Monday, March 21, 2011

Sejuk Macam Di Cameron Highlands

Hi Korang,

Selamat hari isnin kat korang. Sekarang nie mesti busy kan kat opis, maklumlah Monday Blues katanya. Hehehee Aku plak, ok ok je cam biasa. Monday ke tak still sama je.

Pagi aku sampai opis awal macam nak pi menoreh plak kan. On the nak ke site ni aku perasan berkabus sepanjang jalan. Sejuk je rasanya. Dah macam kat Cameron Highlands.

La, x caya tengok gambo nie.

Opis aku ni atas bukit. Tengok berkabuskan.

Ni plak sebelah belakang site

Time aku amik gambo ni lebih kurang pukul 8.15am. Hah betul korang. Aku memula pun tak caya gak. Sampai 2-3 tengok jam. Confirm time tuh.

Apa macam, macam kat Cameron Highlands tak? Cuma tak de pokok strawberry dan sayur-sayan. Rumput2 banyak lah kan.

hehehehhe.. dah sambung keje pi menoreh tau..

Sunday, March 20, 2011

Seronoknya 3 Hari 2 Malam Di Langkawi

Hi Korang,

For sure korang mesti x perasan kan, yang aku pi bercuti last week. Ermm nampak blog berupdate je kan, padahal itu semua schedule post. hehehehehhehe


Ye, ktorg pi bercuti ke Langkawi je dengan all our family sebelah mak aku. Percutian keluarga katakan. Naik bas persiaran reramai, mak aku yang jadi event plannernya dah macam rombongan cik kiah plak aku rasa.Semua generasi ada, atuk nenek, mak sedara, cousin, anak sedara, cucu semua ada lah. Ktorg jalan jumaat malam dari Melaka then singgah amik members kat Sg Buloh then teruskan journey sampai ke Jeti Kuala Perlis pagi sabtu hari tuh. Ingatkan tak ramai orang masyallah ramai gile. Nasib baik semua dah booking so ok lah.

On 1st day tu, ktorg di bawak 'day tour' satu pulau ni. Tak banyak yang berubah but pembangunan semakin rancak. Dah banyak bangunan2 tinggi dan cantik dah kat Langkawi ni. Ktorg sempat singgah ke Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Cable Car Gunung Mat Cincang, Tempat Gamat, Tempat Batik Jawa dan memacam lagi lah. Sampai petang 'day tour' tuh, masuk hotel je trus terbungkang kepenatan.


2nd day tu plak, kebanyakan masa di habiskan dengan lepak2 kat Pekan Kuah sambil mengabiskan duit dengan makan dan bershopping. Penuh van air laut tu lah dengan bag plastic Idaman Suri & Hj Ismail Group. Yang beli pinggan mangkuk lain, beli kuali mahal lain, beli set vantage lain, beli set correlle, vision ermm memacam lagi lah. Yang beli coklat sampai 3-4 beg pun ada.Mak aku pun sama gak, sibuk nak tambahkan koleksi set Vantage dia. Ishkk lotih betul lah..


Last day kat Langkawi, ktorg gerak pagi coz nak ke Padang Besar plak. Sambung shopping kat sana. Kat jeti Kuah, ramai gila manusia semuanya nak balik dah. Yang aku perasan beg ktorg nie dah beranak2 plak. Yelah pegi bawak 1 beg balik dah jadi 5-6 beg. Aku rasa nak meletup plak perut bas tu ktorg sumbat dengan bebarang kan.


Anyway, percutian family kali ni seronok sangat. Yelah dah lama tak kumpul reramai cam ni so memacam citer & gossip2 terbaru semuanya dapat tau. Hopefully dapat lagi pegi trip cam ni.

Saturday, March 19, 2011

Juara Raja Lawak Musim 5 Milik Man

Hi Korang,

Dah hari sabtu pun. So cutilah gamaknya kan. Tapi aku still kat opis lagi. Ada keje sket nak disettlekan. Lagipun kat site ni diorg keje 24/7 so macam biasalah kan.


Aku rasa semua orang dah tau dah yang final Raja Lawak musim 5 berlangsung malam tadi dah juaranya di miliki oleh Man dan aku rasa majoriti orang agree dengan keputusan tu kan.

Bagi aku, Man ni seorang yang berbakat besar dalam dunia lawak tanahair ni. Setiap minggu persembahannya sangat konsisten berbanding dengan peserta lain. Lawaknya simple langsung tak de unsur lucah or double meaning dan mudah difahami dan boleh buat aku dengan Mr Big gelak tak henggat. Tapi aku rasa jugak yang Man ni cengeng sket (mudah nak menangis), sebab aku perasan bila nak umumkan keputusan setiap minggu muka dia nampak cam sedih coz takut terkeluar agaknya.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada Man kerana menjuarai Raja Lawak musim 5 ni. Aku rasa dia deserve it setelah 4 musim dia memcuba kan. Kira berbaloilahkan. Oit RM100K tu, banyak benda aku rasa dia boleh buat. Ermm seronoknya kalau aku yang dapatkan. Jangan mimpi lah gamaknya ye..


So sesiapa yang rasa Man ni tak lawak sila fikir 10-20 kali sebelum korang cakap cam tu. Bagi aku bukan senang nak bagi orang gelak lebih2 lagi bila depan orang ramai ni. Aku rasa korang pun belum tentu boleh buat lawak kan, ntah2 nak berucap pun pakai mic pun dah gugup.

Anyway, all the best to Man - Juara Raja Lawak Astro Musim 5.


pics:Google