Sunday, April 10, 2011

Letih Tapi Berbaloi

Hi Korang,

Di sebabkan hari ahad ni ada masa free, jadi aku pun duk melepak depan netbook sambil layan Melodi ni kan.

So bila dah depan netbook ni, takde keje lain lah berblogwalking lah jawabnya. So hari ni aku lepak2 kat blog follower aku je. Baru aku perasan yang aku dah ada 381 followers.


Uisk tak sangka betul, ada jugak orang nak baca blog merapu aku ni kan. Yelah orang lain tu dah beribu dah followers, aku plak tak sampai pun 500 orang kan. So ni kira satu kejayaan jugak lah kan.

Memacam citerlah aku baca blog2 diorg ni. Seronok2 tau. At least aku dapat timba ilmu dari blog2 diorg ni. Majoritinya aku baca as silent reader, kalau tak pun aku komen sket2 dan sambil click diorg punya Nuffnang adv kan, yelah sebagai tanda terima kasih sebab sudi follow blog aku kan.

Sekarang ni baru je baca dan singgah 120 blog ni nak abiskan lagi sampai ke 381. So all the best to me.

So korang, terima kasih tau... I love uolls..

Saturday, April 9, 2011

Mengidam + Manis = Cheese Cakesssssss....

Morning Korang,

Pepagi weekend sabtu ni aku duk mengadap PC kan, nampak nau tak de keja nak buat. Actually nk buat sarapan but update blog dulu lah kejap.

Apa yang buatkan kita gembira? Of courselah salah satunya ialah Food kan. Sapa yang tak suka makan? Kalau x fikir pasal sihat, confirm2 semua orang akan makan makan dan makan. Setuju tak? Hah kan betul kan.

Dah 3 hari aku ni mengidam nak makan something yang manis. Nak singgah kedai kek asyik tak sempat je bila time balik. Bila dah singgah kek yang aku nak tu abis plak so kenalah tunggu hari esok2nya kan. Jadi malam tadi, aku heret jugak mr Big pi cari kedai kek yang ada jual kek ikut tekak aku kan. Dapat jugak kan.

Ini dia kek yang di idamkan minggu ni, dah macam orang mengandung plak kan. Kalah sumijelly plak aku ni.

Rasberry Cheese

Chocolate Fudge

Yogurt Strawberry Cheese

Hah kau, beli sekali 3 slices kan. Sangat lazat ok. Termenung jugak bila tengok kek ni sebelum makan. Lepas dah amik gambo apa lagi, terus bedal lah. Bila masuk je dalam mulut tuh. uiskk nikmatnya damm good. Yelah aku rasa dah lama betul tak makan kek kan. Last makan masa birthday mr Big hari tuh.


Tengoklah aksi peminat kek tegar ek. Seksi kan. Bila dia tengok, malu plak rasanya. Hehehehhehehe.



Inilah outcome nya. Cheese cake selesai tinggal saki baki chocolate fudge je. Air sarsi tinggal suku botol. Hahahahaha

Bila dah abis makan, tup tup baru teringat. Banyaknya kena bakar lemak esok ni. Berjam-jam lah kena exercise kan. Padam muka memasing kan. Tadi masa bedal langsung tak ingat now ni plak tup tup ingat pasal kesihatan.

Ermm lepas ni tobat nak makan cakes lagi selama 2 bulan. Huahauhauhauahua..

Happy Weekend Korang!


Friday, April 8, 2011

Twin Towers @LIVE 2011 - Free Konsert Untuk Semua

Hi Korang,

Malas nak citer bebanyak di pepagi Jumaat yang indah ni.

Ala mesti semua orang dah heboh kan pasal free konsert kat KLCC malam esok dan malam ahad kan. Aku memula pun tak tau juga but mr Big yang kepoh ni. Maklumlah office dia kat betul2 kat depan KLCC tu, itu yang dia dapat tau tu kan.


So confirm2 lah jalan-jalan kat merata KL ni akan jem kan coz banyak jalan tutup, orang sibuk nak cari parking, orang sibuk nak pi shopping lagi kan. Baiklah korang nak public transport je. Aku dengar kat radio tadi, Rapid KL akan lanjutkan segala jenis public transport diorg ni sampai kul 1 pagi untuk kedua-dua hari ni. Wah bolehlah berjimba kan korang tuh.

So kepada yang kaki konsert tu, meh check details kat bawah ni malam bila yang korang nak pi tengok kan konsert free ni.



Kat mano: KLCC Park

 
Bilo: 8 & 9 April 2011

 
Kul Bpe: 6pm onwards for both days

Artis Pujaan Yang Ada:


Day 1 - YUNA, THE AZENDERS, BUNKFACE and HOOBASTANK

Day 2 - JOE FLIZZOW, MIZZ NINA, COLBY O'DONIS and THEEARTH, WIND AND FIRE EXPERIENCE featuring the legendary Al McKay

Wah ada artis omputih lagi. Hoobastank tuh. Dahlah aku minat kat diorg ni coz lagu2 diorg sedap2 belaka. Dengar2 jugak Yuna yang akan perform untuk opening konsert tu nanti. Ermm lagi lah mantop kan.

Hah, sibuklah tu korang dah plan2 nak ajak sesapa pegi kan. Kalau nak lagi best buat je blogger gathering kat situ nanti. Ada jugak entry untuk korang tulis kan.Aku? Ntahlah ikut mood mr Big lah. Kalau dia ok then ktorg pi kalau dia cam malas2 je jawabnya ktorg tengok kat tv lah kalau ada live telecast kan.

Oklah, sambung keje dulu. Chow..
 
 
p/s: Pepagi lagi mr Big dah bagitau yang dia balik lambat petang ni coz nak pi kepoh2 jap kat KLCC dengan bebudak opis dia. Ishk suke tau tinggalkan aku kat umah tau.