Tuesday, March 1, 2011

Its Mr Big Sweet Birthday Celebration.

Hi Korang,

Aku boleh plak terlambat nak tulis pasal ni. Kalau dia tau ni mesti dia kecik hati kan walaupun dia tu besau sebenarnya. hehehehehhehe dear jangan marah tau..


So this year, celebration untuk Mr Big sesangat simple. Yelah kena time hari keje kan, monday plak tu. Aku dah lah memang balik lambat kan. So ktorg celebrate kat restaurant area Bangi je. Ingat nak belanja kat Tony Romas jawabnya weekend nantilah ye.


Pas makan terus je balik umah dek kekenyangan sangat but sempat singgah ke Tutt Fruitti lagi kan. Terangkat ooo rasa yogurt ice-cream ni.

Happy 33th Birthday My Dear.. May all our wishes come true!. Hehehehe i tau u nak apa kan. I Lap U Very Strong tau..


Acara hembus lilin dan potong cake semua buat kat umah je. Sesangat simple. Buat kat depan tv je. Nasib baik aku dah siap2 beli cake sebelum sampai umah kan. Dia agak terperanjat gak sebab tak sangka aku beli cake untuk dia. Lepas dah nyanyi2 trus potong dan bedal.


Ermm gift plak? Aku tak de benda nak kasi pun cuma seingat aku dia nak sangat G-shock yang design lama tu. Nasib baik aku jumpa terus je sambar.

So itu je, simple but sweet birthday celebration. Tapi kelakar jugak aku rasa. Yelah sambut berdua je

Monday, February 28, 2011

Sepanjang February 2011

Hi Korang,

Ermm hari ni nothing much to write. Bukan sebab apa-apa pun. Tup2 hari ni aku naik pangkat jadi IT Support plak. Rupanya dari weekend lagi server opis ni dah down so hari ni aku baru tau. Itu yang letih tu, nak kena cari port2 yang yang kosong untuk dipindahkan ke switch yang lain. Ala kalau aku cerita details pun korang mesti tak paham kan. So tak yah citer lah.


Bulan ni, tak banyak aktiviti lah eventho banyak cuti public holiday kan but keje2 berblogging masih diteruskan jugak. So far ada a few activities yang dapat aku join.

Event

Aku dapat invitation for Hi-Tea with PM kat Putrajaya. Aku dapat juga tengok teater di Actor Studio Lot 10. Dapat jugak pegi Money Workshop.

Premiere Screening

Aku dapat jemputan dari Cik Hel untuk filem Ratu The Movie. Citer2 omputih aku tak dapat pun huhuhu

Outing

Tak kemana pun, cuma balik kampung tolong mak aku bersihkan umah masa time banjir hari tuh dan lepak dengan familly mrBig kat Pavillion je.

Skills

Ini lagi teruk, bulan ni jarang masak coz asyik balik lambat je. So aku mengasah skill mengorder kat kedai mamak bawah umah aku ni je.
 
 
Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang. So thank you nuffnang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.

 
Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Februari ni.

Sunday, February 27, 2011

Review Filem : Ratu The Movie

Hi Korang,

Aku tengah minum manggo passion from Starbucks sambil update blog serta tengah tunggu citer Perempuan yang menang Anugerah Sri Angkasa hari tuh.. ishk tak start2 lagi lah plak.


Baru-baru ni aku datang jemputan dari Cik Helena untuk menonton pelancaran filem Ratu The Movie di The Curve Damansara.


File Ratu The Movie ini adalah arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen dan di edarkan oleh Wayang Studio International (WSI) and Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

With Eizlan Yusof & Wife

Filem ini mengisahkan cerita tentang 10 orang bakal ratu cantik terdampar di sebuah pulau akibat ribut kencang semasa percutian mereka bersama-sama krew pertandingan ratu cantik ini. Pelbagai kejadian aneh yang berlaku kepada mereka yang mengakibatkan mereka hilang satu per satu secara misteri.

Ermm nak cerita lanjut, kenalah tonton di panggung lah. Tak kan aku nak citer semua sekali kan.


Watak-watak utama di dalam filem ini merupakan pelakon-pelakon baru yang di ambil semasa sessi casting yang di jalankan ke seluruh negara. Mereka diberikan tunjuk ajar dan kursus lakonan oleh mereka2 yang berpengalaman.

Secara keseluruhan filem ini bagi aku biasa2 saja. Sesuai untuk tontonan sessi keluarga. Tak payah nak fikir secara mendalam sebab aku boleh predict kesudahannya.

Anyway filem Ratu the Movie akan di tayangkan secara serentak ke seluruh negara pada 17hb Mac 2011. So Selamat menonton!