Monday, April 25, 2011

Seharian Di Exora VIP Test Drive Day

Hi Korang,
Last weekend ktorg dapat invitation untuk ke Proton Exora VIP Test Drive Day. Ermm itulah cam tak percaya jugak. Actually dah 2 minggu diorg ni call but confirmation last minute plak but dapat jua akhirnya pegi.


Ktorg adalah first couple yang sampai kat Sunway Giza ni. Mr Big kalau bab2 cam nie, dia memang puntual. Tak suke menyusahkan orang katanya. So sesampai je, kene register dulu. Then borak2 kejap dengan staff Proton yang lelain sambil breakfast. Tengah makan2 tu, makin ramai plak yang sampai. Tak sangka plak aku jumpa jugak bloggers yang lelain.


Dalam kul 9.30am cam tu acara dimulakan. Cam biasa ada speech sket dari Proton. Then ada talk about kids safety while travel dan memacam lagi lah.


So acara yang di tunggu iaitu mentest drive Exora lah kan. So every of every couple dapatlah rasa bawak Exora ni kan. Ktorg ditemani dengan host Proton iaitu Nik. Kelakar jugak mamat nie. Ktorg di arahkan untuk drive Exora ni dari Sunway Giza ke Desa Park City untuk acara selanjutnya. Memula bawak partner couple ktorg Si Nafnaf dan hubbynya. So ktorg duk belakang jelah. Bercamwhore bagai. Bila duk belakang ni best betul, rasa luas betul lah. Air-con pun kuat. Tapi disebabkan Si Nafnaf ni kakinya panjang so dia rasa cam tersepit sket lah kaki dia. Then sampai satu area, ktorg diarahkan untuk switch driver. Then mr Big plak yang drive sampai ke tempat yang seterusnya.


 
Ktorg sampai ke Desa Park City. Tempatnya cantik sekali. Kat sini ada 3 activities yang each couple kena buat. Satu susun barang dalam bonet Exora dengan pantas, drive Exora then break secara mengejut dan satu lagi parking Exora dengan tutup mata. Adui yay, dahlah tengah panas tapi ktorg harungi jua lah. Yang paling senang of course lah susun bag tu kan, ktorg dapat tak sampai satu minit pun. Yang paling susah, kena parking Exora tutup mata. Aduh, kena bambu jugak aku dengan Mr Big coz bagi instruction terbalik kan. Sampai tengahari jugak lah kat sana.


On the way balik ke Sunway Giza, aku plak kena drive. Kena mengharung jem teruk area 1 Utama tuh kan, nasib baik Exora ni memang smooth on the road lah. Walaupun Exora ni besau but still aku boleh bawak. Sampai Fullhouse. Apa lagi, makan dulu lah kenyang2. Memang sedap lah makanan kat Fullhouse ni. Dory fillet tu sedap sampai K Red pun sibuk tanya ikan tu ada lagi ke tak kan.

 

Lepas makan, ada sambungan lagi talk pasal personal image dan family financial. Langsung tak de rasa bosan dan sleepy sebab penceramahnya best2. Kaki lawak betul lah. Abis semua talk, diorg collect form untuk kira markah plak. Time nie lah ktorg duk sambung bercamwhore bagai abis semua sudut bergambo lah. Tak lupa jugak ada interview session untuk every couple. Ktorg lagi yg first kena lagi.


 
So acara yang di tunggu2 iaitu prize giving lah. Table ktorg, semua couple memang consolation prize je. Tak perlah janji enjoy kan. Dapat kenal ramai lagi bloggers kan.


Anyway thank you Proton coz bagi ktorg enjoy dengan Exora. Now tengah berkira-kira nak angkat colour merah punya. Boleh eksen sket dengan K Red kan hahahahaha

Sunday, April 24, 2011

HyppTV’s Exclusive Bloggers’ Party!

Hi Korang,

Tau ke apa Hypp TV tu? Eh bukan hippo TV lah. Korang ingat tv badak biru tuh ke? Ishk... meh sini aku nak citer sket dengan korang lah.

