Sunday, March 6, 2011

Sarapan Pagi Yang Indah

Hi Korang,

Hari-hari cuti haruslah semua orang liat nak bangun kan. Eh, jangan cakap orang, aku pun sama lah. Cutilah katakan nothing to do. Nak buat apa pun malas, even nak kuar pi breakfast pun lagi lah malas. So kenalah masak apa yang ada dalam fridge untuk sarapan kan.

Buka-buka fridge tengok apa yang ada je then trus masak. So ini dia sarapan pagi ktorg untuk hari ahad ni iaitu

Kuay Teow Goreng

Resipi ini aku cilok dari blog K Ina KL iaitu resipi asalnya Penang Char Kuey Teow. Di sebabkan bahan pun nan ado so aku convert jadi kuay teow goreng. Betul kata k ina, kuey teow ni memang sedap kalau di campur dengan air rebusan udang. Sempat jugak lah aku buat stok ni, ala senang je rebus je kepala & kulit udang then aku modified letak sos tiram sket. Sedap wei.Aku letak udang banyak.



Lagi bertambah sedap sarapan pagi ktorg dengan seteko nescafe kaw kan. Terangkat beb. Korang nak tau lagi, sampai licin kuey teow semangkuk tu tau ktorg kerjakan. Nampak cam kuay teow goreng tapi rasa macam Penang char kuey teow okeh.  

Kalau nak resipi char kuey teow, korang click je kat sini. Apa nak resipi buat nescafe? Ishk tak kan korang tak tau kan.. Nak aku ajar? Nantilah..

Anyway, Happy Sunday Korang...

New Year Giveaway Part 2 by KedaiGambarKami

Hi Korang,

Entry simple je untuk giveaway ni. Cuba nasib lah kata kan. Maklumlah tangan tak berseni so hasilnya cam tu jelah kan.. hehehehehe

Nah layan nie




Sesyarat ada kat bawah ni..

Ermm sempat lagi kalau korang nak join tau. Hadiah yang sesangat menarik sekali. Kalau tak percaya, boleh click kat sini



Hah, betul aku tak tipu punya lah.

Friday, March 4, 2011

Bulu Mata Cantik,Melentik,Panjang? Mesti Korang Suka!

Hi Korang,

Siapa yang tak nak bulu mata melentik,tebal dan menawan yang sampai semua orang sampai pandang 2-3 kali kat korang kan, betul tak? Aku haruslah lagi suka. Lebih-lebih lagi korang yang kaki make-up kan, setiap hari cuci bulu mata dengan liquid pembersih tu mesti ada bulu-bulu mata yang tercabut. Dah tak cantik. Aku selalu kena cam tu tapi aku buat bodoh je dengan harapan bulu mata tumbuh lagi dengan cepat kan.


Jadi untuk mengatasi masalah aku dan korang ni, Loreal baru sahaja melancar produk mascara yang aku rasa korang mesti suka gila lah, iaitu Waterproof Ultra-Lengthening Double Extension Mascara, Carbon Black Ultra-Lengthening Double Extension Mascara. Wah panjang gila nama dia but hasilnya menakjubkan.


Mascara ini merupakan 2 in 1 mascara yang aku rasa akan jadi kegilaan semua wanita lah seluruh dunia. Mana tak nya satu untuk serum sebagai white base coat dan satu lagi merupakan black top coat. Panjang oo mascara ni macam pensel. Cantik plak packagingnya, berkilat tau. By the way mesti korang tak paham apa yang aku tulis white and black tuh. Ermm cam nie


White Base Coat
-merupakan serum untuk bulu mata
-bahan untuk pembentukan bulu mata
-mempunyai 'Arginine' iatu bahan menyuburkan lagi bulu mata
-membaikpulih bulu mata yang rosak supaya lebih panjang
-mengurangkan keguguran bulu mata

Black Top Coat
-berupaya untuk memanjangkan lagi bulu mata
-melebatkan lagi bulu mata
-membentukkan lagi kelentikan bulu mata


Ermm baguskan khasiat mascara ini pada bulu mata kita. Lagilah aku bertambah suka. Tak sabar rasanya nak cuba. Apa, korang tak reti nak pakai mascara? Yelah nanti aku tunjukkan. Aku paksa amoi opis aku ni jadi model sebab dia suka cuba benda2 baru ni.

Step Satu
Kena kepit bulu mata dulu untuk nampak bulu mata tu tersusun kan.


Step Dua
Sapukan white base coat dari hujung ke hujung. Nanti korang nampak bulu mata korang colour putih. Comel kan, cantik plak aku rasa bila bulu mata beruban.


Step Tiga
Bila dah settle sapu serum tu tadi, then barulah korang sapu black top coat tu. Jam-jam tu jugak korang boleh nampak perbezaannya tau.

Nak cuci plak? Lagi senang tak payah pakai make-up remover. Cuma korang kena basahkan jari then tarik bulu mata korang slowly. Confirm bersih dan tak sakit hati kan sebab tak de bulu mata yang jatuh.



Kalau nak bulu mata cantik, mestilah guna hari-hari sebab bulu mata akan 63% panjang, 94% kuat, 81% tebal lebih kurang sebulan. Eh, betul ni dah 32 orang wanita dah cuba produk ni dalam masa 4 minggu tau.

Ermm cepat2 korang beli mascara ni tau. Ala merata tempat ada jual Guardian, Watson, Jusco, Tesco ikut kat mana yang korang pi shopping kan dengan harga RM49.90

Pas ni korang mesti terperanjatkan bila jumpa aku coz bulu mata aku lagi cantik dari korang. hehehehe