Wednesday, April 20, 2011

Garnier Mineral Sesuai Untuk Korang Tau

Hi Korang,

Pakai tak ubat ketiak atau deodorant atau roll on atau odourono?

Of course la pakai kan. Kalau tak pakai ermm ' bau assem ketiak sapa busuk kan?' Tapi ada jugak yang pakai deodorant ni but still ketiak ada bau kan.

Maybe faktor cuaca negara kita ni yang panas sejuk sepanjang tahun atau diorg ni salah pilih deodorant kot yelah tak sesuai dengan kulit kan. So sekali lagi Garnier memperkenalkan rangkaian deorant terbaru iaitu Garnier Mineral


Dengan campuran hebat dari Mineralite alam aktif, Garnier Mineral yang terbaru ini memberikan perlindungan sepanjang hari dan keselesaan sepanjang hari.
Apa yang membuatkan Mineralite sangat hebat dan berkemampuan penyerapan yang amat luar biasa dan fungsi yang diperlukan untuk deodoran berkesan. Di antara kebaikannya adalah:

* Mampu untuk mempertahankan 4 kali ketika dalam air.

Dengan struktur berpori nya, Mineralite sangat kuat ketika didalam keadaan berair atau basah. Digunakan dalam deodoran, ini berkesan untuk membantu menyerap peluh tubuh anda menghilangkan, membuat anda sentiasa dalam keadaan kering dan sejuk.

* Lima kali serap lebih daripada bedak biasa.

Kebanyakan deodoran menggunakan bedak sebagai bahan aktif utama untuk memudahkan fungsi menyerap. Namun, dengan Garnier Mineral, ia mampu menyerap hingga lima kali lebih besar daripada serbuk kerana Mineralite kuat. Hal ini akan membuktikan keberkesanannya apabila anda memerlukannya pada hari-hari panas atau ketika anda terlibat dalam suatu kegiatan untuk membantu menyerap tidak hanya keringat tetapi juga bau.

* Kering dan lembut untuk disentuh.

Yang anda inginkan di bahagian tersebut sentiasa kering dan lembut di sebabkan deodorant bukan peluh kan. Jadi Garnier Mineral ini mempunyai komposisi serbuk membuat kan ianya menyerap dan mengeringkan kulit anda

* Bekerja seperti lapisan kedua perlindungan.

Sementara kulit membantu dengan keringat, Mineralite juga menawarkan perlindungan sendiri, membuat Garnier Mineral lapisan kedua perlindungan bagi anda. Bagaimana cara kerjanya? Mineralite membantu mengatur keringat. Ketika ini terjadi, rasa basah dan lembab adalah mengurangkan di permukaan kulit, meninggalkan sensasi kering dan sejuk. Juga, dengan sifat anti-bakteria, Garnier Mineral membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau, sehingga anda merasa yakin sepanjang hari.



HASIL DIJAMIN!

Apa yang membuatkan Garnier Mineral lain daripada deodorant di pasaran? Bahan aktifnya iaitu - Mineralite - dari sumber alam. Ditemui jauh di dalam gunung berapi, Mineralite merupakan mineral mikro-porous ultra-ringan yang dibentuk oleh gas gunung berapi. Garnier telah diekstrak ini bahan aktif dari gunung berapi yang akan digunakan dalam semua deodoran Mineral Garnier

Ermm harga plak not bad, tak mahal langsung tak sampai pun RM10 tau.

 

Extra whitening care

Garnier Mineral Light 50ml RM6.90
Garnier Mineral Light Extra 20ml RM3.90

Garnier Mineral Light Extra 50ml RM7.90



Sensitive skin

Garnier Mineral Light Sensitive 20ml RM3.90

Garnier Mineral Light Sensitive 50ml RM7.90



Drier action

Garnier Mineral Dry Care 20ml RM3.60

Garnier Mineral Dry Care 50ml RM6.90



Silky, soft-to-touch finish

Garnier Mineral Silky Smooth 50ml RM7.90


 
Tidak merasa lebih basah dan melekit. Ucapkan selamat tinggal berkeringat dan bau. Jadi hari penuh percaya diri panjang dengan deodoran Garnier Mineral!
 

WW - Nak Potong Ke Tak?

Morning Korang,

Kalau korang berada kat situasi macam gambar bawah nie, korang nak potong ke tak kereta nie?


Komen jangan tak komen, nanti aku sambung citer pasal keta kaler putih ni lagi tau..

P/S : Aku tengah meluap2 geram dengan kete ni.

Tuesday, April 19, 2011

Macaroon @ Whisk Espresso Bar

Hi Korang,

Hari tuh, beberapa minggu lepas sempat jugak aku pi Empire Gallery Subang ni sambil jejalan sambil cari lah kedai yang heboh nau bebudak bloggers duk citer pasal macaroon kan.


Jalan punya jalan then jumpalah kedai ni. Kecik giler. Nasib baik nampak tulis 'macaroon' tuh. Kalau tak betul2 confirm aku tak perasan. Kaunter bar yang diorg display macaroon tuh alahai kecik benau. Sempit plak tu kan. Bila tengok memang cantik2 belaka sebab sangat colourful. Tapi kebebasan nak memilih tu cam terhad lah coz situlah jugak waiter dia keluar masuk anto air kan.

Aku pilih mana yang nampak je, malas nak tanya banyak.


Inilah hasilnya. Cantik kan bercolour-colour bagai. Memang sangat kecik sebesar duit syling 20sen. Harga plak sebiji RM2.00. Ermm bayangkan, padan ke harga dengan saiz kan.

Filling dia tu yang manis kaw kaw

Aku beli 4 biji je coz nak cuba rasa-rasa dulu. Sedap ke tak kan. Ternyata memang sesangat manis betul. Makan gula pasir pun tak de manis cam tu kan tapi itu tekak aku. Aku tak sure lah tekak orang lain plak kan.


Bagi mr Big rasa, ermm dia suka lah manis2 ni kan. Aku makan sket je yang lelainnya semua dia bedal.  Siap cakap ni kalau makan bebanyak ni boleh potong kaki lah. Tak de aku terbayang2 lagi macaroon ni kan sebab dah rasa. Untuk nak beli for 2nd time, ermm tak kot kecuali kalau orang belanje then aku makan lah kan.



Kesimpulannya, lagi banyak makan macaroon ni lagi cepatlah korang cacat. hahahahhahah just joking..