Friday, June 3, 2011

Batu Ajaib Menyerupai Lampu

Hi Korang,

Ktorg berdua ni espeacial aku memang mudah betul terpengaruh dengan benda2 yang pelik yang lalu lintas depan mata ktorg. Pantang je ada iklan tv yang promote benda2 pelik confirm aku sibuk ajak mr Big pi cari benda tu tau. Tak kiralah mainan ke, barang umah ke, IT gadget ke confirm esoknya ktorg heboh pi cari barang2 tu.


So baru2 ni aku balik umah MIL. Terpandanglah ada satu lampu ni dia pasang waktu siang. Aku pun sibuklah tanya kan apa menda alah tu kan. Terus je my MIL aku citer.

Actually lampu tu ialah lampu daripada garam bukit. Ini bukan sebarang lampu tau. Lampu garam ni banyak khasiatnya okeh. Nak tau meh sini baca:-

Khasiat Lampu Garam Bukit

• Meneutralkan dan meningkatkan kualiti udara

• Mengurangkan pencemaran udara

• Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma

• Menyembuhkan luka akibat terbakar

• Memberikan kesan positif ke atas tindakan kita terhadap perangsang deria

• Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung di dalam udara dalam rumah

• Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi manusia

• Melegakan resdung (sinus,migrain,pening kepala , demam panas, selesema)

• Meningkatkan tahap produktiviti kerja dan kosentrasi

• Meningkatkan kapasiti denyutan jantung

• Mengurangkan perasaan cemas dan berdebar-debar

• Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah


Wah memacam khasiat kan. Memula aku ingat untuk hiasan je, bila baca pamplet yang diorg attach tu baru tau best giler lampu ni lah.
 
Ermm sekarang ni dah murah dah. Dulu lebih kurang RM 80-100, now days RM30 boleh dapat yang besar dah tau.
 
Kalau korang perasan, ktorg berdua dah makin bulat kan coz senang nau hati kan...
 
 

Best Betul Jadi Lucky Winner @ MZ tiny GA 1st week

Hi Korang,

Pepagi nie belum ada mood lagi nak tulis entry berat2 kan, maklumlah dah nak weekend nie so mood mau berehat sudah datang.

Cuma nak citer je ada berita baik, aku terlucky plak sebab menang MZ tiny GA. Mama Zharfan ni memang geng comper yang glamer jugak dalam dunia blog nie kan. Kalau ada je contest yang dia join mesti sangkut 1-2 hadiah kat dia. Tak gitu? hehehheh

Di sebabkan hadiah dia terlampau banyak sampai berkotak2, so dia buat lah simple giveaway untuk hadiah2 yang comey2 nie kan. Yelah daripada tak guna baik sedekah kat orang betul tak?

So here's the result :-


Tup tup aku terlucky plak kan boleh menang plak. Memang unsangkable betul lah. Tak kisahlah hadiah apa-apa pun janji dapat kan. Kekadang benda comey2 ni lagi cute dari benda besau tau.

So sesapa yang belum join lagi boleh lah join. Sekarang nie Mama Zharfan tengah buat 'tiny GA 2nd week' plak. Ermm mesti hadiah lagi best2 kan.

Anyway TQ Mama Zharfan....


Thursday, June 2, 2011

Berbebek @ Bondi

Hi Korang,

Petang semalam aku dengan bebudak opis aku nie pi lepak ada satu kedai kat area Nilai nie. Not bad jugak tempatnya. Memang area tu area makan2 yang best lah.


Ktorg ber yamcha di Bondi Melati, salah satu indonesian restaurant yang super top kat kawasan Inti College ni lah. Masa ktorg sampai tu memang time makan lah kata kan. Memang ramai giler manusia lah. Aku memang first time sampai ke sini. Diorg nie dah biasa hang out melantak kat sini.


Inilah dia orang2 yang suka nau mengajak aku kan, memang geng2 kaki makan lah.

Nasi Goreng Ayam Bakar

Bebudak di suggest kan aku makan Nasi Goreng Ayam Bakar. Sedap ke? memang pun. Isi ayamnya lembut senang je tanggal dari tulangnya. Aku rasa diorg rebus or stim dulu ayam ni then baru bakar. Di hidangkan dengan cam sambal pecel lele. Menangkap kesedapannya.

Nasi Goreng Bebek Bakar

Si amoi tu plak makan Nasi Goreng Bebek Bakar. Lembut je rasa bebeknya lah. La bebek tu angsa lah. Orang putih kata goose. Cara masak sama kot but very tender lah orang kata. Hitam giler dagingnya dek di lumur dengan kicap kan

Harga tak mahal pun sepinggan dalam 5-6 ringgit cam tu lah. Portion nasinya banyak plak tu kan.

Tempat nie memang ramai dengan student Inti College. Maklumlah dekat dengan diorg kan. Tapi  ramai juga steward/stewardess AA dan MAS lepak sini jugak. So dapat lah cuci mata sket kan. Kira hilang lah habuk2 kat mata tu bila tengok diorg2 yang fashionable ni kan.

Anyway, korang kalau lalu lalang kat sini boleh lah singgah kan ke kalau nak cuci2 mata ke kan.