Wednesday, March 2, 2011

Bayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac - Yeah, Aku Sempat Lagi!

Hi Korang,

Nak bagi tau ni tau!
Berita baik kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk membayar saman, jangan risau anda masih boleh melangsaikan saman tersebut. Tersenyum lebar mereka yang berkenaan ye. Alhamdulillah aku bersih dari saman. Ceh konon baik sangatla tu, cuma belum terkantoi jer.


Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira rintihan orang ramai berikutan kesesakan di kaunter pembayaran dan masalah sistem. Selepas 10 Mac, mereka yang tidak melunaskan saman akan di senarai hitam.
Bolehlah bayar saman di balai berhampiran atau pun di pejabat pos berhampiran. Kalau tak silap aku bayaran di pejabat pos tak dikenakan cas. Apa lagi jangan tunggu saat akhir, jelaskan saman anda dengan segera.


Ermm, nampaknya sempat lagi aku bayar saman kan. Yelah hari tu aku dapat bayar 2 saman so tinggal lagi 3 saman cepat2lah aku kena bayar. Wei, bayar online senang walaupun kena tambah bayar RM2 as service charges but korang tak yang susah payah nak beratur berarak kat balai polis ke pejabat pos.

WW - Ingatlah Kamu Semua

Hi Korang,

Just simple entry untuk Wordless Wednesday this week.


Means a lot right for us. Satu hari nanti kita akan kembali jua kepadanya

Tuesday, March 1, 2011

Its Mr Big Sweet Birthday Celebration.

Hi Korang,

Aku boleh plak terlambat nak tulis pasal ni. Kalau dia tau ni mesti dia kecik hati kan walaupun dia tu besau sebenarnya. hehehehehhehe dear jangan marah tau..


So this year, celebration untuk Mr Big sesangat simple. Yelah kena time hari keje kan, monday plak tu. Aku dah lah memang balik lambat kan. So ktorg celebrate kat restaurant area Bangi je. Ingat nak belanja kat Tony Romas jawabnya weekend nantilah ye.


Pas makan terus je balik umah dek kekenyangan sangat but sempat singgah ke Tutt Fruitti lagi kan. Terangkat ooo rasa yogurt ice-cream ni.

Happy 33th Birthday My Dear.. May all our wishes come true!. Hehehehe i tau u nak apa kan. I Lap U Very Strong tau..


Acara hembus lilin dan potong cake semua buat kat umah je. Sesangat simple. Buat kat depan tv je. Nasib baik aku dah siap2 beli cake sebelum sampai umah kan. Dia agak terperanjat gak sebab tak sangka aku beli cake untuk dia. Lepas dah nyanyi2 trus potong dan bedal.


Ermm gift plak? Aku tak de benda nak kasi pun cuma seingat aku dia nak sangat G-shock yang design lama tu. Nasib baik aku jumpa terus je sambar.

So itu je, simple but sweet birthday celebration. Tapi kelakar jugak aku rasa. Yelah sambut berdua je