Apa itu Hypp TV ?


HyppTV adalah merupakan pkhidmatan siaran berbakar di Malaysia ini di mana kandungan digital disampaikan dan dihantarkan melalui rangkaian broadband berkelajuan tinggi internet kami iaitu UniFi terus ke televisyen skrin lebar di ruang tamu anda



Ermm same je dengan siaran tv berbayar yang lain. Cer citer sket apa yang membuatkan HyppTV ni lebih mengancam kan?



Cerita dalam bahasa omputih boleh tak? kang kalau direct translation lain plak jadinya kan.

1. Be in control of your TV 
You only need to pay for the LIVE TV channels and On Demand Services that you want to watch.

2. Be the first to watch, 24 hours from US release 
Some of our series such as CSI are made available to you on HyppTV within 24 hours from when it is first shown in the US. Just subscribe to the package to enjoy this.

3. No more fixed schedule, watch what you want when you want 
For On Demand Services, you can choose what you want to watch at your convenient time.

4. Enjoy your TV, even when it rains. No more disruptions 
You can watch TV anytime even in bad weather.

5. Interactive applications
HyppTV brings you interactive applications to the TV such as Flight Information, Games, Waktu Solat, Historical Facts and also various talks by renowned local and overseas speakers in TED.com and Ilham Bicara

Meh layan video promo HyppTV ni so korang boleh dapat clear picture apa itu HyppTV



Hah, best kan? Itulah aku sendiri pun cam tak caya jugak but bila dah tengok promo HyppTV ni kat youtube. Terus cam terjatuh cinta plak kan.
Kalau nak tau lebih details lagi korang boleh click kat


or



 
So dalam bebanyak movie star yang aku teringin dan tersuka nak jadi untuk HyppTV parti nie kan


Of courselah Mr Big jadi Dr House dan aku jadi Dr Lisa Cuddy. Ermm comel kan, sebab diorg ni memang gila2 orangnya eventho diorg ni doctors tau sama case cam ktorg gak eventho husband and wife but perangai ya allah mengalahkan cam bebudak tau hehehe..
   
Kenapa aku patut dijemput ke Hypp TV exclusive bloggers’ party

1. of course mestilah nak tau lagi pasal Hypp TV ni kan, mesti ada awek2 cun yg akan explain dan aku boleh explore lagi pasal Hypp TV ni.

2. kalau boleh nak subscribe terus lah masa event tu jugak, senang sket kan. Aku kan Streamyx user mesti dapat privileage kan

3. Ini event nuffnang yang havoc lepas sekian lama kan tak de event. Ini yang di tunggu2 kan

4. Eh nak jumpa geng bloggers yang lelain lah kan, kenal kat alam maya bukan main lagi, kan alam nyata ntah2 langgar bahu pun tak perasan kan.

Ermm hopefully aku dapatlah invitation nie. Sekarang nie duk berangan2 nak pi beli baju doctor tau...

Hehehehe ek jangan lupa check it out Hypp TV tu tau....


Friday, April 22, 2011

Sambungan Cerita Panas!! Kisah Cik Lily Putih Di Tahan Polis

Hi Korang,

Mesti kepoh kan nak tau citer aku kena tahan polis hari tuh kan..

Ini sambungannya..

Esoknya lepas aku settle keje aku then print gambo kete PP yang sempat aku amik tu kan. Aku terus pi balai polis kat pekan Nilai lama tuh kan. Perasaan meluap2 tuh dah ada dari semalam kan, sampai nak tidur pun still terbayang2 muka pak polisi jeng jeng jeng tu kan.


