Wednesday, May 25, 2011

Magical Musicals: An Invitation to AMBP Bloggers

Hi Korang,

 
Hah, bila dengar/baca pasal benda2 free ni mesti korang teruja kan? Maklumlah free tak yah keluar duit kan. Free memang free but kenalah usaha lebih sket untuk dapatkannya.

Ini dia...


So kali ini Sunway Lagoon dengan kerjasama All Malaysia Blog Info (AMBP) akan mempersembahkan satu ala-ala teater musical bertajuk 'Magical Musicals'. Performance selama 90 minit ini akan berlangsung dari 10 Jun hingga 17 Julai di Amphitheatre @ Sunway Lagoon. Performance ini akan menyanyikan lagu-lagu dari filem Moulin Rouge!, Mamma Mia!, Dreamgirls, Fame, Saturday Night Fever, Grease, Footloose, We Will Rock You, West Side Story, Hairspray dan juga rancangan musical tv yang terkemuka iaitu Glee. Best kan?

So kepada AMBP member, confirm dapat jemputan kan.


Tapi bukan semua orang boleh dapat kan kerana hanya 140 Grand Premiere tiket iaitu campuran Zon Merah dan Blue sahaja akan di berikan. Jadi cepat-cepat register di AMBP website tau.

Bagi bloggers belum menjadi AMBP ahli lagi, cepat-cepat mendaftarkan diri di website ini, klik saja di sini.

Lagi satu cara untuk mendapatkan tiket ini dengan menyertai Flash Mob yang akan di adakan di Sunway Piramid pada hujun minggu ini. Nah, korang klik sahaja kat sini dan register. Kemudian korang akan dapat satu confirmation email untuk join Flash Mob tersebut. Aku suka Flash Mob, ala yang joget2 depan orang ramai kat shopping kompleks tu kan.

So thats it, senang je cara nak dapatkan tiket free 'Magical Musicals'

Untuk info lebih lanjut, meh klik kat Magical Musicals page ni tau.

Tuesday, May 24, 2011

Mari Sertai Selangor Heritage Photo Carnival 2011

Hi Korang,

Korang pandai amik gambar tak? Tak kisah lah gambar apa pun kan. Meh sini aku nak citer..


Aku nak bagitau nie kepada photographer2 tak kira lah begineer ke, amatur ke, profesional ke dan juga kepada bloggers yang kaki bercamwhore macam aku ni kan, jom lah sertai Selangor Heritage Photo Carnival ini yang akan berlangsung pada Sabtu 4th Jun 2011 dari pukul 10pagi hingga ke 10 malam di Jambatan Kota, Klang Bandar Di Raja.


Pelbagai acara yang di adakan seperti Heritage Walk Photo Hunt, Puzzle Contest, Click at Station Game, Model Shoot Contest, Photography Exhibition, Photography Trade Fair, Photographic Societies Gathering, Heritage Walk Tour, Traditional Arts, Food Demo, Cultural Performance dan juga Street Arts.


Aktiviti untuk kanak-kanak pun ada seperti, Children's Colouring Contest, Family Fun-shot Contest, Kiddy Photography Workshop dan memacam lagi lah.


Yang best tu, kalau korang tak nak datang pepagi pun tak per, datang petang pun boleh. Sebab acara ni berlangsung selama 12 jam tanpa henti tau. Mesti best kan.

Lupa nak bagitau yang Selangor Heritage Photo Carnival 2011 ini akan di masukkan ke dalam Malaysia Book Of Record kerana ada acara mengambil gambar terpanjang sekali di Malaysia. Wei, korang tak nak glamer ke kan. Aku mau aje.

So untuk info lebih lanjut, korang boleh layari Tourism Selangor Website. Macam-macam info serta boleh download jugak borang penyertaan.
 
 
Thank you to Tourism Selangor for invitation of press conference.

Monday, May 23, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Hi Korang,

Ramai betul bloggers pun review pasal filem Nur Kasih ni kan, aku pun tak nak ketinggalan jugak lah.


Memula meh baca dulu sinopsis Nur Kasih The Movie nie:

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.

Nie pulak pandangan aku :

Menarik sesangat. Lokasi penggambaraan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok citer nie. Sawah padi kat Tanjung Karang tu memang cantik dengan angin sepoi2 bertiup kan dan kat di Jordan plak totally cantik sangat macam dalam lukisan lah kata Nur Amina. Tapi time keretapi meletup tu terperanjat lah aku kejap kan.

Bab-bab romantik antara Adam dengan Nur Amina tu memang kaw-kaw lah. Memang best giler lah. Ada jugak bab sedih2 but aku still ok lagi tak de lah nak nangis2 sangat kan. Susah nak dapat cinta yang cam nie lah. Berjaya jugak aku tengok pengabisan kisah Nur Kasih nie kan. Mintak2 jangan ada lah Nur Kasih The Movie 2. Letih lah nak ingat balik kan.

Majoriti yang penuhkan panggung untuk citer ni semuanya pompuan lah kan. Kalau ada lelaki tu mesti datang dengan awek diorg lah kan yang datang dengan family pun ada.


Rating aku nak bagi : 4/5 lah.. Not bad.

Cuma aku nak komen sket, Adam masa tua tuh biarlah yang macho sket macam Jalaluddin Hassan ke Ahmad Tarmimi ke kan.. baru lah best sket..