Tuesday, May 17, 2011

'Our World, Their War'

Hi Korang,

Ermm tak lama Transformer 3 nak kuar kat panggung kat Malaysia ni. Memang tak sabar rasanya. Yelah sequel yang sebelum ni iaitu Transformer dan juga Transformer : Revenge of the Fallen aku tengok so confirmlah Transformer 3 : Dark of the Moon ni mestilah nak tengok kan.


Nuffnang ada nak kasi tiket wayang untuk bloggers yang kaki wayang kan. Aku mestilah tak ketinggalan kan, so kenalah entry pasal Transformer 3 ni kan

Ini soalannya :


Question : Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world.


Rasanya aku akan belajar dari semua Autobot cara-cara untuk menentang Decepticons dari segala segi tak kiralah belajar pasal peralatan perang, cara Deception berfikir dan macam-macam lagi. Tak ketinggalan juga aku akan bersama-sama menyediakan pelan untuk bertindak apabila Decepticon ini menyerang dunia kita.

Autobots character yang aku suka untuk melindungi dunia.

RATCHET

Selain daripada Optimus Prime dan BumbleBee, aku juga suka kepada Ratchet. Ratchet ni merupakan doctor kepada semua Autobot kerana ia boleh bertukar menjadi ambulance bila di dalam keadaan kecemasan.


By the way, EON Bank Credit Card juga akan memberikan 50% discount untuk semua tiket wayang, movie merchandise dan juga F& B kat semua outlet GSC.

Eh macam-macam lagi lah promotion yang diorg berikan kepada pengguna EON Bank Credit Card.


Jangan tunggu lagi, cepat-cepat lah sign-up for GSC-EON Bank Credit Card hari ini.

Aku Ingin Bertukar ke Exabytes (MY) Sempena 10 Anniversary Super Blogger Contest

Hi Korang,

Sejak blogger.com down beberapa hari lepas, aku mula terfikir untuk bertukar ke web hosting berbayar. Eventho blog aku ni sudah berdotcom, tetapi service web hosting sekarang yang aku gunakan ini agak tidak memuaskan hati aku.


Bukan sebab harga atau masalah teknikal tetapi cara mereka ini aku dapat rasakan tidak sesuai bagi aku. Nak di jadikan cerita, aku terpandang iklan di Exabytes mengenai promosi yang di tawarkan untuk bertukar ke hosting provider sendiri.


Survey punya survey, aku tertarik dengan Personal Hosting - EBiz Home ini. Aku rasakan package yagn di tawarkan agak bersesuaian dengan apa yang aku gunakan sekarang ini.

Meh tengok apa yang ditawarkan untuk package pilihan aku ni kan.


Ermm not bad juga apa yang Exabytes tawarkan ni bersesuaian bagi aku blogger tegar kan. Selain dari itu, pelbagai features yang menarik juga termasuk di dalam package EBiz Home ini.


Walaupun rasa perkhidmatan yang di berikan lebih kurang sama dengan web hosting provider yang lain, aku rasa jaminan yang di berikan yang membuatkan aku lebih tertarik untuk beralih arah kepada Exabytes.


Harga pun tidaklah semahal mana cuma RM 139.00 setahun. Boleh kumpul duit sket-sket tak pun cash out je duit Nuffnang je. Mudah kan.


Berita baik untuk bloggers yang ingin bertukar ke dot com nie, Exabytes sedang mengadakan 'Super Blogger Contest' sempena ulangtahunnya yang ke 10. Ermm senang je syarat-syaratnya.


Betul tak apa aku cakap? Senang je. Tulis entry je kan pasal produk yang paling korang minat/suka then post je entry kat FB fanpage Exabytes.

Cepat-cepat join ok.





Acara Melepaskan Ikan Ke Kolam

Hi Korang,

Cuti-cuti ni lepas dah siap segala mak neka keja kat umah ni, apa lagi layan internet lah kan. Yelah tak de benda nak buat baik update blog ada jugak faedahnya kan.


Bila balik kampung hari tuh, tak de buat benda pun selain makan dan tidur kan. Tup tup teringat kat kolam ikan yang ala-ala swimming pool dan tempat spa tuh kan, so berhajat jugaklah di hati nak beli ikan kan.

So pepagi semalam lepas siap breakfast bagai, ktorg kuar untuk survey kedai ikan kat area umah mak aku ni. Ermm hampeh tutup. Then terus je meluncur kat pi Muar coz member aku cakap kedai ikan banyak kat Muar ni. Before nak ke Muar singgah jap pi pasar beli lauk untuk masak kan, tup-tup terpandang ada kedai ikan kat bandar Jasin ni. Apalagi singgah lah, rupanya memacam jenis ikan ada. Dari anak ikan sampai ke bapak ikan pun ada. Pilih punya pilih mak aku berkenan Japanese Cub a.k.a Ikan Koi kan. Beli seplastic. Puas hati. Harga pun murah. Setengah tempat ermm melantun kan harganya


Sampai rumah rehatkan kejap ikan, then pi penuhkan air kolam sambil bubuh air klorin sket kemudian terus pi masak dulu. Pas masak apa lagi acara melepaskan ikan lah kan.


Memula masukkan ikan bandaraya dulu. Eh mesti letak, kalau tak berlumut kolam tu nanti tau. Alah beli 2 ekor je. Geli plak bila tengok colour dia tu kan. Lepas tu barulah masukkan ikan-ikan koi ni. Bila dah lepas tu leka plak tengok ikan tu kehulu kehilir kan. Kalau tau tadi beli 2 plastic kan.

Ikan Bandaraya

Japanese Cub a.k.a Ikan Koi

Mak aku bukan main seronok lagi. Ada dekat 1/2 jam jugaklah dia duk tengok ikan-ikan tu berenang-renangkan. Terus je dia cakap nak pi beli lagi petang nanti.  


Ermm bagus jugak ada kolam ikan ni, at least bila boring-boring boleh lepak kat sini sambil layan ikan-ikan ni kan. Nanti aku balik lagi sekali upgrade lagi kolam ikan ni lah.

Lepas ni busy lah mak aku yelah, nak bagi cucu makan, nak bagi kucing2 makan now nak bagi ikan makan plak kan...