Tuesday, July 12, 2011

Duta Baru Garnier Selain Dari Lisa Surihani

Hi Korang,

Hari ni lambat sket update blog. Busy sket lah ada event nak kena attend. Keje plak makin berlambak kan. Aku cuba nak war-war kan je nie, bahawa Garnier ada duta baru selain dari Lisa Surihani. La tak caya, meh tengok ni.


Betul kan? Aku tak tipu. Aku baru je dilantik oleh Garnier Team. Eh bukan aku je malah ada few bloggers lagi duta Garnier.


Nie hah. Betul kan. Geng bloggers semua jadi duta. Hehehehe propar je semua tu. Actually ktorg nie sekadar duta kecil Garnier je. Tapi ktorg dilayan macam artis gitu masa Kenduri Seri Garnier weekend hari tuh. 


Oklah nanti aku citer lagi. Now sekarang KL Pac nie nak tengok DIGI WWWOW Awards. hehehehhe

Aku Ingin Beradventure Ke Bali Dengan Hotlink Prepaid Data Roaming

This is 48 hours Sticky Post, For New Post Please Scroll Down. TQ

Hi Korang,

Siapa yang tak suka bercuti kan? Semua orang suka. Tak kira lah sesiapa pun. Pilihan percutian pula kalau ada duit lebih mestilah over the sea. So barulah kelass ouls. Bila time bercuti tu, mestilah kita sibuk2 nak update status kan, apa yang kita buat time bercuti tuh. Yelah takut orang tak caya plak kita pi holiday. Tapi bila kita nak update2 status tu servis Telco kita tu provide data roaming yang berpatutan ke? Selalunya diorg charge memahal belaka. Kekadang tuh, seminit je dah RM10-12 kan. Mana tak melambung bil handphone kita tu so terus stress pun datang, rugi je pi bercuti untuk releasekan tension.

So Hotlink Maxis memperkenalkan service terbaru untuk pertama kalinya iaitu Prepaid Data Roaming.

Ianya merupakan pelan data roaming untuk pengguna Hotlink yang berada di luar negara. Setakat ini lebih dari 150 destinasi di pelusuk dunia dan akan diperluaskan lagi dengan kadar yang berpatutan. Menarik kan. Sambil tweet2 sambil dapat update everthing yang berlaku kat tempat kita.

Untuk itu Hotlink akan menganjurkan contest untuk blogger iaitu 'BLOGGERS WITHOUT BORDERS'  untuk menikmati servis yang di tawarkan oleh mereka iaitu bercuti ke Bali. Yeah, Bali satu tempat yang unik untuk diterokai. Aku belum pernah ke sana. Dengar cerita banyak aktiviti2 extreme yang bersesuaian dengan aku yang kaki adventure ni.

Aku dah survey apa aktiviti yang menarik di Bali ni. Tak caya? Meh layan video yang aku dah prepare ni tau.





Hah, apa macam? Best kan. Hah itu lah tengok gambar je korang kata dah best inikan pulak bila sampai ke sana.

Bila aku kat sana nanti, segala aktiviti yang akan aku lakukan semuanya korang tentukan. Korang cadangkan nak pergi mana atau buat aktiviti apa pun, semuanya di tangan korang. Aku ni kira cam remote control untuk korang. Just 'VOTE' je then aku akan buat according apa yang korang nak tau.

Eh, bukan aku sorang je yang untung tapi korang pun ada chance juga tau. Ada surprise yang menanti untuk korang jika aku berjaya siapkan aktiviti yang korang cadangkan tuh. Eh bukan setakat fridge magnet atau sabun spa malah lebih dari itu korang akan dapat.

So apa korang tunggu lagi,cecepat korang 'VOTE FOR ME' tau. Cik Lily Putih – Fly To Bali. 

Monday, July 11, 2011

Dinner @ Kunyah Cafe, Wangsa Walk

Hi Korang,

Last week, before ktorg masuk panggung temgok citer Tolong, Awek Aku Pontianak! tuh, one of our blogger fren which is Hazman ajak ktorg pi makan kat Kunyah Cafe. Yelah dia pernah review kat blog dia pasal makanan kat situ. Itu yang dia beria-ria ajak sehingga aku tak sanggup nak menepisnya kan.


Sesampai je, ktorg di intorduce dengan pengurus Kunyah Cafe iaitu En Azwin. Friendly orangnya,mestilah bos kan. Lepas tu order lah. Bersusah payah jugak fikir nak makan apa kan. At last aku pilih untuk makan Chicken Spagheti Special dan mr Big plak amik Beef Burger Set. 




Ha dah sampai pun makanan yang aku pilih Chicken Spagheti Special. Erm nampak lazat kan. Dengan chicken wing seketul kat tengah. Memang very creamy lah gravynya, sedap. Rasa dah ok Cuma kalau boleh, ada warna hijau sket dalam hidangan ni. Letak daun herba2 macam tymes ke rosemary ke kan. Ala potong kecik2 pun tak per, macam racik daun pandan utk letak kat bunga rampai kan. Biar nampakkan warna sket Bagi aku chicken wing tu dah ok but besar sangat dan ajak payah sket nak makan. Better letak ayam drummet yang kecik2 tu kan. Lagi sesuai kot.


Ni mr Big punya Beef Burger Set. Friesnya banyak dan garing. Daging burger homemade. Itu yang nampak tebal semacam tu kan. Rasa sesuai dengan tekak mr Big. Saiz dah cun walaupun nampak cam kecik je. Kenyang.


Lupa nak bagitau, ktorg order air ice lemon tea dan air asam boi. Not bad jugak, terasa betul asam boi tu kan. Kalau lagi banyak asam, lagi sedap kan. Tapi itu kalau buat sendiri kan umah. hehehehhe



Untuk lebih lanjut lagi tentang Kunyah Cafe nie, korang boleh check it out kat website yang aku amik gambo tuh.

Anyway, thanks to En Azwin dan Hazman for this delicious food. Semoga korang bertambah2 lagi murah rezeki ek.

Btw, korang jangan lupa 'VOTE' aku tau dalam 'Bloggers Without Borders'. Untung2 ada rezeki korang gak dapat habuan kan.