Friday, June 10, 2011

Me With No Eyes

Hi Korang,

Pepagi Jumaat yang indah ni, aku nak mintak tolong korang boleh tak?... Aku join contest kat Churp2 ni. Alah the Cutest Things tu. Walaupun aku tak cute sangat kan tapi aku nak join jugak.

Tolonglah... tolong ek...




Korang click je kat link ni tau..



Itu je, baik tau tolong orang hari Jumaat ni kan..

Thursday, June 9, 2011

Premiere Screening 'SUPER 8' @ TGV KLCC

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah pi tengok premiere screening 'SUPER 8' kat TGV Klcc kan. Ala Nuffnang yang bagi. Nak mintak dengan orang lain tak dapek lah kan.

Dah lah hujan on the way ke KL kan di tambah plak dengan jem lagi. Mr Big seronoklah dapatlah dia tidur kan. Ktorg kalau ada aktiviti memalam ni aku yang jadi driver coz dia memang letih nak drive kecuali kalau aku x larat nak bawak.

Sesampai amik tiket dulu. Hampir x jumpa kaunter Nuffnang coz orang lain yang jaga. Nasib baik nampak button NN tu, terus je beratur. Dah tiket seat cantik plak. Then terus je ktorg pi makan. Ala kat food court atas tu je coz rindu nak makan fried wantan. Hah sekali order 2 mee kari tambah kerang dengan fried wantan sepinggan. Terus makan tak ingat kan.


Kemudian pi TGV balik, mak oi ramai gila orang. Aku memang x pernah lagi dapat screening kat Klcc ni. Itu yang cam terperanjat jugak kan. Sampai nak usha2 blogger yang aku kenal pun tak nampak. On the way masuk tu terjumpa Jamar. Borak jap then masuk. Korang nak tau seat aku D13 & 14, so confirm atas kan. Tup-tup kat bawah plak. Rupanya system numbernya terbalik. Angin lah kejap aku. Mana tak nya 4 baris dari depan. Tak ke sakit hati ko, bila collect tiket bukan main awal but dapat seat depan, jahanam geram betul. Malas nak argue banyak ktorg pun duduk lah.

Once dah duduk tu, tak de rasa depan sangat. Cam just nice jelah. Bila wayang start, dapat tengok clear gila movie nie. Nampak dekat betul pelakon citer nie.


Dah, penat membebel nie, layan sinopsis SUPER 8 nie ek


Ia mengisahkan perlanggaran keretapi Tentera US dengan sebijik truck di sebuah pekan di namakan 'Lilian' dan pelanggaran itu di saksikan oleh sekumpulan remaja yang sedang membuat pengambaran filem untuk projeck sekolah mereka. Bermula dari situ pelbagai kejadian aneh yang berlaku di pekan tersebut sehingga seluruh penduduk terpaksa di pindahkan ke tempat yang selamat.


Seorang daripada remaja yang menyaksikan perlanggaran tersebut sedaya upaya cuba untuk menyelesaikan apakah misteri yang terdapat di dalam keretapi tersebut sehinggakan pihak tentera US menghalang pihak polis 'Lilian' membantu dalam kes ini.


Apakah yang ada dalam keretapi tersebut? Alah baik korang tengok sendiri lah. Bestttt

Bagi aku citer ni best. Sound effect memang sangat mantap. Terbaek wok!. Memula je aku dah terperanjat2 okeh. Jalan citer simple senang nak faham. Yelah citer pengembaraan remaja, pasal family, kasih sayang, part kelakar pun ada memang simple lah.

Mr Big cakap rating untuk movie ni 3/5 but sound system 5/5. So sesapa yang sakit jantung ke, mudah lemah semangat ke baik bawah ubat semasa menonton tau.

Seronok gak sekali sekala tengok citer cam ni kan, at least jantung aku leh exercise sket.. hehehehe

Wednesday, June 8, 2011

Smurf Day @ IPC The Curve

Hi Korang,

Semalam sempat jugak pi ke IPC The Curve ada event anjuran cinema online. Aku biasalah Nuffnang yang ajak pi. Itu yang pi tuh. Sampai2 je terus pi ke lobby area IPC ni.

Smurf Day

Smurf Village

Rupa2 dah banyak gile patung smurf yang diorang dah susun kan. Bukan setempat but merata-rata tempat dalam lobby area ni. Kemudian sorang demi sorang datang. K Ina KL, Hazman, Jard, Bro framestone, Bella, Dusty Hawk, Jakielol dan ramai lagi lah.

Jard, K Ina Kl, Sofi, Bro framestone, Hazman

Nuffnanger in blue

Ada Q & A session untuk event ni. Alah soalan2 pasal Smurf jugak lah


 
Acara start dalam pukul 2pm cam tu. Orang memang teramat ramai betul. Bukan setakat media, public pun ada. Perasmian Global Smruf Day ni simple. Ada speech dari Marketing Manager Cinema Online itu je. Then we as media ada simple refreshment sket which is dapat cupcakes yang di decorate dengan watak smurf.


Cute kan.. I like

3 Model Smurf

Itu je sekejap je pun. So far biasa-biasa je event. Kalau tak datang as media pun boleh lagi join event ni.

From my point of view, cuma ada a few comments sket lah untuk event nie.

1. Semasa perasmian, ktorg as media ni payah betul nak amik gambo coz public dah duk kat depan kan. Yelah dengan stroller menghalang, budak kecik kat celah2 orang besar, dengan golongan veteran juga ada sama.

2. Refreshment tu specially untuk media but public jugak dah sibuk ada kat depan counter tu kan eventho MC dah bagitau cupcakes tu untuk media sahaja.  Why not prepare untuk media sket and untuk public sket, cian jugak tengok bebudak yang sibuk2 nak amik tapi tak boleh kan

3. Pemberian goodies bag macam nampak unfair lah sebab certain blogger dapat cam ni then certain lagi dapat cam tu. Why not sama rata je. Kan adil.

4. 3 model smurf yang keluar pada saat akhir tu, sekejap sangat lah. Ramai nak amik gamba but hampa je sebab 3 model keluar setakat perasmian dan video shooting je. Adalah a few yang dapat amik gambo dengan diorg ni kan.

Takut!!! Org giant nak bawak aku balik....

Hopefully pihak yang berkenaan amik ihktibar dengan apa yang terjadi lah. At least dapat di jadikan pengajaran dan pembelajaran.

Itu pendapat aku, orang lain aku tak sure lah kan.