Wednesday, June 1, 2011

Pusing, Jilat & Celup Dengan 'Aaron Aziz' Si Oreo Daddy Hunk

Hi Korang,

Siapa suka Oreo, angkat tangan!. Amboi kalau pasal makan cepat je korang kan. Makan siapa tak suka kan, lebih-lebih lagi Oreo. Budak setahun jagung pun pandai. Kalau tak caya korang tengok iklan kat tv tu kan, bukan main lagi diorg tunjuk cara nak makan Oreo kan.


Oreo ni bukan sekadar biskut je tau. Its actuallymempunyai rasa yang enak dan cara makannya yang unik iaitu pusingkan biskut, jilat kan cream dan celupkan ke dalam susu dan rasanya akan bertambah enak lagi jika dimakan bersama-sama yang tersayang tak kiralah rakan-rakan, anak-anak dan sesiapa saja di samping itu ianya dapat mengeratkan lagi kasih sayang di antara sesama kita.


Jadi baru-baru ni aku dapat menghadirkan diri ke press release 'Oreo Daddy Dunk' di The Curve, Mutiara Damansara. Pihak Kraft Foods Malaysia telah melancarkan kempen 'Daddy Dunk' sempena Hari Bapa yang akan tiba tidak lama lagi. Dengan adanya kempen ini bapa dan anak akan dapat menambahkan lagi rasa kasih sayang di antara mereka.


Bagi melancarkan lagi kempen ini, pihak Kraft Foods Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia, para bapa dan sessi keluarga untuk ke New Wing 1 Utama pada 19 Jun 2011 untuk memeriahkan lagi 'Oreo Daddy Dunk Day ini. Pelbagai acara menarik telah pun di sediakan untuk sessi keluarga dan juga pemberian tshirt esklusif 'Daddy' di berikan secara percuma.


Malah selebriti Aaron Aziz dan ahli keluarganya juga akan turut serta pada hari tersebut. Selaku juru cakap Oreo, Aaron Aziz akan berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya sebagai seorang ayah kepada 3 orang anaknya.


Di samping itu, pihak Kraft Foods Malaysia juga akan mengadakan 'online' kempen di Facebook yang mana semua rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak akan berpeluang menyatakan rasa kasih sayang mereka terhadap bapa mereka dengan menghantar Oreo T-Card secara virtual.

 
Jadi apa tunggu lagi, jom cepat ajak anak-anak korang create Oreo T-Card ni untuk bapa diorg tercinta dan datang lah ke New Wing 1 Utama pada 19 Jun 2011 bagi menjayakan kan lagi 'Oreo Daddy Hunk' ini ye.
 

Oh ye, lupa nak bagi tau berita baik untuk Nuffnangers yang lepak kat blog aku ni, nantikan surprise dari Nuffnang. Untuk lebih lanjut tunggu berita baik ni by click tu Nuffnang Fanpage tau.


So Selamat Makan Oreo tau...

WW - Geng Cermin Mata Hitam

Hi Korang,

Wordless wednesday untuk hari ni ialah..


Geng Cermin Mata Hitam

Apa macam, ada gaya retis tak? hehehehhehe...

Tuesday, May 31, 2011

Kulit Nampak Muda & Menawan Dengan Revitalift White Day Cream SPF18

Hi Korang,

Nak citer sket nie..

Orang perempuan macam kita memang tak de masa sangat nak jaga kulit muka kita kan. Yelah sibuk di pejabat kemudian sibuk plak di rumah. Pendek kata sentiasa kena kekal aktif dan fit. Betul tak?

Bila dah malam dah penat, terus tertidur kan. Itu yang tak sempat nak pakai cream muka tu kan. Sudahnya umur muda lagi tapi bila tengok muka ishkk dah macam nenek tua kan.


Kini L'Oreal memperkenalkan krim muka yang dapat membantu kita dari segi anti-penuaan iaitu Revitalift White Day Cream SPF18.


Penyelidikan L'Oreal telah mengesahkan terdapat 15 tanda penuaan yang muncul di muka kita ni seperti keserian, kecerahan, mengurangkan kekusaman, Kulit nampak lebih halus, mengurangkan bintik hitam, membaiki tona kulit yang tidak sekata, keanjalan, Antikedut, mengurangkan kedut di tepi mata, mengurangkan kedutan Glabella, mengurangkan kedutan di dahi, mengurangkan garis ketawa, mengurangkan garis halus, mengatasi masalah garis rahang, menggeleber dan juga mengurangkan lipatan leher. Rasa-rasanya kulit kita yang sekarang ni boleh detect ke simptom-simptom ni kan


Revitalift White Day Cream SPF 18 ini merupakan jaminan anti penuaan untuk melawan 15 tanda penuaan dalam satu produk


Revitalift White Day Cream SPF 18 ni merupakan penyelesaian bagi masalah penuaan yang di alami oleh semua wanita dengan adanya bahan Pro-Retinol A yang aktif, segala sel akan di rangsang untuk menebalkan kulit dan juga memulihkan kesan kedutan. Manakala Vitamin B3 pula akan mengesan tanda-tanda kulit tidak sekata dan kusam dan juga melindungi dari UV. Kulit juga akan kelihatan lembut, cerah dan bermaya dan masa 4 minggu.

Bukan itu sahaja, jika di pakai setiap hari lama kelamaan kulit muka kita akan nampak auranya yang tersendiri.

Jadi apa lagi , dapatkan Revitalift White Day Cream SPF 18 di mana kaunter L'Oreal di seluruh negara dengan harga RM39.90 dan RM42.90 50ml pump bottle.

Ermm haruslah korang cuba kan..


Kesemua 15 tanda penuaan? Ermm tidak lagi dengan Revitalift White Day Cream SPF18 kerana korang begitu berharga.