Saturday, March 19, 2011

Juara Raja Lawak Musim 5 Milik Man

Hi Korang,

Dah hari sabtu pun. So cutilah gamaknya kan. Tapi aku still kat opis lagi. Ada keje sket nak disettlekan. Lagipun kat site ni diorg keje 24/7 so macam biasalah kan.


Aku rasa semua orang dah tau dah yang final Raja Lawak musim 5 berlangsung malam tadi dah juaranya di miliki oleh Man dan aku rasa majoriti orang agree dengan keputusan tu kan.

Bagi aku, Man ni seorang yang berbakat besar dalam dunia lawak tanahair ni. Setiap minggu persembahannya sangat konsisten berbanding dengan peserta lain. Lawaknya simple langsung tak de unsur lucah or double meaning dan mudah difahami dan boleh buat aku dengan Mr Big gelak tak henggat. Tapi aku rasa jugak yang Man ni cengeng sket (mudah nak menangis), sebab aku perasan bila nak umumkan keputusan setiap minggu muka dia nampak cam sedih coz takut terkeluar agaknya.

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada Man kerana menjuarai Raja Lawak musim 5 ni. Aku rasa dia deserve it setelah 4 musim dia memcuba kan. Kira berbaloilahkan. Oit RM100K tu, banyak benda aku rasa dia boleh buat. Ermm seronoknya kalau aku yang dapatkan. Jangan mimpi lah gamaknya ye..


So sesiapa yang rasa Man ni tak lawak sila fikir 10-20 kali sebelum korang cakap cam tu. Bagi aku bukan senang nak bagi orang gelak lebih2 lagi bila depan orang ramai ni. Aku rasa korang pun belum tentu boleh buat lawak kan, ntah2 nak berucap pun pakai mic pun dah gugup.

Anyway, all the best to Man - Juara Raja Lawak Astro Musim 5.


pics:Google


3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Hi Korang,

Yeah dah weekend pun.



Weekend ni tak ke mana ke? Kalau tak de bolehlah korang singgah ke Putrajaya Precint 2 ni. Ala ada International Hot Air Balloon. Eh, dah 3 tahun dah acara ni diorg ni adakan. Semua tahun aku dah pegi so of courselah tahun ni nak pegi lagi.


Fiesta Belon Panas ini merupakan acara tahunan di Putrajaya ni. Pelbagai aktiviti yang di adakan, dari sekecik2 budak sampai ke setua orang pun boleh join jugak. Tapi acara yang ditunggu2 mestilah acara naik belon panas untuk orang awam. Aku belom pernah rasa lagi naik belon panas ni, yelah kena beratur panjang ooo. Itu yang aku malas tuh.


So untuk details korang check it out kat official website event ni. Yang penting masuk percuma. Parking pun senang. Korang boleh refer semua details dalam website ini lah.

Ermm jom pi reramai..Boleh gather2 sekali kan.

Friday, March 18, 2011

Great Time @ Loreal Lancome Workshop By Nuffnang

Hi Korang,

Lately ni lambat plak aku update blog sebab sibuk nau bercuti-cuti Malaysia kan. Nilah baru ada masa nak update.

Inilah Maqui Miracle

So hari tuh, dapat jugak aku invitation untuk LancĂ´me Maqui Miracle Workshop dekat Loreal Office di Damansara Uptown. Sapa lagi yang ajak kalau bukan Nuffnang. Yelah dah orang ajak so mestilah pergi kan.

A very fun workshop yang di anjurkan oleh Lancome ni. Rupanya Lancome akan melancarkan produk terbarunya Maqui Miracle iaitu foundation yang sesuai untuk semua jenis kulit untuk wanita2 yang cun cam korang. Ktorg diterangkan apa yang terkandung dalam produk tersebut dan cara penggunaannya sekali.

Sempat jugak ktorg diajar cara bermekap dari Zamri Zainol, residen Make-Up Artist untuk Lancome. Wah memacam teknik yang dia ajar yang aku sendiri langsung tak tahu. Wah pas ni confirm aku cantik jugak lah sebab dah pandai makeup.


Workshop di akhiri dengan sessi Q & A dengan pemberian goodies bag. Wah seronok memasing mengangkat tangan nak jawab soalan, nak dapat hadiah lagi kan.



Ladies Bloggers Yang Hadir.

With Nisa Kay (Kalau x kenal, sila tanya Darkbatman)


Sessi workshop mestilah di akhir dengan sessi bercamwhore lah. Seronok betul ladies bloggers ni, memasing amik gambo sampai tak ingat lah. Majoriti bloggers yang datang ni semua bloggers baru so dapatlah ktorg nie berkenal-kenalan. Tak lupa jugak RedMummy pun ada. Sampai lambat sebab parking kete jauh katanya. So diorg nie lagilah seronok kan. Bertambah glam lah ko K Red oi.

Lepas anta K Red kat parking kete dia, aku dengan Ruby terus cabut ke Tropicana City coz nak pi tengok wayang plak..

Ermm best lah! Pas ni bertambah cantiklah aku tau..