Thursday, April 7, 2011

Seronok Melayan Tekak & Perut Di Sushi King

Hi Korang,

Few weeks lepas, ktorang pegi mengenjoykan diri sambil melepaskan tension di Sushi King. Ala cakap je merelease tension padahal memang tiap2 bulan pun ktorg pi melantak kat Sushi King ni kan. Memang wajib pi Sushi King ni tiap2 bulan.


Masa ktorg pegi ni tengah musim scallop tau. Scallop ni sejenis makanan laut jugak, nak explain aku tak pandai but macam abalone, lala, kerang, remis ermm cam tu lah. Cengkerang dia cantik jugaklah. Putih je.


So rasanya macam kenyal2 sket tapi taklah liat sangat cam gula getah pun. Sedap sedap sedap. Gambo yang kat atas tu scallop yang dah masak. Walaupun semua orang tahu yang sushi ni mentah but this one tak rasa mentah pun.

Ermm tengoklah aksi2 orang yang suker sangat makan scallop ni.

Muke poyo kan coz letih baru balik keje

Seronok kan dapat makan


Kekenyangan dan kebesaran perut yang amat sangat time ni.


Ermm banyak giler ktorg bedal. Tengoklah pinggan bersusun lah. Dah lah bersusun2 then bercolour2 plak tu pinggan kan.


Hasil melantak malam tuh lebih kurang dalam RM70 habis di belanjakan. Pokai aku hari tuh sebab kena belanja tau.


Btw, makan kat Sushi King boleh sebenarnya siapa yang kata tak boleh ek. Ada signage lagi pasal apa yang halal then apa yang haram tau.

Tips Makan Di Sushi King

1. Harga makanan ikut warna pinggan, bermula dari RM2 hingga ke RM6. Itu makanan yang ada kat conveyor yang berjalan tu tau.
2. Menu ala carte pun ada. Tapi totally memang makanan jepun. Sedap jugak. More to berkuah cam sup gitu.
3. Japanese tea free refill. Yang sejuk boleh yang panas pun boleh.
4. Jaga baik2 bila makan Wasabi tuh, tegik sampai ke hidung ooo. Boleh senak lubang hidung korang tau.
5. Yang mana tak reti pakai chopstick cam aku tuh, boleh pakai tangan sebab diorg ada sediakan tempat basuh tangan tau.

Ermm bagi sesapa yang ragu2 nak cuba tuh, boleh lah pi try makan kat sini. Ok ok makanannya. Ala sekali sekala makan makanan lain dari rutin harian ok jugak kan.


Wednesday, April 6, 2011

WW - Untuk Wanita Sahaja

Hi Korang,

Biasalah bila dah cukup bulan ni semuanya habis. Baik itu baik ini kan.


Ini je dah dekat nak puluh ringgit. Dah mahal kan barang-barang pompuan cam ni. Ini baru sket, actually ada banyak lagi dah habis but tak berapa nak penting sangat.

Ala, korang pun cam tu jugak kan.

Tuesday, April 5, 2011

Dapat Makan Dapat Hadiah Percuma

Hi Korang,

Siapa Suka Makan? Angkat Tangan.

Siapa Suka Hadiah? Angkat Tangan jugak.

Korang ni kalau pasal makan dan dapat hadiah memang korang suka kan. Yelah benda free, siapa nak kasi kan. So meh sini aku bagitau apa benda yang makan dapat free hadiah tuh.


Ini dia memperkenal kan Kinder Joy.



Tengok tu bila di buka sebelah ada chocolate dan sebelah lagi ada mystery gift. Yeah..



La tak caya ada hadiah, jap nak bukak jap tau. Kan ada tu tapi kenalah buat kan. Ikut kertas yang dah di attach kat situ sekali.



Setelah di buat mengikut instruction diberi. Jadilah ia seekor badak biru yang comel.



Tengok tu si badak pun nak makan kinder joy jugak.Nyam nyam nyam..



Inilah dia si peminat Kinder Joy ni, dapat makan dapat hadiah percuma.


Memandangkan ramai yang tak percaya dalam Kinder Joy ni ada hadiah, so aku buat entry ni. Jadi bila anak-anak korang sibuk sangat mainan kan, korang beli je Kinder Joy ni. Dahlah murah, dapat makan then dapat hadiah lagi kan. So jimat sket lah belanja. Betul tak?

Jom kite berbueno yok!