Saturday, March 19, 2011

3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

Hi Korang,

Yeah dah weekend pun.



Weekend ni tak ke mana ke? Kalau tak de bolehlah korang singgah ke Putrajaya Precint 2 ni. Ala ada International Hot Air Balloon. Eh, dah 3 tahun dah acara ni diorg ni adakan. Semua tahun aku dah pegi so of courselah tahun ni nak pegi lagi.


Fiesta Belon Panas ini merupakan acara tahunan di Putrajaya ni. Pelbagai aktiviti yang di adakan, dari sekecik2 budak sampai ke setua orang pun boleh join jugak. Tapi acara yang ditunggu2 mestilah acara naik belon panas untuk orang awam. Aku belom pernah rasa lagi naik belon panas ni, yelah kena beratur panjang ooo. Itu yang aku malas tuh.


So untuk details korang check it out kat official website event ni. Yang penting masuk percuma. Parking pun senang. Korang boleh refer semua details dalam website ini lah.

Ermm jom pi reramai..Boleh gather2 sekali kan.

Friday, March 18, 2011

Great Time @ Loreal Lancome Workshop By Nuffnang

Hi Korang,

Lately ni lambat plak aku update blog sebab sibuk nau bercuti-cuti Malaysia kan. Nilah baru ada masa nak update.

Inilah Maqui Miracle

So hari tuh, dapat jugak aku invitation untuk LancĂ´me Maqui Miracle Workshop dekat Loreal Office di Damansara Uptown. Sapa lagi yang ajak kalau bukan Nuffnang. Yelah dah orang ajak so mestilah pergi kan.

A very fun workshop yang di anjurkan oleh Lancome ni. Rupanya Lancome akan melancarkan produk terbarunya Maqui Miracle iaitu foundation yang sesuai untuk semua jenis kulit untuk wanita2 yang cun cam korang. Ktorg diterangkan apa yang terkandung dalam produk tersebut dan cara penggunaannya sekali.

Sempat jugak ktorg diajar cara bermekap dari Zamri Zainol, residen Make-Up Artist untuk Lancome. Wah memacam teknik yang dia ajar yang aku sendiri langsung tak tahu. Wah pas ni confirm aku cantik jugak lah sebab dah pandai makeup.


Workshop di akhiri dengan sessi Q & A dengan pemberian goodies bag. Wah seronok memasing mengangkat tangan nak jawab soalan, nak dapat hadiah lagi kan.



Ladies Bloggers Yang Hadir.

With Nisa Kay (Kalau x kenal, sila tanya Darkbatman)


Sessi workshop mestilah di akhir dengan sessi bercamwhore lah. Seronok betul ladies bloggers ni, memasing amik gambo sampai tak ingat lah. Majoriti bloggers yang datang ni semua bloggers baru so dapatlah ktorg nie berkenal-kenalan. Tak lupa jugak RedMummy pun ada. Sampai lambat sebab parking kete jauh katanya. So diorg nie lagilah seronok kan. Bertambah glam lah ko K Red oi.

Lepas anta K Red kat parking kete dia, aku dengan Ruby terus cabut ke Tropicana City coz nak pi tengok wayang plak..

Ermm best lah! Pas ni bertambah cantiklah aku tau..

Thursday, March 17, 2011

Premiere Screening World Invasion:Battle Los Angeles

Hi Korang,

Hari rabu hari tuh, aku dapat invitation untuk menonton premiere screening citer World Invasion : Battle Los Angeles. Ermm sapa lagi nak bagi aku tiket free ni kan, of course lah Nuffnang coz aku ada masuk contest hari tuh.


Meh baca jap sinopsis filem nie:


'Battle: Los Angeles is a cross between Cloverfield (hand-held camera) and Independence Day (aliens landing on earth). It stars Aaron Eckhart as Staff Seargant Michael Nantz who having lost his platoon on a previous assignment files paperwork to leave active service for a while, but a call that meteors are landing all around the globe, which turns out to be aliens throws him back into the mix. The aliens want to eradicate the human colony for the resources of water, which helps in some way (it's never properly explained) to power their ships and mechanical bodies. Nantz becomes part of a new platoon who includes second lieutenant William Martinez (Ramon Rodrigeuz), Cpl. Jason Lockett (Cory Hardict), Cpl. Nick Stavrou (Gino Anthony Pesci), Cpl. Kevin Harris (Ne-yo surprisingly, whom I didn't even recognise until his name flashed up on the credits!) and TSgt Elena Santos (Michelle Rodriguez). They go to rescue any civilians in Santa Monica who are trapped in a police station and escort them out where also they find where the command module of the aliens ships that controls everything is and try to destroy it'.


Bagi aku filem ni ala-ala citer combat. Yelah askar menentang musuh untuk menyelamatkan tanahair kan. Tapi musuh diorg ni ialah alien UFO dari planet apa ntah. Motif diorg ni turun ke bumi sebab diorg nak sumber air yang bumi ada. Kan dunia kita ni di kelilingi air itu yang diorg nak sangat tu. Habis dah bandar Los Angeles ni semua terbakar, bangunan runtuh, jalan terputus. So perang punya perang but still askar Los Angeles ni kena berundur jugak sebab almost kalah. Tapi ada sorang staff sarjan dan teamnya ni yang ada idea untuk menentang alien ni, so diorg ni fightlah sampai ke titisan akhir.


Berjaya atau tak, korang kenalah tengok sendiri kan.

Aku bagi rating citer ni 4/5 sebab filem ni berjaya buat aku terperanjat2. Yelah bunyi bom meletup, senapang menembak, bunyi helikopter. Sound effect memang aku kagum. Nasib baik aku duduk belakang, kalau duk depan lagi lah jantung aku dup dap dup kan..

Filem ini mula ditayangkan pada 17hb March 2011 iaitu hari ni tau. So weekend ni kalau korang tak kemana boleh menonton citer ni di pawagan kan.

P/S: Seronoklah asyik tengok wayang free je kan. Inilah untungnya berblogging. Hehehehehe...