Friday, April 8, 2011

Twin Towers @LIVE 2011 - Free Konsert Untuk Semua

Hi Korang,

Malas nak citer bebanyak di pepagi Jumaat yang indah ni.

Ala mesti semua orang dah heboh kan pasal free konsert kat KLCC malam esok dan malam ahad kan. Aku memula pun tak tau juga but mr Big yang kepoh ni. Maklumlah office dia kat betul2 kat depan KLCC tu, itu yang dia dapat tau tu kan.


So confirm2 lah jalan-jalan kat merata KL ni akan jem kan coz banyak jalan tutup, orang sibuk nak cari parking, orang sibuk nak pi shopping lagi kan. Baiklah korang nak public transport je. Aku dengar kat radio tadi, Rapid KL akan lanjutkan segala jenis public transport diorg ni sampai kul 1 pagi untuk kedua-dua hari ni. Wah bolehlah berjimba kan korang tuh.

So kepada yang kaki konsert tu, meh check details kat bawah ni malam bila yang korang nak pi tengok kan konsert free ni.



Kat mano: KLCC Park

 
Bilo: 8 & 9 April 2011

 
Kul Bpe: 6pm onwards for both days

Artis Pujaan Yang Ada:


Day 1 - YUNA, THE AZENDERS, BUNKFACE and HOOBASTANK

Day 2 - JOE FLIZZOW, MIZZ NINA, COLBY O'DONIS and THEEARTH, WIND AND FIRE EXPERIENCE featuring the legendary Al McKay

Wah ada artis omputih lagi. Hoobastank tuh. Dahlah aku minat kat diorg ni coz lagu2 diorg sedap2 belaka. Dengar2 jugak Yuna yang akan perform untuk opening konsert tu nanti. Ermm lagi lah mantop kan.

Hah, sibuklah tu korang dah plan2 nak ajak sesapa pegi kan. Kalau nak lagi best buat je blogger gathering kat situ nanti. Ada jugak entry untuk korang tulis kan.Aku? Ntahlah ikut mood mr Big lah. Kalau dia ok then ktorg pi kalau dia cam malas2 je jawabnya ktorg tengok kat tv lah kalau ada live telecast kan.

Oklah, sambung keje dulu. Chow..
 
 
p/s: Pepagi lagi mr Big dah bagitau yang dia balik lambat petang ni coz nak pi kepoh2 jap kat KLCC dengan bebudak opis dia. Ishk suke tau tinggalkan aku kat umah tau.

Thursday, April 7, 2011

Seronok Melayan Tekak & Perut Di Sushi King

Hi Korang,

Few weeks lepas, ktorang pegi mengenjoykan diri sambil melepaskan tension di Sushi King. Ala cakap je merelease tension padahal memang tiap2 bulan pun ktorg pi melantak kat Sushi King ni kan. Memang wajib pi Sushi King ni tiap2 bulan.


Masa ktorg pegi ni tengah musim scallop tau. Scallop ni sejenis makanan laut jugak, nak explain aku tak pandai but macam abalone, lala, kerang, remis ermm cam tu lah. Cengkerang dia cantik jugaklah. Putih je.


So rasanya macam kenyal2 sket tapi taklah liat sangat cam gula getah pun. Sedap sedap sedap. Gambo yang kat atas tu scallop yang dah masak. Walaupun semua orang tahu yang sushi ni mentah but this one tak rasa mentah pun.

Ermm tengoklah aksi2 orang yang suker sangat makan scallop ni.

Muke poyo kan coz letih baru balik keje

Seronok kan dapat makan


Kekenyangan dan kebesaran perut yang amat sangat time ni.


Ermm banyak giler ktorg bedal. Tengoklah pinggan bersusun lah. Dah lah bersusun2 then bercolour2 plak tu pinggan kan.


Hasil melantak malam tuh lebih kurang dalam RM70 habis di belanjakan. Pokai aku hari tuh sebab kena belanja tau.


Btw, makan kat Sushi King boleh sebenarnya siapa yang kata tak boleh ek. Ada signage lagi pasal apa yang halal then apa yang haram tau.

Tips Makan Di Sushi King

1. Harga makanan ikut warna pinggan, bermula dari RM2 hingga ke RM6. Itu makanan yang ada kat conveyor yang berjalan tu tau.
2. Menu ala carte pun ada. Tapi totally memang makanan jepun. Sedap jugak. More to berkuah cam sup gitu.
3. Japanese tea free refill. Yang sejuk boleh yang panas pun boleh.
4. Jaga baik2 bila makan Wasabi tuh, tegik sampai ke hidung ooo. Boleh senak lubang hidung korang tau.
5. Yang mana tak reti pakai chopstick cam aku tuh, boleh pakai tangan sebab diorg ada sediakan tempat basuh tangan tau.

Ermm bagi sesapa yang ragu2 nak cuba tuh, boleh lah pi try makan kat sini. Ok ok makanannya. Ala sekali sekala makan makanan lain dari rutin harian ok jugak kan.


Wednesday, April 6, 2011

WW - Untuk Wanita Sahaja

Hi Korang,

Biasalah bila dah cukup bulan ni semuanya habis. Baik itu baik ini kan.


Ini je dah dekat nak puluh ringgit. Dah mahal kan barang-barang pompuan cam ni. Ini baru sket, actually ada banyak lagi dah habis but tak berapa nak penting sangat.

Ala, korang pun cam tu jugak kan.