Saturday, June 11, 2011

Show Malam Tadi - Superb

Hi Korang,

Belum ada mood nak menulis lagi. Penat semalam tak abis lagi. So some shoot yang sempat di amik.

 I need a heroes.. Macho cam nie sape tak nak kan

Macam tengok show kat Vegas kan..

Actually ktorg dapat amik shoot 500 snap. Itu yang sampai lenguh2 tangan Mr Big, siap boleh tukar2 shift amik gambo kan. Sekarang ni dalam process editing. Ermm boleh berdarah mata dibuatnya.


Bt the way, these ladies are rocksss...

Ok lah nak sambung buat keje rumah dulu. Malam nanti ada event lagi nak cover.

Tup-tup rasa cam celebrity plak lah... hahahaha

Have a great weekend tau..

Friday, June 10, 2011

Me With No Eyes

Hi Korang,

Pepagi Jumaat yang indah ni, aku nak mintak tolong korang boleh tak?... Aku join contest kat Churp2 ni. Alah the Cutest Things tu. Walaupun aku tak cute sangat kan tapi aku nak join jugak.

Tolonglah... tolong ek...




Korang click je kat link ni tau..



Itu je, baik tau tolong orang hari Jumaat ni kan..

Thursday, June 9, 2011

Premiere Screening 'SUPER 8' @ TGV KLCC

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah pi tengok premiere screening 'SUPER 8' kat TGV Klcc kan. Ala Nuffnang yang bagi. Nak mintak dengan orang lain tak dapek lah kan.

Dah lah hujan on the way ke KL kan di tambah plak dengan jem lagi. Mr Big seronoklah dapatlah dia tidur kan. Ktorg kalau ada aktiviti memalam ni aku yang jadi driver coz dia memang letih nak drive kecuali kalau aku x larat nak bawak.

Sesampai amik tiket dulu. Hampir x jumpa kaunter Nuffnang coz orang lain yang jaga. Nasib baik nampak button NN tu, terus je beratur. Dah tiket seat cantik plak. Then terus je ktorg pi makan. Ala kat food court atas tu je coz rindu nak makan fried wantan. Hah sekali order 2 mee kari tambah kerang dengan fried wantan sepinggan. Terus makan tak ingat kan.


Kemudian pi TGV balik, mak oi ramai gila orang. Aku memang x pernah lagi dapat screening kat Klcc ni. Itu yang cam terperanjat jugak kan. Sampai nak usha2 blogger yang aku kenal pun tak nampak. On the way masuk tu terjumpa Jamar. Borak jap then masuk. Korang nak tau seat aku D13 & 14, so confirm atas kan. Tup-tup kat bawah plak. Rupanya system numbernya terbalik. Angin lah kejap aku. Mana tak nya 4 baris dari depan. Tak ke sakit hati ko, bila collect tiket bukan main awal but dapat seat depan, jahanam geram betul. Malas nak argue banyak ktorg pun duduk lah.

Once dah duduk tu, tak de rasa depan sangat. Cam just nice jelah. Bila wayang start, dapat tengok clear gila movie nie. Nampak dekat betul pelakon citer nie.


Dah, penat membebel nie, layan sinopsis SUPER 8 nie ek


Ia mengisahkan perlanggaran keretapi Tentera US dengan sebijik truck di sebuah pekan di namakan 'Lilian' dan pelanggaran itu di saksikan oleh sekumpulan remaja yang sedang membuat pengambaran filem untuk projeck sekolah mereka. Bermula dari situ pelbagai kejadian aneh yang berlaku di pekan tersebut sehingga seluruh penduduk terpaksa di pindahkan ke tempat yang selamat.


Seorang daripada remaja yang menyaksikan perlanggaran tersebut sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan apakah misteri yang terdapat di dalam keretapi tersebut sehinggakan pihak tentera US menghalang pihak polis 'Lilian' membantu dalam kes ini.


Apakah yang ada dalam keretapi tersebut? Alah baik korang tengok sendiri lah. Bestttt

Bagi aku citer ni best. Sound effect memang sangat mantap. Terbaek wok!. Memula je aku dah terperanjat2 okeh. Jalan citer simple senang nak faham. Yelah citer pengembaraan remaja, pasal family, kasih sayang, part kelakar pun ada memang simple lah.

Mr Big cakap rating untuk movie ni 3/5 but sound system 5/5. So sesapa yang sakit jantung ke, mudah lemah semangat ke baik bawah ubat semasa menonton tau.

Seronok gak sekali sekala tengok citer cam ni kan, at least jantung aku leh exercise sket.. hehehehe