Tuesday, April 19, 2011

Macaroon @ Whisk Espresso Bar

Hi Korang,

Hari tuh, beberapa minggu lepas sempat jugak aku pi Empire Gallery Subang ni sambil jejalan sambil cari lah kedai yang heboh nau bebudak bloggers duk citer pasal macaroon kan.


Jalan punya jalan then jumpalah kedai ni. Kecik giler. Nasib baik nampak tulis 'macaroon' tuh. Kalau tak betul2 confirm aku tak perasan. Kaunter bar yang diorg display macaroon tuh alahai kecik benau. Sempit plak tu kan. Bila tengok memang cantik2 belaka sebab sangat colourful. Tapi kebebasan nak memilih tu cam terhad lah coz situlah jugak waiter dia keluar masuk anto air kan.

Aku pilih mana yang nampak je, malas nak tanya banyak.


Inilah hasilnya. Cantik kan bercolour-colour bagai. Memang sangat kecik sebesar duit syling 20sen. Harga plak sebiji RM2.00. Ermm bayangkan, padan ke harga dengan saiz kan.

Filling dia tu yang manis kaw kaw

Aku beli 4 biji je coz nak cuba rasa-rasa dulu. Sedap ke tak kan. Ternyata memang sesangat manis betul. Makan gula pasir pun tak de manis cam tu kan tapi itu tekak aku. Aku tak sure lah tekak orang lain plak kan.


Bagi mr Big rasa, ermm dia suka lah manis2 ni kan. Aku makan sket je yang lelainnya semua dia bedal.  Siap cakap ni kalau makan bebanyak ni boleh potong kaki lah. Tak de aku terbayang2 lagi macaroon ni kan sebab dah rasa. Untuk nak beli for 2nd time, ermm tak kot kecuali kalau orang belanje then aku makan lah kan.



Kesimpulannya, lagi banyak makan macaroon ni lagi cepatlah korang cacat. hahahahhahah just joking..

Monday, April 18, 2011

Episod Terakhir Drama Gemilang TV3

Hi Korang,

Aku baru je lepas tengok episod akhir Drama Gemilang kat TV 3 ni. Kesudahannya.. ermm kita re-cap dulu episod sebelum nie ek


Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.


Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Pada episod lepas, pula Saif berjaya menjejaki adiknya yang bernama Sidek. Rupanya Sidek yang menyelamatkan anak muridnya iaitu Rizal dari tuduhan membunuh. Jadi kesemua anak muridnya selamat menjalani peperiksaan MCE bagi tahun itu. Sementara menunggu keputusan peperiksaan, mereka bertiga bersepakat untuk menutup sementara Institut Gemilang sehingga keputusan di umumkan bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan Institut.

Akhirnya kesemua anak muridnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka bertiga Saif, Umar dan Asmah berjaya membangunkan kembali Institut Gemilang dengan jayanya hingga ke hari ini. Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Ermm betul kan, happy ending. Even Ruhana pun ada masa ending tau. Aku suker so tak de lah adegan nangis2 kan.

Hehehehe..So minggu depan citer lain plak. Tengok trailer cam not bad jugak lah.

Seronok Menonton Di Gold Class Pavilion KL

Hi Korang,
Ingat tak lagi entry pasal aku pi tengok wayang kat GSC Gold Class kan? ala dah lama kot tapi aku terlupa nak citer kat korang lah.



Actually aku dapat tiket gold class ni masa kat event Vaseline tahun lepas, so sebelum expired baiklah gunakan. Di sebabkan citer2 yang wayang gold class yang boleh ktorg tengok kan terhad so ktorg tengok lah citer Battle Invasion : Los Angeles tu kan. Walaupun citer tu aku dah tengok but kasi chance plak mr Big layan citer tu lah.




Lepas je book ticket eventho ticket free but seating kena pilih jugak kan. Ktorg terus di instruct ke Gold Class arena. Bila masuk je ada small lounge untuk ktorg lepak2 sebelum citer bermula. Tengah duk beborak tuh, ada waiter datang untuk amik order apa yang ktorg nak makan/minum kan. Bila tengok menu memacam ada even air mabuk2 pun ada tau. Ktorg order cam biasalah popcorn dan hot chocolate. Waiter tu cakap nanti diorg akan hantar dalam panggung. Wah hebat ni layanan istimewa.

 

Biasalah sebelum masuk panggung mesti nak pi shi-shi dulu kan, ishk tak tau plak shi-shi tu apa? Toilet lah buang segala yang patut. Maklumlah sejuk kan.Rupanya dalam panggung Gold Class ni, toilet pun exclusive. Tak caya korang tengok gambo yang aku attached ni. Very-very hygiene. Cover toilet seat tu diorg letak plastic, so once guna je tekan red button then plastic tu akan terus bertukar. Even toilet RM2 kat KLCC pun tak de cam tu tau.

 

Bila masuk dalam panggung Gold Class ni, aku cam jakun sekejap. Panggungnya kecil je but kerusi even tak banyak but besau2 tau. Ala cam kerusi urut yang Osim jual tuh. Tengok seat number then terus duduk. Wah comfortable abis lah. Empuk betul kerusi tu siap ada selimut lagi tau tak. Sementara nak tunggu wayang start, leka betul aku main kerusi tuh. Kejap turun kejap naik. Yelah kat umah tak de kan, so masa ni lah nak rasa. Betul tak?


So wayang pun start, lepas adjust kerusi then terus selimut. Layan citer ni sambil minum hot chocolate dengan popcorn. Memang kombinasi yang tak sesuai langsung tapi aku suka sebab hot chocolate tu dah bertukar jadi cold chocolate. Sound effect as usual memang terbaik dari ladang lah. Macam kat sebelah telinga aku je kan citer perang ni. Langsung tak de rasa nak tidurlah walaupun dah ada kerusi yang empuk dan selimut yang tebal tu kan.


Anyway pengalaman menonton wayang di panggung Gold Class ni memang sesangat menarik dan seronok lah. Pendek kata kita di layan macam raja lah. Yelah kalau nak keluar duit sendiri memang payah kan so bila dapat tiket free ni kita enjoy lah kan.

Hah itulah hasilnya berblogging. Walaupun aku ni jarang dapat B.E tapi bila dapat benda2 cam ni best jugak kan.