Monday, May 2, 2011

Jom Join The Churp2 Great Race, nak tak?

Hi Korang,

Kat Churp2 sekarang ni tengah heboh pasal The Great Race. Ala macam F1 race cam tuh. Tapi bukan lah lumba kat Sepang Circuit tau. Cuma lumba online je.


Caranya ? Senang je tak yah ada skill nak bawak kete pun. Korang cuma kena invite kengkawan yang lelain join sekali The Great Race ni then korang dapatlah jumlah KM berdasarkan point yang korang dapat kan.


Cuma tengok point aku sekarang nie. Kosong okeh zero.. Sebab aku tak rajin nak ajak korang main jugak kan game nie.


Wei join game nie bukan suka-suka tau. Ada habuan yang menanti seperti IPAD2, Blackberry, tiket wayang dan memacam lagi lah.

Hah, apa lagi cepatlah join kan. So kita leh sesama menang hadiah. Betul tak?

Meh klik sini

Saturday, April 30, 2011

Pengalamanku Terbang Bersama Malaysia Airlines

Siapa tak kenal dengan Malaysia Airlines atau lebih dikenali dengan MAS?


Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia malah terkenal di merata dunia. Ianya mula bertapak di sekitar tahun 70-an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Dan berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hingga ke hari ini.

Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
Indah Sungguh Pemandangan Dari Udara Ini

Satu ketika dulu, saya merupakan pengguna tetap kepada MAS. Boleh di katakan dalam sebulan hampir 4-5 kali saya akan terbang di seluruh pelusuk tanahair demi tuntutan kerja yang menghendaki saya memastikan segala perjalanan projek harus di pantau dari semasa ke semasa. Saya pernah merasai penerbangan seawal 7pagi dan juga hingga ke penerbangan malam yang terakhir sekali. Jadual penerbangannya sangat lancar dan tepat seperti yang telah di tetapkan jarang timbul masalah kelewatan.

Sarapan Pagi Semasa Penerbangan ke Bintulu.

Semasa dalam penerbangan para petugas sedaya upaya melayan setiap penumpang dengan begitu baik sekali. Segala keperluan semuanya dipenuhi. Bukan hendak memuji tetapi itulah hakikatnya. Penerbangan yang selalu saya ambil selalunya memakan masa selama 2 jam ini dan saya di hidangkan dengan pilihan menu yang menyelerakan. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini saya perhatikan kualiti makanan yang amat segar dan saya amat berpuas hati. Saya juga boleh membeli belah di dalam pesawat dengan menggunakan in-flight temptation iaitu membeli belah dengan menggunakan katalog yang telah disedia kan.


Semasa menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu

Pernah sekali dulu, saya hampir ketinggalan dalam penerbangan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur tetapi dengan bantuan pihak khidmat pelanggan MAS, saya berjaya juga menaiki penerbangan tersebut walaupun pintu pelepasan sudah ditutup pada waktu itu.


Kesian Kepada Mereka Terkandas Ini

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini, saya jarang menghadapi masalah seperti rakan-rakan saya yang lain. Ada seorang rakan saya ini dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa bertukar sebanyak 3 kali untuk mendaftar masuk (check-in) pesawat. Ini kerana pada ketika itu pihak pengurusan kaunter mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan.


Cadangan saya untuk memantapkan lagi perkhidmatan MAS ini.

1. Kekerapan Destinasi Penerbangan
Pihak MAS dapatlah kiranya memperbanyakan kekerapan destinasi penerbangan supaya dapat memudahkan rakyat Malaysia membuat pilihan penerbangan yang bersesuaian dengan kehendak mereka


2.Memberikan Cenderahati
Seperti yang kita tahu bukan mudah untuk menurunkan harga tambang sesuatu destinasi kerana ianya mesti mengambil kira segala jenis aspek tetapi sekiranya pihak MAS dapat memberikan sesuatu in-return seperti cenderahati kecil sebagai tanda terima kasih dan sokongan, saya rasa ramai yang akan memilih untuk terbang bersama MAS.

