Sunday, May 29, 2011

Maybeline HyperSharp Liner Great Party

Hi Korang,

Last week aku dapat invitation dari Maybeline untuk majlis perlancaran produk mereka yang terbaru iaitu 'Hyper Sharp Liner', Majlis ini di adakan di ilLido Lounge Bar, KL.


Ada jugak ladies blogger yang lain di jemput seperti K Ina KL, AfraYuri, Fara-Eng, Jard, Zuriey dan ramai lagi lah.

With Connie PR for Maybeline yang jemput ktorg

Masa ni event blom start lagi.

Selain dari majlis pelancaran dan pra-tonton video mengenai 'Hyper Sharp Liner' ini, ada juga demontrasi cara penggunaannya oleh jurumekap Taki kepada duta Maybeline iaitu Liyana Jasmay dan juga para editor pelbagai majalah wanita terkini.

Gaya model tak?


Kami juga boleh mencuba eyeliner ini dengan bantuan jurumekap2 yang telah di sediakan. Semua orang cuba cuma aku je yang takut nak buat lah.

Dengan Liyana Jasmay

Memang sporting abis lah

Majlis di akhir dengan sessi Q & A mengenai produk ini dan juga sessi bergambar dengan seluruh warga kerja Maybeline.


Terima kasih kepada Maybeline yang sudi mengajak aku ke event2 sebegini dan juga memberi goodies bag yang ada pelbagai produk untuk di cuba.

I Love U Maybeline...

Nanti bila dah cuba aku buat review tau.

Saturday, May 28, 2011

Dapat Kung Fu Panda Tumbler Besau

Hi Korang,

Sabtu-sabtu ni duk berjalan je lah kan tup-tup malas nak duk umah rasanya. Lagipun ada flash mob kat Sunway tadi, itu yang bergegas ke sana. Best jugak flash mob nie, ala yang joget-joget kat dalam shopping complex tuh. Flash mob ni adalah untuk Magical Musical show bulan depan. Aku dapat invitation so pi lah kan.

Abis flash mob ktorg plan nak pi tengok Kung Fu Panda 2. Naik lah ke tingkat atas. Mak datuk panjang giler orang beratur. Terus cancel. Tup-tup Mr Big terperasan ada orang minum tumbler besau gambo Kung Fu Panda kan, cepat-cepat dia heret aku pi kat kaunter orang jual popcorn kan. Hah kau, memang tumbler tu besau dan tinggi. Murah je RM14.90 tau siap dapat popcorn sekali.

Hah, ini dia tumblernya...


Besau kan. Actually bukan semuanya air pun but bawah je tempat air atas tu tempat popcorn. Unik jugak lah aku rasa. Di sebabkan tak dapat nak tengok citer nie dapat beli tumbler ni pun jadilah kan.

Si kembar KungFu Panda

So aku usunglah kesana kemari dalam Sunway ni. Yang best tu semua orang pandang aku je may be tumbler ni obvious besau kot. Ada yang siap tanya aku beli kat mana. Wah aku boleh dapat komisen nie sebab promo tumbler nie kan. Ada budak kecik siap nangis nak aku punya. Mr Big duk bantai gelak2 je kan.


Terglamer kejap la aku dibuatnya. hehehehhehe... best..

p/s : nanti aku upload pasal flash mob tu ek.. yang best tu dapat ticket masuk sunway lagoon all parks tau.

Friday, May 27, 2011

Dapat Sambar Nie Je Di Body Shop

Hi Korang,

Tadi kuar pi lunch kat Alamanda. Jauh jugak lah dari Nilai tapi disebabkan ada supplier tu nak belanje ice cream 'CREAM and FUDGE', haruslah pegi jugak kan.

Sementara tunggu bebudak lain sampai sempat jugak aku dgn K Shikin singgah ke Body Shop kejap. Mak ai rupanya ada sales uolss. Murah tahap cipan lah. Jarang aku tengok Body Shop sale cam nie kan

Ermm ini je yang sempat di sambar sebab bebudak lain dah sampai.


Kalau lagi lama kat situ, lagi banyak barang yang aku sambar. Maklumlah murah sangat lah. Suka betul. Aku beli body scrub, syampoo, shower gel. Senang ada yang saiz kecik ni bawak pi travel. But satu yang kecik tu aku bagi amoi opis aku nie. Dia x dapat ikut coz bos dia tak kasi pi.. huhuhuhu cian kan..


Lepas je aku kuar dari situ, ko tengok gambo tuh ramai gila manusia kan. Semuanya pompuan. Yelah hari jumaat kan lunch lama tambah plak baru dapat gaji. Seronoklah diorg pi shopping kan. Cam aku pakai je balance2 yang ada dalam purse..