Monday, April 4, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Hi Korang,

Ramai plak orang tulis pasal ABPBH yang live dari Genting malam tadi. So aku sure ramai dah tau pasal keputusannya kan dan jugak Usop Wilca yang menambahkan kegamatan anugerah tu kan. Anyway congrats to all winner.

Anyway, itu bukan main pointnya kan.

So di pagi isnin yang hujan renyai2 kat sini aku cuma nak bagi tau yang aku dengan tiba-tibanya boleh terjatuh cinta dengan



Thank you kepada Nuffnang dan Tune Talk yang bagi aku tiket 'Never Say Never' ni. Seriously aku kagum dengan Justin Bieber ni lah.

So nanti aku citer lagi lah pasal dia ni tau. Nak sambung kerja ni.

P/S : Dengan kembar Justin Bieber sebelah tu, lagilah aku sayang k!

Saturday, April 2, 2011

Video Nabil Dalam Maharaja Lawak

Morning Korang,

Sabtu yang santai ni, tak de benda sangat nak story. Aktiviti pun tak banyak sangat minggu ni.

Malam tadi aku layan Maharaja Lawak kat Astro Warna. Ya Allah, kelakar betul. Performance peserta baik lama mahupun yang baru semuanya makin tip top.  Majoritinya menyerlah. Penuh dengan idea2 baru.


Tapi yang best, aku suka betul dengan Nabil punya performance. Still cam dulu jugak menyengat dan menyegit.  Totally dia guna loghat Negeri Sembilan. Kelakar betul. So sesiapa yang tak sempat nak tengok, meh aku kongsikan sket video Nabil nie.


Hah, apa macam? Terguling-gulingkan korang gelak. Aku ni hah, sampai sakit2 tekak tergelak2 kan tengok dia perform. Masa buat entry ni pun aku still tersenyum lagi.

So hopefully, kesemua peserta Maharaja Lawak ni boleh buat sehabis lawak yang boleh. Yelah nama pun Maharaja Lawak so lawak pun mestilah level raja2 kan.

Ermm korang, do enjoy tau..

Selamat Hujung Minggu


Friday, April 1, 2011

Sepanjang March 2011 - Sangat Seronok

Hi Korang,

Hari ni dah Jumaat pun. Seronoknya dapat jugak berehat weekend nie kat umah kan. Itu yang sampai terlupa nak citer pasal aktiviti aku bulan March ni.


Ya Allah, memang hectic betul. Memacam benda jadi. Bebanan kerja yang semakin mengancam2 kan. Aktiviti bersosial pun makin hebat. Uishk tak terkata lah. Korang check it out ni.

Event
Ermm this month best. Aku dapat media invitation untuk launch of mainan bebudak kat Fullhouse. Comel oo mainan tuh, even mr Big pun layan jugak lah. Then aku juga aku pegi Lancome beauty workshop. Ini lagi best, belajar cara mencantikkan diri.

Premiere Screening
Ini lagi lah. Bulan ni je aku dapat 5 invitation untuk tengok wayang ni. Cuma 3 wayang je aku dapat tengok which is I am Number 4, Mars Need Mom dan Battle Invasion. Lagi 2, iaitu Sucker Punch & HOP melepas nak tengok coz balik keje lambat sangat. Nasib baik cepat2 cakap dengan Thara yang aku tak sempat. Kalau tak, abis aku kene blacklist kan. Hehehehe

Outing
Ermm bulan ni meriah sket, family blah omak den buat trip pi Langkawi 3 hari 2 malam. Ala macam rombongan cik kiah tuh. Abis penuh satu bas kan. Kemudian plak, melalak kan diri dengan family mr Big then layan plak tengok wayang sekeluarga kat Mid Valley hari tuh.

Skills
Ermm hampeh betul. Langsung tak de masa nak cuba resipi baru. Masak apa yang pandai je, maklumlah busy bebenor lah katakan. Kedai mamak bawah pun tak singgah bulan ni. Most of time malam ktorg makan kat umah je. Makan yang ringan2 dan sesuai dengan tekak.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.

 
Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan March ni.