalan then pi amik tiket. Ramai jugak aku perasan ada Che Arm, Issac, Jess, Didie itu je. 

Ok citer pasal citer plak.


Mengisahkan John Lavergn (Daniel Craig) yang terlepas dari cengkaman Aliens yang bertapak secara tersembunyi di satu gurun. Akibat dari eksperimen si aliens tu, dia hilang ingatan. Dia kemudiannya berjalan ke arah satu pekan cowboy kecil dan dengan kedatangan beliau ke pekan itu,pelbagai kejadian pelik berlaku. Penduduk pekan itu mula hilang satu persatu. Hanya John sahaja yang boleh kalahkan aliens nie sebab dia ada alat yang cukup canggih lah kononya


Bagi aku, not bad lah jalan citernya, senang nak paham. Banyak action dan kelakar sket je lah. Aku suka mata hero tuh, biru betul. Cantik. Aliens plak nampak cam kelakar, jalan macam monyet. Masa time berlawan cowboys + red indian lawan aliens tu memang best lah. Kagum aku  sekejap.

Ermm cam biasa, Mr Big kasi 3/5. Ok ok je actionnya


Nasib Baik Ada Kawan Blogger Doktor Kalau Tak....

Hi Korang,

This week rasanya most of the time, masa aku di abiskan atas jalanraya je. Yelah ulang alik ke site lama untuk archive documents, dengan ada event lagi sket, ada plak premiere screening dan memacam lagi lah. 

Akibat lama nau duk mengadap icon ketedan duk lama sangat depan PC maka mata aku jadi kering di sebabkan perubahan nie. Aku dah mula rasa 2 hari lepas but aku still but bodo je. I thought that contact lens aku yang buatkan mata aku kering kot. So aku tukar lens yang baru on the next day, but still result je sama gak. Lagi mencarak matahari atas kepala, makin sedih aku dibuat, air mata tak henti2 keluar kan macam orang nangis mata bengkak lah kan. 

So kemuncak mata aku berair nie bila malam rabu hari tuh aku pi tengok premiere screening Cowboy and Aliens kat KLCC. Dapat seat plak yang ala-ala mendongak kan. So apa lagi bercucuran air mata aku keluar sampai basahlah jaket yang aku pakai tuh. Mr Big siap perli lagi, sedih nau ke movie nie yang aku sampai bengkak2 mata kan. hehehehhehehe


Kesudahannya aku nekad kan diri pi clinic member blogger aku ni. Lepas aku tanya Sumijelly kat mana clinic minah nie, terus je aku pecut pegi. La rupanya dekat sangat dengan umah aku kan. Masuk2 je, terus dia cakap baru dia tau nama aku sapa kan. hehehhehehe. Dia plak tak de patient, so borak panjanglah ktorg kan.  Dia pun explain apa yang jadi kat mata aku. Baru aku tau rupanya mata aku kering, itu sebab air mata ni keluar kononnya nak lembapkan mata but overacting plak kuar kan. 


Lepas dia bagi ubat, terus dah ok sket mata aku ni. So every 4 hours kenalah titik mata ni kan.

Nasib baik ada geng blogger doktor kan, senang sket kalau ada apa2 pasal sakit demam kan.hehehhehehe

Thank you Dr Hanie. Pas nie aku lantik ko jadi family doctor aku lah. Senang sket...