Monday, February 14, 2011

Love Nora xoxo

Hi Korang,

Terdetik plak aku nak buat entry pasal Love Nora ni. Ermm terfeeling2 lagi sekarang ni tau.

Bukan apa, aku dah lama perasan iklan citer kat channel Astro Citra 131 ni. Memula ntah apa citer lah aku ingat, but bila dah tengok malam tadi uishk memacam feeling lah pasal citer ni.


La korang tak tengok ke, ermm ni aku nak citer sket pasal Love Nora ni

"Love, Nora memaparkan pasangan romantis suami isteri, Raul dan Nora yang ternyata mencintai satu sama lain. Tetapi sejurus kemudian, Nora menyedari dirinya sakit tenat, lalu dia menulis email penuh cinta untuk memenangkan dan menghibur hati suaminya sesaat setelah tiba ajalnya nanti.

Raul tertekan dan seakan tidak mampu meneruskan hidupnya. Tetapi tanpa disangka, Raul mula terima ketibaan kiriman email tercinta dari Nora, Raul mula menampakkan semangat untuk terus menikmati hidup bahagia

Dapatkah Raul bangkit semula dari kesedihan dengan bantuan catatan-catatan dari Nora yang penuh cinta, sokongan dari keluarga, sahabat? Adakah Raul menemui semua keyakinan diri and jatuh cinta kembali?"


Bila aku tengok citer ni, aku rasa memang payah nak jumpa lelaki macam ni setia tak ingat eventho wife dia dah meninggal. Syahdu2 gak lah kan. Seronok, jalan cerita menarik. Masa kat Cortona Italy tu, cantik betul pemandangan kan. Rumah tumpangan yang diorg stay tu cantik je. Rumah tu bentuk petak, bedroom diorg diorg tu simple je but view dari tingkap bilik tu memang sangat cantik. Tapi aku rasa macam novel P.S. I Love You la plak, sebab Raul tu sentiasa dapat email dari wife dia kan.

Ermm still terfeeling2 lagi ni. Alangkah bestnya kalau mr Big............................................ (wah tetiba boleh berangan plak kan) hehehehhehe...mentang-mentang lah hari ni Valentine Day kan.

Ishk mana boleh celebrate kan?



Sunday, February 13, 2011

Cerita Pasal Sedap

Hi Korang,

Its sunday today. Semua orang cuti kan termasuk lah aku. Selalunya time cuti2 nie lah aku akan masak segala benda yang aku suka makan kan. But hari ni, ermm no no no my kitchen are close today sebab semalam tak pi pasar malam coz hujan lebat sangat lah dari petang sampai malam, sampai Astro Fest pun aku tak dapat pegi. Mampus daydeck marah aku kan. hehehehhehe jangan marah tau deck.

Sapa suka makan mee sedap? Aku lah...

Ermm cerita masak-masak, makan-makan ni aku teringat pada seseorang. Korang pun tau kan aku kan suka buat review kedai2 makan yang aku pernah makan kan. Tak kiralah kedai nasi campur ke, western ke, kedai tomyan ke, steamboat ke semua aku dah pernah bedal kan.

Satu hari ada seseorang ni mintak aku suggest kan kat mana nak makan western kat Bangi ni, so aku pun bagilah a few of restaurant yang pernah aku cuba kan. Dia tanya sedap ke, aku cakap oklah seseuai dengan tekak aku. Then dia cakap dia akan cuba lah kan.

Tup-tup last 2 week dia datang jumpa aku. Ktorg citerlah pasal makan2 kan. then dia bukak citer pasal dia pergi kedai yang aku suggestkan hari tuh. Dia cakap langsung tak sedap, sos tak de rasa langsung. Aku terdiam. Setahu aku sepanjang aku makan kat kedai ni tak de plak aku rasa kekurangan apa-apa pun. Portion steaknya besar, sosnya terasa. Even Mr Big yang kaki makan yang pandai rasa2 ni pun tak pernah complain pasal kedai ni. Ermm musykil plak aku lah. Last2 aku cakap tekak semua orang tak sama so may be dia makan tak sedap, aku makan sedap kot.

Sedap ooo makan epal tau.

Kejadian ni dah buat aku mula sedar bahawa jangan simply2 bagi suggestion kedai makan lagi kat orang. Aku cuma boleh suggest kat mana nak makan but dari segi rasa merasa aku tak kan suggest lagi. Serik plak aku rasa. Takut-takut aku plak yang kena saman pasal sesukahati cakap kedai makan ni sedap plak kan padahal tak sedap mana pun.

Peringatan untuk aku : Lepas ni kalau ada orang complain2 lagi pasal kedai makan yang aku suggest ni, aku akan suruh diorg ni masak sendiri je kan umah lah. Hahahahahhaha

Ok, chow nak belajar masak kat MasterJunior Chef kat StarWorld ni.


Saturday, February 12, 2011

LIVE - Di Kayangan

Hi Korang,


Tengah duk layan Fazura dalam cerita Kayangan ni sementara nak tunggu hujan teduh. Aduss, nampak gaya tak dapat lah aku pegi Astro Fest ni kan.