Friday, April 22, 2011

Sambungan Cerita Panas!! Kisah Cik Lily Putih Di Tahan Polis

Hi Korang,

Mesti kepoh kan nak tau citer aku kena tahan polis hari tuh kan..

Ini sambungannya..

Esoknya lepas aku settle keje aku then print gambo kete PP yang sempat aku amik tu kan. Aku terus pi balai polis kat pekan Nilai lama tuh kan. Perasaan meluap2 tuh dah ada dari semalam kan, sampai nak tidur pun still terbayang2 muka pak polisi jeng jeng jeng tu kan.


Masuk2 je balai je, aku boleh terbau durian plak. Lagilah nak muntah ni, pepagi lagi dah bedal durian kan. Korang ni keje ke tak? Dekat receiption dia ada 2 orang polis. Sorang muda sorang lagi berumur. Yang tua cam kerek2 je pandang aku kan. So cam nie citer dia :


Polis muda : Boleh saya bantu cik?
Aku : Ermm saya ada kemusykilan sket lah pasal perkhidmatan kete PP ni lah encik.
Polis tua : Hah, kenapa plak tuh?
Aku : Cam nie encik, semalam.. ( aku pun citer lah dari A-Z )
Polis tua : Awak perasan ke no plate kete PP tuh?
Aku : Ni saya sempat amik gambo then print nie encik
Polis muda : Uisk sempat jugak ye ( Sambil tengok gambo yang aku amik tu lah)
Aku : Bukan apa encik, manalah tau diorg ni nak memperdajalkan saya. Ni kan zaman IT semua boleh jadi kan (muke aku plak time tu tengah berkerut2 tahan marah)

Polis tua : Ermm sebenarnya cam nie cik, kete PP ni berhak untuk tahan orang awam. Tak kira lah dato, datin, melayu, cina, omputih, bangla ke. Ini kerana seseorang peronda polis tu di kehendaki membuat pemeriksaan am iaitu dia berhak untuk check sesiapa yang dia rasa meragukan. Itu sahaja. Ini arahan ketua balai encik. Kalau dia meronda tapi dalam borang pemeriksaan am tu kosong maknanya dia makan gaji buta lah cik.
Aku : Oooooo saya ingatkan apa halnya plak kan. Maklumlah tahan cam tu je. Tanpa bagi apa2 jawapan. Puaslah saya tanya org2 yang saya kenal dalam polis pasal hal ni. Diorg pun cam pelik jugak.
Polis tua : Semua balai tak sama procedurnya, bergantung kepada ketua balai.

Aku : Itu saya tak kisah. Yang saya marah tu, bila saya tanya dia tak nak jawab. Dia cakap benda lain. Cakap jelah pemeriksaan biasa je so tak de lah sampai saya tak tidur malam kan.
Polis muda : Mintak maaf ye cik. Dia tak sengaja kot. Cam ke orang yang tahan cik tuh?
Aku : Mestilah saya ingat. Sampai no badan (NRIC) polis tu saya boleh ingat.Pangkalnya 170....
Polis tua : No badan? Jarang orang awam tahu perkataan2 cam ni. Cik ni siapa?
Aku : Saya ni dah 30 tahun tinggal dengan polis. Dari kecik sampai beso. So memang dah biasa bahasa2 polis ni. Ayah, pakcik,makcik, abang, sepupu semuanya polis.
Polis muda : La cam tu rupanya, padanlah cam tak puas hati bila kena tahan ye.
Aku : Tak delah tak puas hati (padahal dalam hati tgh panas kan) tapi saya takut jadi apa2 nanti kan susah.
Polis tua : Tak de apa lah cik. Perkara ni biasa. Tak salah kalau kita nak tau kebenaran kan.
Aku : Terima kasih ye encik
Polis muda & tua : Sama-sama ( sambil senyum dan angkat tangan)


Bila aku keluar je cari balai polis tuh. Muka bukan main berseri lagi. Hilang segala perasaan marah meluap2 tadi kan. Yelah dah tau kebenaran. Tak sampai 5 minit, mr Big call sibuk tanya pasal hal ni. Bila dah explain, nak tau dia cakap apa ' I rasalah polis tu mesti cuak dengan u kan, yelah anak taiko polis JB kan, hehehehhehe'. Bengong kan laki aku nie.

Ermm itu lah dia citer sebenarnya. Jadi kesimpulannya, bila polis tahan tu buat je cam biasa. Tanya diorg ni apa yang diorg nak buat dengan details kite tu kan. Jangan bagi je membuta tuli. Tak pun kalau nampak je kete polis tu cepat2 jalan jangan bagi dirog kejar.. hehehehhehe..
 