3. Lebihkan Muatan Barang-Barang
Sekarang ini yang kita tahu pelepasan muatan barang persendirian untuk seorang penumpang cuma 20kg. Jika lebih penumpang di kehendaki membayar harga lebihan muatan mengikut kilogram yang telah di tetapkan. Jadi dengan menambahkan kadar muatan hingga ke 30kg bagi seseorang penumpang saya rasa isu harga tiket mahal tidak menjadi soal bagi kami rakyat Malaysia ini.

4. Voucher Makanan Dengan HargaYang Berpatutan
Saya rasa sistem voucher makanan diberikan ketika penerbangan tergendala memang amat bagus sekali. Tetapi cuma bayangkan jika saya terkandas lebih 6 jam di lapangan terbang, adakah berbaloi voucher makanan bernilai kurang dari RM20.


 
Bagi saya pula dengan terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan rakyat di Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang menawarkan pakej yang menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan moto yang yang pihak MAS war-warkan iaitu MH- Malaysian Hospitality.

 
Nota : Entry ini di tulis bersempena Sponsored Post Contest yang di anjurkan oleh Bro Eyriqazz. Korang mesti akan perasan entry sama dengan entry yang di letakkan di blognya.
 
Segala yang ditulis adalah berdasarkan dari pengalaman aku sendiri bukan pengalaman orang lain tau.

Friday, April 29, 2011

“I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!”

Hey Korang,

Kenal tak sape? Nie lah dia

Captain Lily

Aku suka jadi pirate nie. Seronok. Macam-macam boleh buat oo, di antaranya:- 


1. Ada kapal sendiri
Kapal sendiri tuh jadi kapten lagi. Siapa tak bangga kan. Boleh bawak kapal sendiri dengan tak payah amik lesen memandu kapal kan. Putar je stereng tu. Hah bergerak lah kapal Black Pearl aku tu kan.



2. Dapat melancong tak payah passport
Hah dapat pegi melancong seluruh dunia dengan tak payah passport pun. Jalan je. Rasa-rasa nak stop kat pulau-pulau yang cantik tuh, berhenti je tanpa segan silu dan rasa takut kan. Lepas tu sambung balik jalan kan.



3. Boleh merompak apa yang disukai
Ini yang paling best ni. Bila dan singgah memana pulau tu kan boleh amik apa yang yang disukai dengan erti kata lain merompak lah kan. Kalau nak makan amik je, nak duit or emas amik je, nak senjata plak kebas jelah coz tak sesiapa berani marah kan. Maklumlah aku kan lanun. Semua orang takut dengan aku kan.


Apa macam hebat tak? Angan-angan bukan main lagi kan. Nak itu nak ini tapi tak kesampaian pun.


Aku buat entry merapu ni bukan apa, si Nuffnang nak bagi tiket 3D free kat Nuffnangers dan partners untuk tengok filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides in 3D, 3 hari sebelum hari tayangan perdana kat Malaysia ni. Thanks to Walt Disney Studios Motion Pictures Malaysia!

Details of the screening are as below:

Date: 16 May 2011 (Monday)
Time: 9.30 pm
Venue: GSC MidValley


Pirates of the Caribbean 4












































Synopsis

'Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) finds himself on an unexpected journey to the fabled Fountain of Youth when a woman from his past (Penélope Cruz) forces him aboard the “Queen Anne’s Revenge,” the ship of the formidable pirate Blackbeard (Ian McShane)'

Ye korang, Kapten Jack Sparrow dan krew kapalnya telah kembali sekali lagi untuk pengembaraan  ke Swashbuckling di Pirates of the Caribbean on Stranger Tides! dengan musuh yang lebih power lagi, jangan ketinggalan tau

Apa lagi, cepat buat tau..