Thursday, March 3, 2011

Nuffnang Premiere Screening Iam Number Four

Hi Korang,

Lambat plak aku update citer pasal tengok wayang ni ek. Yelah busy betul lah katakan.

Rabu lepas aku dapat lagi invitation untuk premiere screening cerita Iam Number Four. Ermm sapa bagi? Mau tanya lagi plak, Nuffnang lah. Mr Big cakap citer ni 'Den  Nombo Ompek'. Bengong tak?


Aku sampai awal kat The Curve, so sempatlah dinner kat Little Taiwan kan. Not bad jugak makanan dia, korean style. Sementara tengah makanan sampai, aku pi beratur amik tiket dulu. Ramai jugak dah beratur. Nasib baik kenal lah, Tikkos yang sentiasa ditemani oleh ibunya dan Elywen yang tengah menunggu datenya. Borak punya borak, Jackie pun sampai. So lepas dapat tiket terus turun bawah sambung makan balik.


Di sebabkan movie start dalam kul 9.30pm, ktorg sempatlah merayau dalam bangunan ni, dari atas sampai bawah. Just cuci mata je. Dah boring naik atas balik, then sambung borak plak dengan K Red. Muka cam letih je, yelah baru baru dari event Dato Siti katanya.


Eh, dah melalut banyak nie, sambung pasal filem Iam Number Four ni balik okeh.

Nah, layan sinopsis citer nie dulu tau.


Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.
 
Mereka ini datang planet asing untuk menyelamatkan diri dari dibunuh oleh musuh. Cuma ada 9 orang yang layak untuk menentang musuh dan juga membangunkan kembali keamanan planet mereka. Jadi Mamat yang no. 4 ni paling berkuasa di antara 9 yang lain. Dia kena mencari 5 lagi untuk bersatu menentang musuh. Kenapa 5 bukan 8 kan? So korang kenalah tengok citer, baru mantops!
 
Wei, best citer nie. Actionnya tak terduga. Korang kena berfikir sket lah untuk fahamkan karektor dalam citer nie. Ada sket romance lah. Suka kan korang romen2 nie.
 
Ok aku baru 4/5. Tapi itu dari pandangan contact lens aku yang power 600 ni kan. Tak tau lah korang.

Itu je..

Wednesday, March 2, 2011

Bayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac - Yeah, Aku Sempat Lagi!

Hi Korang,

Nak bagi tau ni tau!
Berita baik kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk membayar saman, jangan risau anda masih boleh melangsaikan saman tersebut. Tersenyum lebar mereka yang berkenaan ye. Alhamdulillah aku bersih dari saman. Ceh konon baik sangatla tu, cuma belum terkantoi jer.


Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira rintihan orang ramai berikutan kesesakan di kaunter pembayaran dan masalah sistem. Selepas 10 Mac, mereka yang tidak melunaskan saman akan di senarai hitam.
Bolehlah bayar saman di balai berhampiran atau pun di pejabat pos berhampiran. Kalau tak silap aku bayaran di pejabat pos tak dikenakan cas. Apa lagi jangan tunggu saat akhir, jelaskan saman anda dengan segera.


Ermm, nampaknya sempat lagi aku bayar saman kan. Yelah hari tu aku dapat bayar 2 saman so tinggal lagi 3 saman cepat2lah aku kena bayar. Wei, bayar online senang walaupun kena tambah bayar RM2 as service charges but korang tak yang susah payah nak beratur berarak kat balai polis ke pejabat pos.

WW - Ingatlah Kamu Semua

Hi Korang,

Just simple entry untuk Wordless Wednesday this week.


Means a lot right for us. Satu hari nanti kita akan kembali jua kepadanya