Salam Jumaat Korang,
Semalam kan aku seorang diri je kat umah. So dalam masa sengsorang tu aku banyak berfikir dari segala benda, segi, aspek pasal diri aku sepanjang 32 tahun aku hidup ni kan. Di antara:-
Rezeki sentiasa datang bergolek
Ermm lately banyak jugak rezeki yang datang kat aku. Walaupun sket but rezeki jugak kan daripada orang yang tak de tu kan.
Partner yang memahami
Kekadang aku geram jugak dengan perangai si dia tu kan but bila fikir2 balik, mr Big tak pernah nak bising kalau aku nak keluar dengan kengkawan aku walaupun dia ada kat umah time tuh. Dia beri kebebasan yang sewajarnya
Family yang sentiasa sayang kat aku
Walaupun aku dalam susah ke senang ke diaorg nie semua bersusah payah untuk menolong aku tak kiralah apa pun kan.
Sesungguhnya aku memang amat2 bersyukur dengan apa yang di limpahkan kepada aku samada baik ataupun buruk.