Ingat tuh tau...
 
P/S : Tak boleh amik gambo dalam balai lah. Takut aku kang kena tangkap plak...

Its Good Friday

Hi Korang,

Hari nie ramai orang2 kat opis aku nie cuti, maklumlah majoriti ramai foreignerkan., so diorg nie mencelebrate 'Good Friday'. Yelah diorg ni kena church. Itu yang aku dengar dari citer diorg ni semalam.



Sesiapa yang tak tau apa itu Good Friday, boleh check dalam entry lama aku ni. Nah korang click je kat sini.

Apa-apa pun kite kene menghormati perayaan diorg sebagaimana diorg menghormati hari raye kite kan?




Tapi kita ni orang islam kan, memang setiap hari jumaat hari yang mulia kan. Banyak kelebihan hari jumaat ni.
Kalau tak sure or tak tau kelebihan2 ni baik korang google kat internet ek. Macam2 info korang boleh dapat tau.

Aku suke ari jumaat, sebab pengujung minggukan, esoknya sabtu dah tak keje. Boleh berjimba2 merayau2 sambil mengabiskan duit mrBigkan !



Selamat Hari Jumaat Korang..

Thursday, April 21, 2011

Panas!! Kisah Cik Lily Putih Di Tahan Polis

Hi Korang,
Ni nak sambung citer pasal potong kereta peronda polis hari selasa lepas.

Citernya cam ni, hari tuh aku balik awal sket sebab nak pi collect courier kat JMB umah aku. Jalan tu memang tiap2 hari aku lalu. Sampai satu traffic light tup2 depan aku kereta peronda polis tuh. So aku pun follow lah all the way kan sebab tak leh nak potong.


Bila sampai jalan clear tuh, apa lagi aku terus overtake kete PP tuh. Bagi signal then terus masuk lane kanan kan, yelah tak kan aku nak bertapa belakang kete PP ni plak kan. Aku tekan minyak kuat sket so jauhlah kebelakang kete PP tuh. Tengah syok2 berduet dengan Anuar Zain nyanyi lagi Sedetik Lebih dalam kete, tup2 aku terdengar siren polis. Pandang side mirror rupanya kete PP tu tadi duk follow aku then suruh aku berhenti. Berhenti tau!

Dalam hati ni dah dupdapdupdap. Agaknya aku salah kot potong kete PP ni tadi. Sampai je si polis tuh

 
Polis 1 : Mintak IC dgn lesen cik? (muka garang giler kononnya)
Aku : Ok. (Terus kuarkan sambil muka cuak2 kan)
 
Polis 1 tu terus je kebelakang amik details aku tapi aku perasan bukan buku saman tapi cam kertas kosong cam tu kan.

Polis 2 : Nak pegi mana ni?
Aku : Nak balik umah cik. Time keje dah abis.

Then Polis 2 tu pun terus ke belakang tengok Polis 1 buat apa kan. Yang aku nampak dari cermin diorg cam bincang something lah kan. Then dua2 polis tuh datang balik jumpa aku.

Polis 1 : Ni kad awak, terima kasih
Aku : Kenapa ni cik? Saya kena saman ke?
Polis 2 : Ktorg catat nama je
Aku : Untuk apa? Boleh bagitau kenape?
Polis 1 : Untuk catat nama je. Terima kasih. (Muka garang sampai mata nak terkeluarlah)

Kemudian diorg terus blah camtu je. Aku ingat nak kejar kan ermm hampeh terus hilang..


Aku cam tergamam sekejap. Bengong pun ada. Start engine kete then terus jalan. On the way nak balik tuh, aku still bercakap2 lagi ni. Agaknya diorg ni nak kenakan aku kot. Amik details then pi buat loan kete, loan kredit kad ke kan. Yelah zaman sekarang ni semua orang dah pandai menipu cam tuh kan. Tapi diorg ni pakai kete PP plak, kira berani betul lah kan.

Sampai umah aku terus citer dengan Mr Big. Itu lagi lah kan. Segala polis yang ktorg kenal dia call untuk citer hal ni. Uncle aku 5 orang dia call, cousin aku 3 dia tanya kat FB lain. Even mak BFF ktorg pun dia call untuk cari kepastian. Kira malam selasa tuh, sampai nak tidur pun asyik duk citer lagi hal ni kan.


Bila dah dapat result/pandangan dari orang2 polis ni jawab aku kena settlekan sendiri dengan...........

Jeng jeng jeng tunggu episod seterusnya, panjang sangat nak citer satu entry ni kan..


Btw, korang boleh teka apa yang aku buat esok harinya...