Wednesday, July 13, 2011

Kenduri Seri Light Garnier Bersama Lisa Surihani Memang Terbaikk

Hi Korang,

Ahad lepas sempat jugak aku hadirkan diri ke Kompleks Warga Emas, Seksyen 24 Shah Alam ni atas jemputan PR Garnier Team iaitu Ms Connie Ng untuk memeriahkan lagi event ni. Katanya tapi memang meriah pun.

Duta Garnier yang terlatest..


Lagi duta kecil Garnier

View dari private room

Ko ingat ko retis ke lily? sudahlah

Bukan aku je but ada gak geng blogger yang lain macam Fara Eng, Jard, K Ina KL, Zuriati, Syuib dan Afra yang sampai lambat. Kami di layan macam duta kecil Garnier lah. Dapat duduk depan sekali dan ada private room untuk rehat2 dengan para media cetak yang lain sementara menanti acara nak start kan.

Kira jangan tak kira okeh, tiru boleh tak?

Domino Pizza tau! Special kan.

Lepas amik gambo kat depan hall tu, ktorg sempat main game yang telah disediakan. Ala senang je, kira bola kuning dalam bola besar. 5 yang betul dapat naik pentas jumpa Lisa Surihani. So memasing sibuk cuba kira seberapa yang nampak kan. Lepas tu ktorg di ajak ke private room sambil tunggu acara nak start, ktorg di hidangkan menu makanan yang cukup tempting walaupun sekadar mee hoon, pizza dan kuih muih tapi disebabkan time tu hujan plak, terus jadi lapar di tambah plak lagi sambil bergossip ala artis kan.

Lisa di temuramah oleh peminat

Duta kecil dan Duta besar Garnier

Lisa Surihani muncul lebih kurang pukul 1 lebih cam tu. Apa lagi ktorg yang duk depan ni untunglah coz dapat tengok Lisa dari dekat lagi. Eventho aku dah penah jumpa in person Lisa ni but tak jemu mata memandang lah kan. 5 perserta telah di pilih untuk bertanyakan apa jua soalan mengenai Lisa Surihani dan produk garnier ni. Maka dengan panjang lebar lah si Lisa ni bercerita terlopong sekejaplah mulut aku kan. Macam2 tips jugak Lisa bagitau pasal produk Garnier Light ni. Best best. Yelah aku kan kulit berminyak so confirmlah mestilah cuba kan.

Yang duk depan tu semua duta kecil Garnier okeh!

Penuh stage tuh.

Abis je acara Q & A ni, apa lagi acara 'photo op' lah. Mesti tak tau kan ape tuh? Kalau dalam term blogging nie we call it 'bercamwhore' lah kan. Ermm pendek kata semua peserta baik lelaki mahupun pompuan dapat bergambar dengan Lisa Surihani ni. Ktorg bloggers plak lagi best dapat bergambar sengsorang dengan dia. Lagilah masyuk kan. Adalah modal nak jeleskan bebudak bloggers lelaki nie kan.


Memang best kenduri Garnier ni walaupun penampilan Lisa Surihani ni sekejap je but impactnya memang seronok lah. Dahlah aku di antara yang memula sekali sampai dan aku jugaklah di antara yang last balik. Dahlah dapat banyak produk dalam satu goodies bag malah dapat tapau makanan yang sedap tuh specially karipapnya. Marvelous betul lah.


Anway terima kasih to Garnier Team specially Ms Connie Ng, Medeline (dia memang cantik dan baik), Federick dan semua sekali lah di atas layanan VIP yang diberikan buat ktorg bloggers yang tak berape glamer nie. All your kindness akan di kenang dan ini memberikan ktorg semangat untuk mereview produk dengan lebih berkesan lagi.


Cewah! Gaya tak ayat2 manis aku... heheehhe.. I love u Garnier.

Take Care! Garnier

DIGI WWWoW Awards @KL Pac - Post Event Dan Senarai Pemenang

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah ke Digi WWWoW Awards nie kat KL Pac. Sapa yang ajak? of courselah Nuffnang, diorg kan one of the committee and sponsor event ni.

Calon2 bagi kategori 'Blogger Of the Year'

Di sebabkan aku ni puntual orangnya so before 6 aku dah ada kan sana. Siap tengok ikan koi sambil update blog lagi sambil borak2 dengan Hazman. Macam biasa Malaysian Time kan kata kul 7pm but 8.30 cam tu baru masuk hall.Ramai jugak geng blogger yang ada Daydeck, K Ina KL, Jamar, Ujang, Yana, Cik Epal dengan Shaheizy Sam, IssacTan, Elywen, Dusty Hawk. Tapi nasib baik lah diorg ada prepare light snacks food kan so sejuklah sket hati lah kan. Aku bedal banyak betul sushi, rasanya lebih 12 ketul kot. Sedap tuh!

Baki Zainal as emcee for this event.

Majoriti blog yang dipertandingkan banyak yang aku tak kenal or aku yang malas nak amik tau. May be aku kureng blogwalking kot. Yang aku kenal cuma Ben Ashaari, Nara, Dapur Tanpa Sempadan. Itu je. Aku rasa aku lagi ramai kenal presenter dari pemenang. hehehehe

As performer and presenter

MohdZaid.com as presenter

budiey.com as presenter gak

So ini adalah senarai pemenang Digi WWWoW Awards mengikut kategori.

  • Best Internet Good Award : Petfinder.my
  • Blogger of the Year : Anwar Hadi
  • Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
  • Fave Malaysian Male Online Celebrity : Nicholas Teo
  • Fave Person Over 40 : Brandjontan
  • Fave Person Under 15 : Let It Be
  • Fave Tech Head : The Techno Hut
  • Must-Follow Personality : Anwar Hadi
  • Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
  • Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
  • Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
  • Top Kay Poh : Lee Zi Wen
  • Top LOL : BlogSerius
  • Top Makan-Makan Expert : OhMalaysia
  • Video of The Year : Anwar Hadi

  • Best Internet For All Idea : A.F.O Radio

Congrats to all winner!

Pemenang bagi Fave Under 15

Ini lah Anwarhadi.com yang bolot 3 award sekali gus bergambar dengan Timmothy Tiah dan Nicholas dari Nuffnang.

Apa-apa pun bagus jugak Digi buat event nie. At least bloggers nie di hargai jugak lah kan. Hadiah yang diorg nie dapat memang kaw-kaw best lah. DSLR camera, handphone, holiday lah memacam lah.

Sempat bergambar dengan Douglas Lim

Dengan Hanif EraFm - apsal mata aku bleh tutup plak ni kan

Rasanya cam tahun depan aku nak join lah plak masuk kategori 'Picture Of The Year'. Senang je amik je gambo dan upload hehehhehe...


Ok-ok nak back up blog ni, dengar macam nak kene hack jelah.



WW - Cantiknya Juliana Evans

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Ternyata dia memang cantik, patutlah Zizang suke kat dia. Jumpa kat Digi WWWoW Awards semalam.


P/S ; Daydeck, aku cilok gambo kat FB ko.

Nak tanya sape nak pi tengok film Flat 3A malam nie..comment kat sini ek