Masuk2 je balai je, aku boleh terbau durian plak. Lagilah nak muntah ni, pepagi lagi dah bedal durian kan. Korang ni keje ke tak? Dekat receiption dia ada 2 orang polis. Sorang muda sorang lagi berumur. Yang tua cam kerek2 je pandang aku kan. So cam nie citer dia :


Polis muda : Boleh saya bantu cik?
Aku : Ermm saya ada kemusykilan sket lah pasal perkhidmatan kete PP ni lah encik.
Polis tua : Hah, kenapa plak tuh?
Aku : Cam nie encik, semalam.. ( aku pun citer lah dari A-Z )
Polis tua : Awak perasan ke no plate kete PP tuh?
Aku : Ni saya sempat amik gambo then print nie encik
Polis muda : Uisk sempat jugak ye ( Sambil tengok gambo yang aku amik tu lah)
Aku : Bukan apa encik, manalah tau diorg ni nak memperdajalkan saya. Ni kan zaman IT semua boleh jadi kan (muke aku plak time tu tengah berkerut2 tahan marah)

Polis tua : Ermm sebenarnya cam nie cik, kete PP ni berhak untuk tahan orang awam. Tak kira lah dato, datin, melayu, cina, omputih, bangla ke. Ini kerana seseorang peronda polis tu di kehendaki membuat pemeriksaan am iaitu dia berhak untuk check sesiapa yang dia rasa meragukan. Itu sahaja. Ini arahan ketua balai encik. Kalau dia meronda tapi dalam borang pemeriksaan am tu kosong maknanya dia makan gaji buta lah cik.
Aku : Oooooo saya ingatkan apa halnya plak kan. Maklumlah tahan cam tu je. Tanpa bagi apa2 jawapan. Puaslah saya tanya org2 yang saya kenal dalam polis pasal hal ni. Diorg pun cam pelik jugak.
Polis tua : Semua balai tak sama procedurnya, bergantung kepada ketua balai.

Aku : Itu saya tak kisah. Yang saya marah tu, bila saya tanya dia tak nak jawab. Dia cakap benda lain. Cakap jelah pemeriksaan biasa je so tak de lah sampai saya tak tidur malam kan.
Polis muda : Mintak maaf ye cik. Dia tak sengaja kot. Cam ke orang yang tahan cik tuh?
Aku : Mestilah saya ingat. Sampai no badan (NRIC) polis tu saya boleh ingat.Pangkalnya 170....
Polis tua : No badan? Jarang orang awam tahu perkataan2 cam ni. Cik ni siapa?
Aku : Saya ni dah 30 tahun tinggal dengan polis. Dari kecik sampai beso. So memang dah biasa bahasa2 polis ni. Ayah, pakcik,makcik, abang, sepupu semuanya polis.
Polis muda : La cam tu rupanya, padanlah cam tak puas hati bila kena tahan ye.
Aku : Tak delah tak puas hati (padahal dalam hati tgh panas kan) tapi saya takut jadi apa2 nanti kan susah.
Polis tua : Tak de apa lah cik. Perkara ni biasa. Tak salah kalau kita nak tau kebenaran kan.
Aku : Terima kasih ye encik
Polis muda & tua : Sama-sama ( sambil senyum dan angkat tangan)


Bila aku keluar je cari balai polis tuh. Muka bukan main berseri lagi. Hilang segala perasaan marah meluap2 tadi kan. Yelah dah tau kebenaran. Tak sampai 5 minit, mr Big call sibuk tanya pasal hal ni. Bila dah explain, nak tau dia cakap apa ' I rasalah polis tu mesti cuak dengan u kan, yelah anak taiko polis JB kan, hehehehhehe'. Bengong kan laki aku nie.

Ermm itu lah dia citer sebenarnya. Jadi kesimpulannya, bila polis tahan tu buat je cam biasa. Tanya diorg ni apa yang diorg nak buat dengan details kite tu kan. Jangan bagi je membuta tuli. Tak pun kalau nampak je kete polis tu cepat2 jalan jangan bagi dirog kejar.. hehehehhehe..
 
Ingat tuh tau...
 
P/S : Tak boleh amik gambo dalam balai lah. Takut aku kang kena tangkap plak...