Monday, May 30, 2011

Best Join Flash Mob, Dapat Hadiah Pulak Lagi

Hi Korang,

Sabtu lepas aku dengan Mr Big sempat pi Sunway Piramid untuk join Flash Mob bagi Magical Musical yang akan di adakan bulan Jun nanti. Sebenarnya aku sesaje je register online untuk join flash mob ni tup tup dapat plak kan.

Masa ktorg sampai Sunway hari macam nak hujan so rasanya tak jadi kot flash mob nie. Keluar je parking je hujan bukan main lebat lagi turun. Berlari-lari ktorg pi kat tempat registration ni. Rupanya flash mob ni diorg buat kat dalam Sunway Piramid so dapatlah join kan.


Lepas makan terus je ktorg pi kat concourse LG1. Rupanya dah ramai yang tunggu. Alamak tempat kecik plak tuh. So ktorg pun cari2 ruang untuk joget lah nanti kan.


Then dengar ada marching band plak, ermm dah nak start lah kan. Tengah duk leka melayan marching band tu, flash mob tu pun start. Ermm totally best, sempoi je diorg dance. Dalam masa 3 minit memacam movement dance yang diorg buat ikut lagu seperti Hairspray, Glee dan memacam lagi lah.


Sebab duk leka tengok diorg joget2 nie, aku boleh terlupa nak join sekali. Bila dah abis baru aku teringat dah Mr Big duk gelak2kan aku kan. Ala x perlah nak buat cam ne kan. Mesti next time ada lagi punya lah.

Kemudian ktorg pi redeem gift yang diorg cakap masa registration. Bukak-bukan envelope rupanya ada :


Tiket untuk tengok Magical Musical pada 24th June

dan juga


Tiket masuk Sunway Lagoon all parks tau yang valid untuk 31st Dec dan juga sepasang jam dari Sunway Lagoon. Wah boleh lah pi bermandi-manda dengan Mr Big kan
Ermm macam tak percaya boleh dapat ni semua. Pegi suka-suka je but memacam dapat.
Apa-apa pun thank you to AMBP dan Sunway Lagoon for all these gift lah.

Sunday, May 29, 2011

AfraYuri Giveaway

Hi Korang,

Hari-hari minggu selain dari buat kerjarumah aku buat jugak kerja2 mentenet nie. Selain layan FB, main2 twitter dan berblogwalking. Tup tup terperasan ada giveaway kat AfraYuri blog.

Senang je giveaway nie, kena buat nie je..

`My Mother Nourishes My Life….With LOVE!’

Ishk adik aku nie sibuk plak ada sebelah plak kan tapi tak per mak aku memang sayang ktorg berdua sampai bila-bila pun.

1) Upload a picture of you and your mom with the caption `My Mother Nourishes My Life….With LOVE!’ on your Blog or your Facebook. - DONE
2) Leave the blog post link or facebook link here at comment box - DONE
 
 
Hadiahnya ialah New Garnier Body NutriRepair.. ermm aku memang suka benda2 cam nie. Nanti boleh bagi mak aku kan, kalau dia nak.
 
Hopefully ada luck lah ye...hehehhehe

Maybeline HyperSharp Liner Great Party

Hi Korang,

Last week aku dapat invitation dari Maybeline untuk majlis perlancaran produk mereka yang terbaru iaitu 'Hyper Sharp Liner', Majlis ini di adakan di ilLido Lounge Bar, KL.


Ada jugak ladies blogger yang lain di jemput seperti K Ina KL, AfraYuri, Fara-Eng, Jard, Zuriey dan ramai lagi lah.

With Connie PR for Maybeline yang jemput ktorg

Masa ni event blom start lagi.

Selain dari majlis pelancaran dan pra-tonton video mengenai 'Hyper Sharp Liner' ini, ada juga demontrasi cara penggunaannya oleh jurumekap Taki kepada duta Maybeline iaitu Liyana Jasmay dan juga para editor pelbagai majalah wanita terkini.

Gaya model tak?


Kami juga boleh mencuba eyeliner ini dengan bantuan jurumekap2 yang telah di sediakan. Semua orang cuba cuma aku je yang takut nak buat lah.

Dengan Liyana Jasmay

Memang sporting abis lah

Majlis di akhir dengan sessi Q & A mengenai produk ini dan juga sessi bergambar dengan seluruh warga kerja Maybeline.


Terima kasih kepada Maybeline yang sudi mengajak aku ke event2 sebegini dan juga memberi goodies bag yang ada pelbagai produk untuk di cuba.

I Love U Maybeline...

Nanti bila dah cuba aku buat review tau.